treinta y tres ♡࿐

48 11 11
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

JANTUNG aku giat mengepam darah ke seluruh badan dengan kelajuan yang aku yakin, agak merisaukan kalau doktor dengar melalui stethoscope mereka. Jantung aku akhir-akhir ni, memang jarang sekali tenang. Sudah mengalahkan baru saja selesai berlumba lari. Hari-hari mesti ada saja peristiwa yang hampir menggugurkan organ terpenting aku ini.

Buktinya, hari ini, aku dapat jemputan mengejutkan daripada mama Aidan untuk ke majlis perkahwinan abangnya. Nampak kad kahwin bernama Haider itu, darah aku mendadak naik. Boleh kena darah tinggi macam ni. Walaupun keluarganya tidak bertemu secara langsung, tetapi tetap memberi kejutan kepada aku. Lebih-lebih lagi, ibu yang bawa balik kad kahwin ini. Katanya Datin Raiha jemput.

Selepas apa yang dia katakan kepada aku? Selepas segala penghinaan itu. Mungkinkah dia ingat aku sudah melupakan Aidan? Ataupun dia fikir ibu ialah orang yang baru pindah di sini? Yalah, selama ini ibu bukan selalu ada di sini, inikan pula mahu berbual dengan orang di kampung. Seingat aku, ibu tidak ada apa-apa hubungan atau kaitan dengan keluarga itu.

"Kau tenunglah sampai subuh esok pun, kad kahwin tu tak akan tembus, Luna." teguran Arin membuatkan aku secara automatik meletakkan kad kahwin itu ke meja.

Nampak saja nama Dato' Maliki dan Datin Raiha di kad kahwin itu, ingatan aku terus kembali ke dunia lampau. Kisah silam yang aku fikir, aku sudah lupakan, namun tertanam elok di memori aku, lebih-lebih lagi, penghinaan Datin Raiha yang masih segar di ingatan, seperti luka yang masih segar.

"Kau kena sedar, di mana taraf kau. Seperti apa keluarga kau. Kalau Haiyan tu Putera Mahkota, kau cuma taraf seorang hamba."

Lebih-lebih lagi ayat itu. Aku ketap bibir. Tiba-tiba rasa geram dan sebal menyusup ke hati. Kenapa aku tidak melawan wanita itu? Katakan kepada dia bahawa apa yang dia katakan hari ini tidak akan mengubah hati anaknya? Adakah dia fikir anaknya akan suka dan menerima sahaja apabila dia memisahkan kami?

Jawapannya, tidak. Walaupun Aidan seperti boneka ibunya sendiri, dia tidak akan menerima perkara itu dengan mudah. Apa yang wanita itu mahukan, semuanya dilakukannya. Aku masih ingat wajah kecewanya saat dia tahu tentang hal ini. Hati aku remuk.

Kenapa waktu itu aku tak sedar bahawa Aidan cuba untuk menjadi sempurna dimata ibunya? Sia-sia saja dia menangis di taman, ceritakan kepada aku. Aku pula saat itu tidak menghiraukan semua itu. Kononnya mahu berada disisinya pada saat susah dan senang. Tipu belaka.

17 tahun aku memang fikir pasal diri sendiri. Selfish. Seperti apa yang Aidan pernah katakan. Bibir bawah, aku ketap kuat.

Ironi, bukan? Bagaimana lelaki yang aku sangkakan seorang matahari yang sentiasa terang menyinari kehidupan ialah lelaki yang sama cuba untuk mendapatkan kasih sayang ibunya. Seperti aku.

Pada hakikatnya, kami berdua sama. Cuma situasi yang membezakan kami. Mungkin kerana itulah Aidan enggan melepaskan aku. Mungkin kerana aku sepertinya.

Kerana aku ialah bulan yang menyorokkan sebahagian hidupku dan dia, matahari yang kadangnya menyorok dibelakang awan.

Ah, Luna. 10 tahun baru kau sedar kenyataan ini. It took you a decade!

Nafas panjang, aku tarik. Baiklah. Aku dah buat keputusan. Keputusan yang sepatutnya sudah lama aku ambil. Keputusan yang seharusnya 10 tahun lepas aku buat.

"So, macam mana?" dan-dan, Arin menyoal, seperti dia tidak nampak aku sudah hampir gila.

Aku garu kening, tanpa menjawab soalan Arin. Aku tahu dia akan membebel kerana tidak melayannya, tetapi otak aku tiba-tiba saja memberi aku ilham.

eclipse ☾Where stories live. Discover now