trienta y sies ♡࿐

17 3 18
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

CAHAYA lampu jalan menusuk masuk ke kornea, memaksa aku untuk menggosok mata sebelum kembali memandang ke hadapan. Haikal masih setia duduk di atas bangku, bertemankan air mineral yang dibelinya tadi.

Dia bawa aku sampai ke tepi pantai, lepas tu dia keluar. Katanya dia mahu memberi aku ruang untuk menangisi apa yang terjadi, melayan perasaan. Dan disebabkan aku tak berapa selesa menangis depan dia, dia terus keluar. Bagi aku ruang.

Belakang Haikal aku pandang dengan rasa bersalah. Yalah, aku sudahlah balik dengan dia. Naik kereta dia, lepas tu, dia keluar bagi ruang kepada aku lagi. Haih.

Aku melangkah keluar dari kereta. Mungkin mendengar pintu dibuka, Haikal terus menoleh. Dia menayang satu senyuman tipis.

"Dah okey?" soalnya sambil mendekatiku. Pintu kereta yang aku buka sedikit itu, kini sudah terbuka luas olehnya.

Aku angguk. "Sorry," tak tahu nak cakap apa, aku meminta maaf.

Haikal menggeleng, kemudian, dia memberikan air mineral kepada aku. "Minumlah. Legakan tekak tu,"

Aku terus mencapai air mineral yang dihulurkan olehnya. Kemudian, aku meneguk air mineral itu dengan penuh tertib. Haikal pula sudah bersandar di pintu kereta belakang, masih menemani aku.

"Nak lepak dulu tak?" aku mendongak, memandang ke arah Haikal yang masih setia menanti jawapanku.

"Nak buat apa je kat sini?" soalannya tadi, aku balas dengan soalan. Haikal tersenyum nipis kemudian dia menunding jari ke satu arah.

Pantas, aku memandang ke arah funfair yang tak jauh dari kami. Patutlah riuh semacam. Aku pun tadi tak tengok kiri, kanan, belakang, depan, sibuk menangisi kehidupan saja.

Entahlah, kebelakangan ni aku sangat emosional. Tapi, aku boleh katakan, perkata ini lebih baik berbanding aku yang tidak merasakan apa-apa. Sekurang-kurangnya, aku tak pendam.

"Nak pergi main ke? Dengan muka macam ni?" terus aku menunding jari ke arah wajah aku yang sudah basah dengan air mata. Tak cukup dengan itu, hidung aku juga semerah tomato, mata juga sedikit bengkak.

Haikal masih tersenyum, kali ini makin lebar pula. Menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu. Ish, selama ni tak pula aku perasan dia ada lesung pipit. Macam manalah aku boleh tak perasan?

Yalah, wajahnya yang setampan ini langsung tak dapat perhatian seorang Luna Aleesa sewaktu sekolah dulu. Padahal, diri aku yang dulu suka usya lelaki, dan memang jenis bertukar crush setiap minggu.

Namun, lelaki ini tak pula menjadi tumpuan aku waktu tu. Dahlah ada lesung pipit. Lagilah pelik kalau pada zaman itu aku langsung tak pandang dia. Dia ni menyorok agaknya.

"Kejap." dia membuka pintu bahagian belakang, mencapai sesuatu. Kemudian, dia kembali berdiri di depanku.

"Nah." satu topi besbol di hulurkan kepada aku.

"Kau kan suka pakai topi kalau tengah undercover." mata aku sedikit membutang saat mendengar kata-kata Haikal.

Mana dia tahu?

eclipse ☾Where stories live. Discover now