diecisèis ♡࿐

52 15 8
                                    

FLASHBACK 11𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

AIDAN yang sedang berbual dengan ahli pasukannya itu menjadi perhatian. Dia angkat tangan ke udara menghalakan kepada Iskandar, lalu bahu sahabatnya itu di tumbuk. Kemudian, mereka berdua ketawa besar. Haikal seperti sedang berkata sesuatu sebelum Aidan nampak seperti malu-malu.

Entah apa yang mereka bualkan, aku tak tahu. Aku bukannya berada dalam jarak yang dekat untuk dengar apa yang mereka bualkan. Tapi sepertinya mereka sedang bercakap tentang aku.

Macam mana aku tahu? Nazmi.

Dia sempat menjenguk ke arah aku yang duduk di tempat penonton ini. Biasalah, Nazmi memang pakar dalam buat kerja tak clear.

"Gilalah. Mentang-mentang tahun ni, tahun akhir senior kita, banyak pulak game diorang main." kata-kata dari penonton belakang hampir membuatkan aku mengangguk.

Aku pun tak faham dengan sekolah aku ni. Dah tahun akhir, patutnya bagilah kami pergi kem untuk tambah kefahaman dalam pembelajaran. Ini tak, sibuk suruh kami pergi berkhemahlah, buat friendly matchlah. Hari sukanlah.

I'm not complaining, cuma kami tak nampak macam budak nak hadap trial minggu depan. Tapi sebenarnya macam eloklah juga, dapatlah aku berehat daripada terus menghadap addmath semalaman. Hampir sakit otak aku hadap addmath tu, sumpah.

Aku tak nak banyak, aku nak lulus je.

Cuma itulah, nanti pihak sekolah mesti nak bising cakap student banyak main-main kalau tak perform, padahal pihak sekolah yang anjurkan macam-macam di saat genting.

Tengoklah hari ni, sekolah kami tiba-tiba anjurkan friendly match dengan sekolah berdekatan. Aku ingat sekolah aku dah pelik, sekolah pihak lawan ni pun pelik. Tenang betul nak buat friendly match pada masa-masa macam ni.

Padahal ni kalau sekolah lain, yang pasti bukan dua sekolah ni, mesti dah sibuk anjurkan macam-macam program akademik. Aku sebenarnya dah boleh agak, mesti nanti dah nak dekat SPM, barulah pihak selolah kami ni nak anjurkan program macam tu.

Bukan hanya student saja, sekolah pun last minute!

Berbalik kepada perlawanan hari ni, iaitu friendly match, aku pun tak tahu kenapa pengetua suka sangat match basketball. Sikit-sikit basketball. Awal tahun hari tu dah buat tournament basketball, sekolah kami jadi tuan rumah. Dimana, aku juga berada di sini, sebagai penonton.

"Tapi aku tak kisah. Janji boleh tengok senior-senior hot kita main basketball. Bukan senang nak dapat cuci mata begini." tanpa sedar, aku sudah mengangguk.

"Budak belakang kita ni memang saja nak suruh orang setuju dengan apa yang dia kata ke? Sekuat alam dia bercakap." komen Arin yang berada di sebelahku.

Sama macam aku, dia masih lagi tak lepas daripada memandang ke arah Arash yang berdiri elok di sebelah Aidan. Kadang-kadang aku suka tengok perbezaan ketinggian Nazmi dan Aidan. Tak adalah berbeza sangat cuma dalam geng mereka, Nazmi paling rendah. Comel tapi sikit jelah.

Comel banyak tu Aidan.

"Tapi apa yang dia kata tu betul, kan?" balasku sambil tersenyum.

"Of course. Aku pun tension hadap akaun. Dahlah kerja kursus aku tak siap-siap lagi. Semalam latihan aku tak imbang pulak tu." Arin mengeluh.

Patutlah dark circle minah ni gelap lain macam saja. Mesti malam tadi sibuk tengah cari kat mana punca tak imbang. Agaknya ni, kalau tak ada match hari ni, aku rasa dia boleh bad mood sepanjang hari.

eclipse ☾On viuen les histories. Descobreix ara