vientuino ♡࿐

51 13 9
                                    

FLASHBACK 16𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

AKU masih berdiri tegak seperti tiang bendera dihadapannya, masih tak mempercayai apa yang aku baru saja tengok. Dahlia pula sudah bercekak pinggang selepas meletakkan air di atas meja lelaki itu.

"So tell me, kau buat apa kat sini?" soalan itu akhirnya keluar dari bibir Dahlia, dia tidak lagi bercekak pinggang, malah kini sudah melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki itu.

Lelaki itu pula selamba menghirup latte-nya seolah-olah kedatangannya tiba-tibanya tidaklah memberi kejutan kepada kami.

Tok! Tok!

Tanpa memperdulikan pelanggan lain, Dahlia mengetuk meja. Tak sabar betul cik cashier kita ni. Sudahlah dia tinggalkan kaunternya semata-mata untuk menyoal lelaki itu.

"Nak minum kopi pun tak boleh?" selamba saja lelaki itu menjawab. Siap tayang muka polosnya lagi kepadaku.

"Emir Uzair." sebaris nama keramat itu akhirnya meniti keluar dari bibir Dahlia.

Emir, abang sepupunya yang tua 4 tahun itu sempat ketawa kecil.

"Aku teman mak aku datang sini, tapi Mak Su kata kau kat kerja sini. Itu yang aku datang. Alang-alang tu, boleh kenal masa satu Luna, ye tak?" dia sempat mengerling ke arah aku yang berdiri tak jauh dari mereka.

Awkward.

Siapa sangka aku akan bertemu dengan lelaki yang aku minta tolong hampir setiap hari? Sudahlah soalan aku semua macam mengarut-ngarut.

Semua pasal penyakit mental, demi menulis buku aku yang entah bila aku akan keluarkan itu.

Selama ini, aku cuma kenal Emir atas talian saja. Itu pun selepas Dahlia sudah bosan jadi orang tengah kami berdua.

Aku kenal muka Emir pun sebab Dahlia yang beria nak tunjuk. Katanya abang sepupunya ini boleh tahan kacak juga. Siap pesan pada aku, suruh berjaga-jaga takut Aidan cemburulah apalah.

"Jangan try dia, kalau nak hidup lama tau. Orang dah berpunya, jangan kacau." kata-kata Dahlia membuatkan Emir tertawa lagi.

"Aku tak cakap aku nak try dia. Aku cuma nak tengok siapa yang suka menulis dan tanya benda-benda pelik. She's somewhat interesting." balas Emir, dia masih lagi memandang ke arah aku. Kali ini, dia tersenyum pula.

Aku pula cepat-cepat membalas senyuman itu, risau pula aku dikatakan sombong. Kemudian, aku buat-buat sibuk. Lap meja yang berdekatan dengan mereka hanya untuk pasang telinga. Tak nak bagi obvious.

"Tak payah nak interesting-interesting, lah. Tak pasal-pasal mata kau lebam nanti. Boyfriend dia tu extra-protective." menyempat saja Dahlia mengata Aidan. Depan aku pula tu.

Emir ketawa mendengar kata-kata Dahlia.

"Of courselah kena extra-protective. Kan, aku dah cakap dia somewhat interesting, and she's pretty too. Confirm ada yang nak try."

Ni dah macam sengaja puji sebab aku dengar ni. Uish, bahaya ni. Mesti ada udang disebalik batu ni.

Dahlia sudah pandang Emir dengan muka menyampah. Mulutnya pun sudah terjuih sama.

eclipse ☾Where stories live. Discover now