PROLOG 🌻

14.7K 433 1
                                    

-Dia seistimewa itu untuk ku, tapi aku tak seistimewa itu untuknya-

🌻

Yara duduk di bangku luar rumahnya. Perutnya juga sudah semakin ke depan. Hanya menanti bidadari kecil itu keluar sahaja.

Penantiannya terhadap seorang suami masih berterusan. Sudah 9 bulan, suaminya tidak pulang ke rumah.

Pelbagai cara dilakukannya untuk menghubungi suaminya. Tetapi semuanya tidak berhasil. Yara juga buntu.

Saat dia melayari media sosial, sebuah artikel muncul di paparan skrin. Jantungnya bagaikan terhenti saat melihat berita itu.

"Hayl" ucapnya dengan nada kecewa.

Air matanya juga jatuh ke bajunya. Adakah penantiannya di situ membawa kisah duka untuknya?

🌻

"Aku nak kau orang cari dia sampai jumpa. Dia masih isteri aku" arah Tengku Hayl dengan nada serius.

"Kau tetap nak cari dia walaupun dia dah pergi?" Soal Fattah.

"Kau ingat aku kisah ke dia pergi atau tak. Aku kenal dia macam mana. Dia pasti ada alasannya tersendiri!!" balasnya dengan nada yang agak tinggi.

Fattah lantas terdiam. Jika suara Tengku Hayl sudah meninggi, itu tandanya kemarahan Tengku Hayl sudah memuncak.

🌻

"Cari perempuan tu dan bunuh dia. Aku tak nak Hayl jumpa dia dulu. Faham!!" Arah Wilia.

"Baik boss"

Beberapa orang lelaki lantas beredar selepas mendapat upah mereka.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now