diecisiete ♡࿐

34 14 14
                                    

FLASHBACK 12𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

BERTEMANKAN lampu suluh dan payung yang di pegang kemas, aku melangkah dengan penuh hati-hati. Sekejap mata tengok ke bawah, mengelak lopak air dan sekejap ke kiri kanan, mencari susuk tubuh itu.

Sejak dia patah kaki bulan lepas, kami hanya dapat berkomunikasi dalam talian dan masing-masing sibuk study untuk trial. Dan, satu benda yang aku baru tahu tentangnya, dia akan selalu sibukkan dirinya dengan belajar itu ini setiap hari demi melupakan stressnya, mesej aku pun langsung tidak dia hiraukan.

Lebih-lebih lagi dia tertekan kerana kakinya di simen disebabkan perlawanan hari tu.

Tapi, itu sepanjang sebelum trial dan sewaktu trial SPM. Sekarang, sejak-sejak dah dapat result untuk beberapa subjek, Aidan Haiyan menghilang.

Tadi pun aku dapat call daripada Iskandar, mak Aidan cakap Aidan tak balik rumah daripada pagi lagi.

Apa yang aku dapat rasakan, Aidan kecewa dengan keputusan percubaannya. Yalah, dia merupakan pelajar terbaik, tiba-tiba hanya kerana kecederaannya, keputusannya tiba-tiba jatuh merundum.

Tak. Tak adalah betul-betul merundum teruk, cuma tak seperti apa yang dia target saja. Dan, dengar cerita keputusan matematik tambahannya tidak begitu cemerlang baginya. Padahal prestasi akademik aku, mentee-nya, semakin membaik namun keputusannya agak menurun.

Haikal cakap waktu tengah exam, Aidan tak boleh fokus kerana tidak selesa dengan kakinya yang di simen itu. Lebih-lebih lagi apabila dia terlepas beberapa kali kelas tambahan sepanjang minggu dia cedera tu.

Aku mengeluh.

Ini kira nasib baik juga dia mesej aku tadi, cakap dengan dekat area taman kami. Ya, kami satu taman tetapi taman perumahan ni bukannya kecil! Dia pun satu, cakap sepatah tu je. Aku call tak jawab!

Ingat kami tengah main hide and seek ke?

Angin malam bertiup. Aku kemaskan pegangan payung dan lampu suluh. Sejuk betul angin malam ini sampai ke tulang hitam. Yalah, baru lepas hujan.

Ini pun langit masih pekat, bulan pun langsung tak nampak malam ni. Hanya terbentang langit gelap semata-mata.

Itu pasal aku bawa payung ni. Sediakan payung sebelum hujan. Tak naklah aku berbasah kuyup pula.

Aku perlu cari Aidan Haiyan secepat mungkin!

Dari kejauhan, telinga aku dapat menangkap dua suara yang sedang bertekak. Satu suara perempuan, satu lagi lelaki. Masing-masing kedengaran sungguh tak puas hati. Aku terus menoleh ke arah suara tersebut.

Kening aku terangkat, kaki aku terhenti. Tak percaya dengan apa yang baru aku nampak.

Dua manusia itu sedang naik basikal. Dan kedua-dua figura itu ialah orang yang aku kenal. Sangat-sangat aku kenal.

"Eh, Luna! Cari Aidan ke?" soal si perempuan yang berada di tempat duduk belakang, sebaik saja mereka tiba di sebelah aku.

Aku masih bingung. Memandang kedua-dua mereka dengan penuh tanda tanya. Cari orang lain, orang lain pula yang aku jumpa.

"Don't get us wrong, tempat mengaji kitorang sama. Dan, Is minta cari Aidan, kan? So, kitorang jalan sekali." tanpa di pinta, Arash terus menjelaskan apa yang sedang berlaku. Mungkin cuba menghalang aku daripada bercakap apa-apa tentang mereka berdua yang naik basikal bersama.

eclipse ☾Where stories live. Discover now