treinta y dos ♡࿐

36 9 10
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

DERUAN ombak menyapa telinga, bau air laut juga tak lengkang menjamah hidung. Tangan kiri aku masih kemas memegang topi yang tersangkut elok di kepalaku, risau ditiup angin. Sudah lama tidak berkunjung ke pantai, aku rindu bau laut dan bunyi ombak. Rasa tenang.

Tetapi sekarang bukan masa untuk aku menikmati keindahan dunia, malah, aku harus fokus. Aku sekarang dalam mode Bulan Purnama yang sedang bekerja. Emir yang masih fokus meneliti skrin monitor, aku sempat pandang sekilas sebelum aku kembali memandang ke arah Eliana Clara dan juga Aidan Haiyan yang sedang melakonkan babak terakhir untuk drama ini.

Aidan mengunyah corndog sambil memandang ke arah pelakon lain yang melakonkan watak Dahlia, Iskandar, Arin, Nazmi, Ayla dan Arash. Seperti apa yang terjadi 9 tahun lepas. Sesungguhnya, aku tak sangka skrip aku benar-benar akan di lakonkan oleh Aidan sendiri.

Rasa kelakar pula.

Yalah, dulu aku kemain tulis, kononnya mahu meluahkan rasa aku kepada Aidan melalui apa yang aku tulis namun hakikatnya, aku sendiri yang tak bersedia untuk dia tahu semua itu. Kalaulah Aidan ialah lelaki lain, aku yakin, aku sudah lama di lupakan dan tak mungkin bakal di rindui. Malah, pasti aku dimaki hamun olehnya.

Nasib baik juga aku dapat lelaki bernama Aidan Haiyan, yang setia menanti dan bersabar dengan kerenah aku. Kalaulah aku di tempat dia, aku memang sudah lama angkat kaki pergi dari perempuan toksik macam aku ni.

Tak bersyukur langsung!

Lepas dia merayu-rayu untuk aku bagi peluang pada dia pun, aku masih meminta masa untuk memikirkannya. Haih, aku ni nak apa sebenarnya?

Lelaki sekacak itu merayu dengan mata cantik pun, aku masih berkeras untuk kononnya berfikir padahal sebulat suara, jiwa dan otak, menyatakan untuk mahu memberi lelaki itu peluang kedua yang dia pinta. Padahal orang yang sepatutnya merayu dan mahukan peluang kedua ialah aku, bukannya dia.

"Weh, korang! Sunset! Sunset!" jeritan daripada pelakon yang melakonkan watak Nazmi itu membuatkan aku terkejut.

Hampir saja aku mengeluarkan kata latahan. Nasib baik aku sempat tutup mulut aku, kalau tidak, memang kena ulang scene ini.

Setelah aku melihat ke arah matahari yang mula terbenam, aku kembali fokus ke arah monitor. Babak terakhir yang aku tulis. Babak yang berat untuk aku tulis. Babak yang membuatkan aku menangis setelah siap menulis. Babak yang meremukkan hati aku sendiri.

"Cantik." komen Eliana Clara sambil memandang ke adah matahari terbenam yang terbentang luas di depan mata.

Dari wajah itu, aku dapat lihat dia mengutarakan satu kata tersirat. Satu perkara yang aku suka pasal Eliana Clara ini, dia memang seorang pelakon yang hebat. Segala watak yang dia bawa, semuanya menjadi. Dari watak perempuan lemah macam Aleesa ni, kepada watak penjahat yang pernah dia lakonan. Dia sangat berbakat.

Hanya dari matanya, seribu perasaan dapat dirasakan. Sebab itu, waktu Emir pilih dia untuk melakonkan watak Aleesa yang penuh dengan emosi, aku terus bersetuju. Lagipula, drama yang dibintanginya memang selalu mendapat rating tinggi. Kira macam, kill two birds with one stonelah.

Aidan muncul di skrin monitor, dia tak lepas memandang ke arah Eliana Clara dengan pandangan yang redup. Seperti mana yang dia selalu pandangan aku. Satu perasaan aneh melingkar di hati.

"Yes, you are." desisnya perlahan. Kini, matanya berubah menjadi sedikit sayu.

Kamera kini di zoom out, memaparkan kedua-dua Eliana Clara yang memandang tepat depan sambil tersenyum pendek dan Aidan yang memandang ke arah gadis itu.

eclipse ☾Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ