treinta y cuatro ♡࿐

13 6 6
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

UDARA sejuk aku hirup, bau tanah dibasahi hujan mencucuk masuk ke hidung. Selepas meneguk air mineral, aku melihat sekeliling. Pokok-pokok dan rumput menghijau itu basah, ditimpa hujan. Nasib baik aku sempat berteduh bawah sebuah hentian bas, kalau tidak, memang aku sudah basah kuyup.

Haih, aku baru saja mahu menjalankan wawasan ingin mengamalkan gaya hidup sihat tahun ni, hujan pula menghalang. Belum sempat aku nak berpeluh kerana jogging, bumi berpeluh dulu.

Jam di pergelangan aku kerling seketika, memaparkan jam 6:40 petang. Lama juga aku berteduh disini, ingatkan bolehlah aku jogging sikit hari ni. Kononnya nak diet.

Aku bosan sebenarnya, sejak dua menjak ni, tak ada orang nak menganggu aku. Yalah, Aidan sudah kembali ke Kuala Lumpur, Dahlia dan Ayla masih lagi setia di sana, tidak bercuti, Arin? Dia juga sedang berkerja.

Yang tinggal, cumalah aku seorang, penganggur yang berjaya buat masa sekarang. Setelah habis shooting eclipse, aku kembali tiada kerja.

Tak tipu, bukan tak ada kerja, aku yang malas nak menghadap plot memeningkan kepala aku tu. Sebagai penulis novel misteri, aku kena banyak buat research dan menggambarkan sesuatu situasi dengan detail. Buat masa sekarang, aku biarkan saja draft untuk novel baru aku tu berhabuk.

Bukan apa, aku cuma tak ada mood mahu 'membunuh' orang lagi. Selama ini, hidup aku tiada secebis pun genre romance, sekali tiba-tiba Encik Aidan Haiyan datang menggali rasa cinta yang sudah lama terkubur.

Haih, dulu ke sekarang ke, hanya dia saja yang mampu mengucar-kacirkan hati aku. Semua benda jadi tergendala hanya kerana dia.

Ya, ya. Aku memang suka salahkan Aidan dalam semua hal. Siapa suruh selalu layan perangai aku? Sehingga hati kecilku ini tidak dapat melupakannya langsung.

Tipulah kalau aku kata, sepanjang 10 tahun ini, aku langsung tidak cari pegantinya. Namun, semua yang aku temui tidak sepertinya.

Aidan, dia mengajar aku agar tidak merendahkan standard aku hanya untuk lelaki. Dia yang akan selalu menyamai standard aku, walaupun pada hakikatnya, aku tidak dapat menerimanya sepenuh hati.

Oh, Aidan Haiyan.

Pin! Pin!

Berselang seli dengan bunyi hujan yang menyentuh bumbung hentian bas, kedengaran bunyi hon kereta. Aku terus mengangkat muka, mencari punca bunyi. Yalah, disini cuma ada aku seorang. Kalau ada orang hon, mungkin untuk memanggil aku.

Kereta berjenama Audi Q8 menjamah mata. Dahi aku berkerut. Aik? Kereta siapa pula ni?

Tingkap diturunkan, memaparkan Tengku Arash dengan gaya acah machonya, dengan leather jacket. Tidak dilupakan dengan kaca mata hitam berjenama Ray Band yang tergantung elok di atas hidungnya.

Aku sudah tayang muka menyampah, Arash pula masih dalam mood hero dalam drama. Dia fikir dia tengah shooting drama ke?

"Masuklah. Nak tunggu aku bentang red carpet dulu ke?" tak lama kemudian, soalan itu yang di soalnya kepada aku.

Aku mencebik. Tak gentleman langsung! Aku bangun lalu mengatur langkah ke bahagian belakang, namun belum sempat aku mahu membuka pintu kereta, Arash berdecit.

"Kau ingat aku ni driver grab premium ke? Duduk depan." dengan suara yang kononnya angkuh itu, dia selamba menyuruh.

"Ish, dahlah tak gentleman lepas tu bossy pula tu." aku membebel sambil terus berlari ke arah tempat sebelah pemandu.

eclipse ☾Where stories live. Discover now