once ♡࿐

59 18 2
                                    

FLASHBACK 06𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

SUDAH sebulan kejadian hari tu, tapi masing-masing langsung tak buka mulut atau menyoal lebih-lebih kepada aku. Malah, macam tak ada apa-apa yang terjadi.

Cuma yang ada, orang sibuk tanya aku jikalau aku dan Aidan mempunyai apa-apa hubungan. Stress aku di buatnya.

Kalau ikutkan hati, aku nak saja kata ya. Tapi memandangkan Aidan tak tahu yang aku sukakan dia, dan dia cuma berniat baik nak tolong aku, aku kuburkan saja niat aku tu.

Lagipun nampak macam gedik pula, kan? Tiba-tiba claim si Aidan tu aku punya.

"Luna? Luna." sayup-sayup aku mendengar nama aku di panggil-panggil. Aku terus menoleh, tersedar daripada lamunan.

"Kan aku dah pesan, jangan petik bintang di siang hari." suara Aidan menjamah telinga.

Aku hanya memandang ke arahnya dengan wajah selamba, padahal sudah rasa seperti mahu menghantuk kepala ke dinding. Malu!

Asyik-asyik kantoi dengan dia saja.

"Nah. Khemah untuk 4 orang, kan?" dia menghulur beg berisi khemah.

Ya, kami sedang berada di tapak perkhemahan, bagi pelajar tingkatan 5. Dan, aku sedang berdiri dalam barisan untuk mendapatkan khemah. Cikgu pesan, kalau nak bawa sendiri bawalah dan kalau tak ada, dia akan agihkan di tapak perkhemahan. Macam sekarang.

Aku menyambut. "Thank you."

Dan terus berpusing, mahu ke tapak kami. Arin, Ayla dan Dahlia sudah terlebih dahulu ke sana, mereka kata nak kemas-kemas tapak sebelum kami dirikan khemah.

Aku mendekati ketiga-tiga mereka. Masing-masing tengah sibuk meratakan tanah agar kami selesa. Aku letakkan beg berisi khemah itu ke tanah lalu mengeluarkan isinya.

"Pandai gila kau pilih tempat ni, Dahlia." tiba-tiba aku dengar Arin memuji Dahlia.

Khemah kami berada di tempat sedikit belakang, dan di pinggir beberapa pohon besar. Agak teduh kalau di bandingkan dengan tempat lain.

"Of course, tengoklah siapa." Dahlia berbangga.

Kononnya nak menunjukkan pengalaman yang dibinanya bertahun-tahun dalam penyertai pelbagai program perkhemahan. Biasalah, Dahlia ni jenis yang aktif dalam kokurikulum, bukan macam kami bertiga.

Arin lagilah, semua benda dia tak pernah sertai. Perbarisan? Kawad kaki? Out from her list.

Lagi pemalas daripada aku.

"Tanah kat sini pun tak keras sangat, senang nak pacak pancang nanti." Ayla kelihatan sedang memijak-mijak sikit tanah, tempat dia berdiri.

"That's great, then." sahut Dahlia sebelum mendekati aku.

"Eh wow?"

Aku yang mengeluarkan segala isi dari beg hanya mengadah muka ke arahnya. Yalah, tiba-tiba datang sebelah, boleh buat-buat kagum macam tu. Ingat aku ni tak pandai sangat ke?

"Kenapa?" aku menyoal selepas melihat dia membelek-belek khemah tanpa memperdulikan aku.

"Kau dapat khemah baru. Payah tau nak dapat khemah baru. Siapa yang agihkan khemah ni?" laju saja mulutnya menjawab.

"Aidan." jawabku sepatah sebelum terus membawa khemah ke tapaknya.

"I see, I see." dalam ton yang seperti mengusik, Dahlia datang bersama rod panjang.

eclipse ☾Where stories live. Discover now