catorce ♡࿐

55 17 11
                                    

FLASHBACK 09𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

AKU menarik nafas dalam-dalam sambil menutup mata, kemudiannya aku hembuskan nafas itu melalui mulut. Hidung aku tak berapa berfungsi sekarang, mucus memenuhi segala ruang dalam hidung aku. Aku kini sudah tenang. Bibir bawah aku ketap, mata masih lagi tertutup dalam keadaan duduk tegak. Kedua-dua tangan pula masih setia menekup muka.

Keadaan sekarang sungguh sepi. Tiada lagi esakkan aku, hanya sunyi sepi melainkan hela nafasnya berselang seli dengan nafas berat sendiri. Perlahan-lahan aku membuka mataku serta melarikan tangan aku daripada muka.

Benda pertama yang aku nampak, dia masih lagi duduk di sebelah aku. Tiada lagi wajah risaunya, kini dia menghulurkan segelas air kepadaku. Matanya sungguh redup, seakan-akan menghantar satu isyarat kepada aku. Mengatakan bahawa tak mengapa untuk aku menangis di depannya.

Namun, entah mengapa mata redup itu seperti mengandungi satu rasa pilu. Matanya tidak nampak tenang, malah nampak seperti sedikit berduka. Buktinya, senyumannya langsung tidak naik sampai ke mata. Mata itu tidak tersenyum. Tidak seperti kebiasaannya.

Segera, aku mencapai air yang dihulurkan lalu aku teguk. Melegakan ketidakselesaan tekak. Walaupun aku tidak memerhatikannya, aku dapat rasakan matanya masih tertumpu ke arah aku.

Selepas meneguk separuh gelas, aku menjatuhkan tangan. Memegang kemas gelas itu. Cuba menggali keberanian dan menguburkan rasa malu yang bertandang dijiwa.

Mana taknya? Dahlah dia selamatkan aku lepas tu, bangun-bangun je aku terus meledakkan tangisan macam budak tiga tahun.

"I'm sorry," tak semena-mena, suara lunaknya memohon maaf.

Secara automatik, aku terus memandang ke arahnya. Dia masih lagi memandangku dengan sebuah senyuman tawar. Senyuman yang tidak biasa untuk seorang Aidan Haiyan berikan. Senyumannya tiada seri.

"Untuk?"

"For not being cautious and protected you from him. I hurt you." kali ini, dia menunduk. Bahunya turut sama jatuh, dia nampak sedih.

Remuk hati aku melihatnya. Aku tak pernah melihat dia bersedih begini, selama ini aku hanya nampak dia tersenyum dan ketawa.

"Jangan minta maaf atas apa yang kau tak buat. That's not your fault. Hence, I should be thankful to you for saving me. Thank you, Aidan. Thank you so much for saving me." aku sedaya upaya cuba untuk menyenangkan hatinya, aku tak rela melihat dia berduka begini.

Aidan angkat muka, dia memandang wajahku. Pandangannya masih nampak sayu.

"It doesn't change the fact that I hurted you dan jangan berterima kasih atas apa yang sememangnya aku perlu buat untuk kau, Luna."

Aku terdiam. Tak tahu nak balas apa. Wajah seriusnya aku pandang, lama. Di raut wajah itu, tiada langsung wajah Aidan Haiyan yang sering aku perhatikan dari jauh.

Kini, di raut wajah itu hanya tertayang keseriusan, anak matanya memandang tepat ke arah aku, namun anak mata itu tidak memandang tajam. Hanya sekadar memerhati dengan sepasang anak mata yang terbias satu rasa yang aku tak pasti apa.

eclipse ☾Where stories live. Discover now