veinticinco ♡࿐

38 12 1
                                    

FLASHBACK 20 [last flashback] 𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

KOSONG. Itu apa yang aku rasakan sekarang. Tiada apa-apa rasa sejak bertemu Datin Raiha. Untuk kesekian kalinya, aku mengeluh.

"Aku tertanya-tanya siapakah gadis yang mampu membuatkan anak aku tak nak pergi belajar ke luar negara, hanya kerana dia tak nak terpisah dengan gadis itu.."

"And, it was you. Gadis yang langsung tak layak untuk semua itu."

Kata-kata itu tak habis-habis meracuni diri aku, namun tiada satu rasa pun dalam diri ini. Hatta, tidak sekali air mata aku jatuh setelah bertemu dengannya.

Apa yang ada dalam jiwa cumalah rasa rasa senak didada. Namun, sepertinya rasa sakit itu bukanlah secara fizikal, ianya lebih kepada mental. Hati ini rasa sakit, rasa terhina namun tidak keluar sedikit pun air mataku.

Tapi kenapa Datin Raiha memandang aku sejijik itu sedangkan Aidan tidak? Datin Raiha fikir aku ni bodoh sangat ke? Aku dapat result yang boleh tahan apa.

Aku juga mahu melanjutkan pelajaran aku. Aku juga mahu mendapatkan peringkat pelajaran seperti remaja lain mahukan.

Cuma, aku tak yakin ibu akan mengizinkan aku untuk berbuat demikian. Dia selalu katakan dia tak sabar untuk aku habis SPM, supaya aku boleh cari kerja sendiri dan dia tak perlu menanggung aku lagi.

Dia muak melihat wajah aku katanya. Aku dan Izar agak mirip, mungkin sebab itu dia tak suka bila tengok aku. Dia mungkin teringat akan hari kematian Izar, anak kesayangannya.

Inilah hakikat yang aku perlu telan sejak dahulu. Hakikat yang berkaitan dengan kisah hitam dalam kehidupan aku. Kisah hitam yang disebabkan insan yang bergelar bapa.

Seorang insan yang patut melindungi aku dari sebarang ancaman. Namun, realitinya, dialah yang memberi ancaman kepada aku dan adik aku.

Meninggalkan aku dalam kehidupan yang aku tidak mahu. Mengurung aku dalam sangkar ketakutan, yang membuat aku percaya bahawa tiada sesiapa yang bakal menerima kisah silam aku.

Buat seketika, sangkar itu dibuka setelah aku bertemu Aidan Haiyan. Dia seolah-olah menjemput aku keluar dari sangkar itu dengan penuh penghormatan dan kelembutan dalam matanya, tak lupa bersama senyuman yang boleh mengubati segala lukaku.

Siapa sangka semua itu cuma seketika? Hanyalah 'wonderful memories'.

Aku tersenyum sinis kepada diri sendiri. Tangan aku berhenti dari mencuci pinggan. Kedua-dua belah tangan aku memegang kemas singki, menarik nafas sedalam mungkin, cuba untuk tenggelamkan segala emosi yang mula menghuni jiwa.

"Kau dah kenapa?" soalan dari satu suara itu, secara automatik, membuatkan aku kaku di tempat aku.

Ya Allah, aku tak kuat untuk semua ini. Kenapa semuanya perlu datang hari ni? Jiwa aku sudah cukup kacau setelah bertemu Datin Raiha tadi.

"Dah tak ada mulut nak jawab soalan aku?" sinis, soalan itu diutarakan kepadaku.

"Tak ada apa-apa, bu." jawab aku perlahan. Aku tahu nada itu cukup untuk dia dengari.

"Macam mana result kau?" soalan itu membuatkan mata aku sedikit membulat.

Aku terus memusingkan badanku, menghadap dia yang sudah melabuh punggung di kerusi meja makan.

Akankah ibu bangga dengan result aku? Tak pernah-pernah dia tanya. Aku tersenyum. Terbit rasa sebak di dada namun aku tidak hiraukan.

"4 A, 4 B." sengaja aku tak selit markah matematik tambahan aku. Cukup menyatakan markah yang aku yakin mampu buat dia bangga.

eclipse ☾Where stories live. Discover now