dieciocho ♡࿐

36 12 2
                                    

FLASHBACK 13𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

ISNIN. Hari yang paling aku harap tak akan datang. Salah satu sebabnya ialah, nama aku di jadual bertugas tersergam elok, paling atas pula tu. Aku bukan apa, tengah-tengah monday blues macam ni tiba tiba nak kena menyapu kelas pula. Malas betul.

Namun, apakan daya, aku hanya seorang manusia yang harus menuruti kehidupan yang telah tertulis di ilahi tanpa sebarang rungutan. Eh, tipu tak ada rungutan. Aku merungut juga cuma dalam hati sajalah.

Macam sekarang, sibuk mempertikaikan kenapa aku kena bertugas pada hari isnin sambil memegang kemas penyapu di tangan. Aku tak tahu apa benda yang budak kelas aku buat dalam kelas ni sampai berhabuk tu macam tak duduk setahun!

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu itu membuatkan semua orang, termasuk aku, terus memandang ke arah pintu kelas. Yalah, tak pernah pernah lagi pagi isnin ada orang datang ketuk pintu. Kuat pula tu, macam menyepak.

Terus terbang segala mood yang aku memang sudah tidak ada. Pagi-pagi lagi kena hadap muka manusia ini. Memang satu cara yang tidak elok untuk memulakan hari.

Izham. Dia menyandarkan bahunya di bingkai pintu kelas aku, tangan kanannya di sangkut tinggi sikit dari kepala manakala tangan kirinya disorok elok dalam poket seluar. Tersenyum sinis, matanya tepat ke arah aku.

Sejak kaki Aidan patah, kelas Aidan dipindah ke tingkat bawah untuk menyenangkan dia ke kelas. Namun, dalam banyak-banyak kelas, kelas si Izham ni juga yang di pindahkan di sebelah kelas kami. Selama ini, kami hanya buat-buat tak nampak sajalah mereka.

Lagipun budak kelas dia biasanya ponteng, dan kalaupun kelas mereka bising, pasti akan ada cikgu yang datang dan memberi amaran kepada mereka. Yalah, kelas aku kan kelas kedua, mungkin cikgu takut kekecohan mereka boleh menganggu kami. Padahal kami pun lebih kurang sama juga.

Berbalik kepada Izham yang berlagak hot depan pintu kelas, aku hanya memandangnya dengan satu pandangan yang muak. Tak tipu, jika dia tidak berperangai gila, mungkin ada ramai orang boleh jatuh cinta kepadanya. Rupa dia ni boleh tahan juga, tapi perangainya sudah membuatkan segala yang dia ada tu tak nampak attractive.

Tapi bagi aku, dia ni memang sejak azali tak begitu menarik. I'm not into bad boys. Dekat sekolah ni, kalau dah bad boys tu bukan main-main 'bad' dia. Jenayah membuli yang mereka buat sangat teruk.

"Good morning, Luna." dia sempat menayang senyuman lebarnya. Tak sinis. Namun, masih cukup untuk menyakitkan hati aku.

Good morning kepala otak engkaulah. Disebabkan kau, pagi aku dah tak berapa nak good. Dah jadi bad morning.

Nak buat macam mana, serotonin booster aku ada dekat bawah. Yang terpacak depan mata sekarang ni, punca naiknya darah tinggi seorang Luna Aleesa.

"Come on, pagi-pagi dah tak ada mood. Muka cantik kau dah jadi basi," dia mencebik.

Ha, ini satu benda yang aku payah betul nak terima sejak dia kembali ke sekolah selepas di gantung. Dia tak lagi agresif atau berkasar dengan aku, malah sibuk nak bagi ayat yang mampu membuatkan aku termuntah.

Sampaikan budak kelas aku pun dah menyampah dengan sikap dia, jadi kami hanya palau saja dia. Saja nak buat dia melenting tapi dia tidak melakukan apa-apa tindakan pula. Jadi, kami hanya anggap dia sudah terima hidayah mahu berubah perlahan-lahan.

Namun, aku dapat rasakan tindakan ini hanya lakonan semata-mata. Aku dah kenal mamat ni sejak sekolah rendah. Dan, masa yang singkat tak mampu mengubah manusia. Yalah, dia cuma 'baik' begini dengan budak kelas aku.

eclipse ☾Where stories live. Discover now