treinta y uno ♡࿐

54 9 8
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

IBU yang duduk sambil menyilang tangan ke dada itu, aku buat-buat tak nampak. Jemariku sibuk mengetuk cawan, seolah-olah pandangan itu tidak seperti memanah rangka kepalaku.

"Ehem." ibu berdehem, aku hanya pekakkan telinga, buat-buat tak dengar.

"Amboi anak ibu ni dah pandai sekarang, ya?" aku garu kening, tak tahu nak bagi respond apa.

Yalah, ibu menyoal macam bukan dia yang ajak Aidan masuk rumah untuk tukar baju kerana lelaki itu basah kuyup. Siap dimintanya Arash hantarkan bajunya ke sini macamlah rumah si Aidan tu jauh sangat.

"Memang dari dulu pandai, kan." aku membalas dengan selamba sebelum terus menghirup teh yang dihidang oleh Arin. Bagus juga Arin tolong jaga ibu, makan minum semua dah siap terhidang.

"Oh, jadi memang dari dululah gatal?" ibu tak mahu kalah, bukan Puan Jualianalah kalau kalah dalam perdebatan.

Sejak kami mula merapat, dia mula membuka kisah lamanya. Katanya waktu sekolah dia juara berdebat, tetapi anaknya ini juga tak mahu kalah. Nasib baiklah ibu bukanlah ibu yang dulu. Ini kalau dia yang dulu, dah lama muka aku kena simbah dengan teh panas ni.

Anehkan? Aku fikir aku bakal rasa canggung untuk bermesra dengan ibuku memandangkan kami berdua tidak pernah rapat, namun sebaliknya berlaku. Kami berdua selesa untuk bergurau bodoh dan bergaduh manja.

"Ya, ibu. Luna ni memang daripada dulu pandai menggatal." Arin yang dari tadi menyuap roti ke mulut, menyampuk. Mahu turut serta untuk mengata aku. Pantang ada chance, terus saja nak mencelah.

"Dah menggatal pun, masih tak laku." ibu berseloroh sebelum dengan selambanya dia menyuap roti telur yang diberikan oleh emak Arin. Saraf tangan itu semakin membaik, cuma pegangannya masih tidak begitu kuat. Kadang kala, apa yang dipegangnya terlepas tanpa sedar.

Aku mencebik. Seronoklah tu team up dengan Arin kenakan aku. Mentang-mentang sekarang dah ada geng!

"Bukan tak laku, bu. Dia yang jual mahal." Arash yang muncul daripada bilik tetamu itu menyampak sama.

"Excuse me? Okeylah daripada yang tak ada progress daripada dulu. Mainlah tarik tali sampai tua." aku membidas dengan keras. Kedua-dua Arash dan Arin nampak terkejut dengan penyataan yang baru saja keluar dari mulut aku itu.

Ditengah-tengah kedua-dua mereka memaki aku dalam hati, ibu ketawa. "Bilalah kamu bertiga nak kawin. Teringin juga ibu tengok kamu bertiga, Ayla, Dahlia, Iskandar, Nazmi kahwin. Ha, cakap pasal budak bertuah tu, mana dia sekarang? Dah lama tak nampak?"

Kami bertiga angkat bahu. Nazmi tu memang selalu menghilang, kejap bercuti, kejap hilang, kejap muncul. Kami pun tak tahu apa yang dia cari.

Oh ya, sejak apa yang jadi kepada ibu, mereka berenam; Ayla, Iskandar, Dahlia, Arin, Arash dan Nazmi selalu berkumpul disini dan yang lelaki tahu tentang ibu aku sejak itu. Pendek kata, semua orang selain Aidan ada di sisi aku sepanjang 6 bulan. Cuma, Arash dan Nazmi saja tidak tahu tentang pertemuan semula aku dan Aidan, itu pun aku minta yang lain rahsiakan.

Aku dapat hidu reaksi Nazmi bila tahu pasal ni nanti, mesti dia sibuk nak mengata aku. Cakap aku jilat ludah sendirilah apalah. Aku kenal sangat budak tu.

"Yang ini, Haiyan ke?" soalan ibu, aku jawab dengan anggukan saja. Malas nak membuka mulut.

Teringat pula aku sewaktu ibu tahu aku tulis kisah eclipse, itu pun sebab dia jumpa manuskrip aku. Berkali-kali dia meminta maaf waktu dia baca skrip babak dia dan aku. Hidup aku ni memang penuh drama!

eclipse ☾Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin