treinta y cinco ♡࿐

24 7 9
                                    



─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

ARIN memandang ke arah aku dengan wajah tak puas hati. Bibirnya sudah termuncung panjang, tak puas hati. Matanya sengaja dibuat-buat tajam. Kononnya nak takutkan aku.

"Kau dah tahu kan?" soalan keramat itu akhirnya disoal dengan muka tak puas hatinya.

Aku hanya mengangguk, malas nak bergurau senda dengan Arin sekarang. Rupanya tak ubah seperti singa betina yang sedang kelaparan. Kalau aku salah cakap, sah nanti dia lunyai aku sampai lumat. Arin tarik muncung.

"But not in details. He told me he wanted to marry you. Bila dia nak cakap, kepada siapa dia nak bagitahu, apa rancangan selanjutnya, dia tak bagitahu." panjang lebar aku menjelaskan apa yang Arash bagitahu aku.

Bergegar kereta Tengku Arash saat dia menyatakan hasratnya itu. Terkejut juga aku tiba-tiba saja dia mahu mengahwini Arin. Tak ada angin, tak ada ribut, nak kahwin pula.

Arin mengeluh. "No wonder kau tak terkejut langsung tadi." Wajahnya monyok, tak seperti orang yang baru saja crush ajak kahwin.

"Kenapa? Kau tak suka ke?" aku menyoal. Yalah, dari muka saja pun macam tak suka. Kita terus terang sajalah.
Aku pun tak faham dengan dia ni. Dari dulu kemain suka, takkanlah tiba-tiba hilang rasa pula? Hanya sebab Arash ajak kahwin? Selama ni kemain menggeletis tengok si Arash tu.

"Luna." Wajahnya serius memandang ke arah aku. Kemudian, matanya berubah menjadi puppy eyes.

"Aren't this just too fast? Like he literally skipped all those flirt and dating phrase and jump into marriage this quick? Would that be okay?" Arin kini sudah memeluk tubuhku dengan erat. Siap dilentokkan kepalanya atas bahu aku.

Tersengih aku dengan perangai Arin. Aku sudah agak, dia bukannya tak suka. Dia menahan diri daripada menunjukkan kegembiraanya.

"Kau juga cakap kau nak terus kahwin, tak nak bercinta." aku membalas selamba.

"Damn, betullah orang tua cakap, kata-kata tu satu doa. Aku baru je cakap, terus termakbul. Mujarab betul. Tapi terkejut beruk jugalah aku bila dia tiba-tiba cakap macam tu dengan mama dia dengan mak aku. Bukannya nak discuss dulu dengan aku," Arin membebel perlahan, bibirnya termuncung-muncung.

Aku ketawa melihat gelagatnya, dah dapat pun masih nak membebel. "Habis tu macam mana?"

Arin bangkit dari melentokkan kepalanya ke bahu aku, dia duduk tengah didepan aku sambil menayang senyuman manis. Sempat dia menyelit rambut di celah telinganya.

"Well, my parents pun berkenan, mama dia pun macam setuju. Aku sajalah yang tak ada jawapan lagi. I literally yelled at him for being this crazy and left." dengan muka penuh bangga, dia menceritakan apa yang terjadi.

"Kau dengan aku sama saja gilanya. Kita berdua suka tinggal lelaki tergantung tak bertali." dengan sisa tawa, aku berseloroh. Rasa kelakar bila teringat.

Aku dan Arin banyak persamaan kalau dalam hal ini. Dua-dua tak boleh move on, dua-dua masih setia menyukai si crush dari zaman sekolah. Sekarang, dia dah dapat satu lamaran. Tak sia-sia tarik tali.

"Excuse me? I'm as stupid as you, okay? You left Aidan hanging for 10 years, aku baru saja 1 hari. That's a huge different, okay?" balasnya dengan penuh selamba.

Mak ai. Makan dalam betul tu. Aku menampar bahunya. Upah cakap macam tu dekat aku. Macamlah dia tak support aku sepanjang aku 'left Aidan hanging for 10 years'. Cakap keputusan aku betullah apalah. Huh!

eclipse ☾Where stories live. Discover now