veintiséis ♡࿐

43 12 11
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

EMPAT pasang mata memandang tepat ke arah aku. Aku rasa sedikit gugup dengan pandangan mereka itu, namun aku hanya buat-buat macam biasa. Lebih-lebih lagi pandangan daripada seorang pelakon bernama Aidan Haiyan itu, memang sungguh menggoyahkan segala tembok keyakinan diri yang aku bina dalam lif tadi.

"Welcome back, Cik Bulan!" sapaan mesra oleh Amanda membuatkan aku tersenyum manis.

Satu benda tentang Amanda selain kepochi, dia selalu menceriakan suasana dengan aura dan karakternya yang ceria ini. Sesuai sangat dengan Emir yang kadangnya nak serious saja itu.

"Thanks, Amanda." ucapku sambil melabuh punggung bertentangan dengan pelakon lelaki itu.

Haih, dalam banyak-banyak tempat, depan lelaki itu juga Emir nak aku duduk ni kenapa?

Sudah lebih lima bulan kami tidak bertemu, jantung ini sedikit gugup. Aku bukan lepas tangan untuk pengambaran drama ini, tetapi, aku terlalu sibuk menguruskan ibu. Jadi, aku minta untuk tidak terlibat dalam pengambaran secara langsung.

Bukan saja aku melarikan diri daripada kehidupan seorang Cik Bulan Purnama, sekali gus, aku mahu mengelakkan diri daripada insan bernama Aidan Haiyan.

Itu pun selepas aku berdrama air mata depan Emir, meminta keizinan untuk membawa ibu aku pulang ke kampung. Dan pastinya itu mengundang syak wasangka seorang Emir Uzair kepada aku.

Yalah, selama dia kenal aku, dia tak pernah tahu yang aku ada seorang ibu, yang masih hidup. Selama ini, dia ingat aku anak yatim piatu, sebatang kara. Lagipun, aku tak pernah sebut pasal ibu dan keluarga aku kepada dia.

Panjang lebar aku jelaskan kepada dia, awal-awal dia fikir yang aku mahu mengelak daripada Aidan. Nasib baik masih tak terkantoi yang Aidan itu ialah Haiyan dalam skrip pertama aku tu.

Walaupun dia sudah tanya macam-macam. Kenapa nama watak utama aku macam nama aku. Panjang lebar aku tipu dia. Cakap aku guna nama aku sebab aku rasa nak jadi heroinlah apalah. Segala yang mengarut aku bagi, semata-mata nak mengelak.

Nasib baik dia terus berhenti tanya, kalau tak memang nayalah, mat. Nak kena explain jutaan kali kepada Emir pula. Nak kelengtong memang tak boleh dah. Seorang Emir Uzair pasti akan mengorek kebenaran hingga ke lubang cacing. Entah-entah aku sekali lagi di cop tak profesional pula.

Tapi, tidak semudah itu juga untuk aku, Cik Bulan Purnama meninggalkan kerja aku. Walaupun aku mahu melarikan diri daripada Aidan, aku masih memantau progress drama itu. Sering kali juga aku bertukar pendapat dengan Emir melalui atas talian.

Alhamdulillah, drama itu akan habis shooting beberapa minggu lagi, cuma babak akhir belum lagi mereka shoot. Sekarang product marketing team sibuk buat perancangan untuk mempromosikannya di macam-macam program televisyen.

Dan, berkemungkinan besar, untuk kali pertamanya Cik Bulan Purnama tidak akan memantau drama itu setiap episod. Kalau boleh boikot, aku boikot!

Hanya kerana Amanda yang terlajak rajin pergi baca rejected skrip aku, dan diajukan pula kepada Emir Uzair yang jenis tak nak mengalah, tak pasal-pasal kisah cinta aku waktu sekolah bakal tersiar di televisyen tak lama lagi.

Gila. Malunya boleh sampai 7 keturunan.

Aku sangka, melarikan diri selama lebih lima bulan boleh menenangkan fikiran tetapi sejak kewujudan semula Aidan Haiyan, hidup aku kembali huru-hara. Bukan hidup aku sahaja namun, hatiku juga.

Hanya kerana seorang lelaki yang aku kononnya yakin sudah move on, padahal segenap hati masih mencintainya.

Betullah orang kata, perempuan ni complicated. Tapi rasanya, aku yang complicated-kan hidup aku.

eclipse ☾Where stories live. Discover now