nueve ♡࿐

52 18 9
                                    

FLASHBACK 04𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

SABTU. Aku mengumumkan bahawa hari sabtu ialah hari paling aku tak suka, semestinya selepas kejadian aku terminum air Aidan hari tu.

Lagi-lagi hari cuti aku berkurang disebabkan program mentor-mentee yang macam tak memberi kesan langsung kepada aku ni. Yalah, mata sibuk memandang si mentor, jantung sibuk berdegup kuat.

Lagi-lagi sekarang, aku paling tak suka apa yang sedang terjadi sekarang. Susu kotak berperisa strawberi dekat koperasi dah habis.

Ya, koperasi sekolah kami buka sebab hari sabtu ialah hari kelas tambahan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3.

Dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak susu tu nak habis. Susu favorite aku tu. Haih. Sakit pula hati aku.

Semalam, aku tak sempat beli sebab junior depan aku beli dulu.

Bukan setakat dengan manusia saja aku tak ada jodoh, dengan susu kegemaran pun tak ada jodoh.

Wajah bersungguh Dahlia dan Ayla yang sedang berbincang jawapan latihan mereka itu, aku pandang. Kemudian, aku tengok ke depan aku. Kosong.

Aidan dan geng mentor belum masuk dewan lagi. Patutlah Dahlia dan Ayla duduk satu meja. Sebab Iskandar mentor Ayla, Nazmi pula mentor Dahlia.

Berhari-hari juga aku kena tadah telinga dengar Dahlia membebel sebab kena hadap Nazmi 6 hari seminggu. Dalam kelas pun mamat tu, kelas tambahan pun mamat tu.

"Weh, Luna. Bak sini buku kau jap." belum sempat aku bagi kebenaran, terus si Dahlia merembat buku aku.

"Mana kau dapat jawapan ni?" bersama soalan itu, mereka berdua menadah wajah yang cukup confuse sambil memandang aku.

Terkejutlah tu tengok aku boleh jawab Addmath. Yalah, aku ni musuh ketat matematik, matematik moden pun tak begitu pandai inikan matematik tambahan. Aku dapat 4% je sejak tahun lepas. Malaslah nak berbangga, aku konsisten tau dengan 4% tu.

"Oh yang ni." aku terus explain kepada mereka menggunakan cara yang Aidan explain kepada aku.

Sumpah tak tipu. Bukan sebab dia Aidan Haiyan tapi sebab cara dia explain cara yang mudah menjawab soalan, aku rasa addmath senang nak faham. Walaupun aku tak adalah pandai sangat tapi cara Aidan banyak membantu aku.

"Wow, Luna dah pandai addmath sekarang eh?" tiba-tiba aku dengar suara Nazmi mengusik dari belakang. Lantas, kami bertiga menoleh.

Tiga lelaki itu berdiri di belakang kami sambil memandang kami. Aidan hanya memandang sambil menarik kerusinya. Nazmi dan Iskandar pula berdiri macam KLCC. Siap berpeluk tubuh memandang ke arah kami bertiga.

"Well, thanks to Aidan." pendek saja aku balas sebelum terus melarikan diri daripada mereka. Cepat-cepat aku berjalan ke tempat duduk aku.

Ha, nanti adalah tu benda nak keluar dari mulut dua manusia itu. Aku hempuk dengan buku teks baru tahu.

"Uuuu, mentang-mentang.."

"Is, kau sini. Tolong ajarkan aku. Dahlah masuk lambat, sibuk nak usik orang pula."

Belum sempat Iskandar nak buka mulut untuk menyakat aku, Ayla sudah memanggil lelaki itu. Aku tunjuk thumbs up kepadanya. Terima kasih, sayangku!

Nazmi pula hanya memandang ke arah aku sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Sebuah senyuman yang boleh di tafsirkan sebagai mengejek di berikan.

Mengusik dalam diam.

eclipse ☾Where stories live. Discover now