BAB 10 🌻

7.3K 334 8
                                    

Puan Laila sudah resah apabila Yara masih belum tiba di rumahnya. Firdaus juga sudah mula berteriak kerana berasa lapar.

Selalunya, Yara akan tiba di rumahnya pada jam itu untuk membawa Firdaus pulang. Tetapi masa sudah lewat 3 jam dari kebiasaannya. Bertambah risau dirinya saat itu. Ada apa-apa yang buruk sudah berlaku pada Yara?

"Ma. Ma" ucap Firdaus berulang kali beserta dengan esakan.

Puan Laila sudah mendukung Firdaus untuk meredakan tangisannya. Dia berasa kasihan melihat Firdaus yang tidak tenang saat itu.

Bunyi kereta di luar rumahnya membawa langkah Puan Laila keluar. Dia melihat Nasrullah yang baru sahaja pulang daripada sekolah.

Nasrullah memandang pelik ke arah Puan Laila kerana sedang mendukung Firdaus. Selalunya sewaktu dia pulang, Firdaus sudah tiada.

"Aik. Firdaus ada dekat sini lagi?" Soalnya dan menyalam tangan Puan Laila.

"Aah Nas. Yara masih belum sampai. Firdaus juga asyik menangis sebab lapar" jelasnya dan menepuk lembut belakang Firdaus.

"Lambat sangat ke kalau Yara nak sampai?"

"Ya. Selalunya jam 3 petang, dia dah ada dekat sini. Sekarang dah jam 6, bayang dia pun still takde" Perasaan risau mula menerpa di dalam dirinya.

"Kalau macam tu biar Nas pergi tengok rumah dia kejap. Mana tau dia tertidur ke apa kan" ucap Nasrullah dan menyarungkan semula kasutnya.

"Ibu ikut sekali la. Rasa tak tenang tunggu dekat rumah"

"Okay"

Di dalam kereta Firdaus kembali menangis. Terhincut-hincut badannya kerana tangisan yang tidak henti. Puan Laila sudah banyak kali memujuk Firdaus tetapi tetap tidak berjaya.

Nasrullah juga berkali-kali cuba untuk membuat Firdaus ketawa tetapi tidak berhasil. Mereka berdua sudah buntu saat itu.

"Eh. Kenapa pagar rumah Yara jadi macam tu"

Nasrullah lantas memberhentikan keretanya di hadapan rumah Yara. Mereka berdua terkejut melihat situasi rumah itu. Berselerakan dengan beberapa barang.

Puan Laila mula berasa risau apabila melihat pintu rumah yang terbuka luas. Ditambah pula dengan beg yang sering dibawa oleh Yara berada di atas lantai.

Nasrullah lantas masuk ke dalam rumah untuk memeriksa. Sekilas pandang, rumah itu seperti telah diceroboh.

"Nampaknya ada orang pecah masuk rumah dia" ucap Nasrullah dan mengambil beg Yara.

"Macam mana ni Nas. Kita report polis ya"

"Baik ibu. Kita pergi ke balai dulu. Barang Yara pun masih ada dalam beg dia"

Puan Laila mengusap lembut kepala Firdaus supaya tangisan si kecil itu reda. Dia sudah mengagak pasti ada sesuatu yang buruk sudah berlaku kepada Yara.

🌻

"Buat masa sekarang, kami tidak dapat melakukan apa-apa lagi sebab masih belum 24 jam" ucap polis tersebut.

"Tak boleh ke kalau lakukan carian terus. Sebab rumah dia pun dah dipecah masuk" balas Nasrullah.

"Maaf Encik. Kita kena tunggu prosedur itu juga" Polis itu tetap bertegas tentang perkara itu.

Nasrullah berjalan pergi dengan perasaan yang kecewa. Dia berasa sedih apabila melihat Firdaus yang sudah tertidur kerana puas menangis. Habis sembab wajah si kecil itu.

"Macam mana Nas? Polis boleh cari?" Soal Puan Laila.

"Tak boleh Ibu. Mereka kena tunggu 24 jam dulu baru boleh mencari"

"Ya Allah. Kau lindungilah Yara. Macam mana dengan Firdaus. Dia masih belum makan"

Puan Laila sudah resah dengan hal itu. Susu yang diberikan oleh Yara juga sudah habis kerana hanya khusus kepada pada waktu siang dan tengah hari sahaja.

"Firdaus tak boleh minum susu tin ke?"

"Tak boleh Nas. Yara pernah cuba dulu. Tapi lepas tu, Firdaus jadi sesak nafas dengan naik bintik merah. Dia hanya sesuai dengan susu Yara sahaja" jelasnya.

"Ya Allah. Dekat mana Yara sekarang. Nas dah cuba call Aunty yang kerja dengan Yara. Dia orang cakap Yara dah diberhentikan kerja seminggu yang lalu" ucapnya dengan nada kendur.

"Berhenti kerja? SubhanaAllah. Kenapa Yara tak cerita dekat Ibu. Dia pendam semuanya seorang diri"

Puan Laila mahu berasa kecewa tapi dia faham dengan alasan Yara. Puan Laila dapat menggagak sebab Yara asyik termenung beberapa hari yang dulu. Rupanya dia sedang bergelut dengan dirinya untuk kelihatan kuat.

"Nas risau dia pergi cari kerja dekat area yang jauh je. Tapi macam tak logik sebab handbag dia ada dekat rumah"

"Ibu harap tak de benda yang buruk pada Yara"

"Nas pun harap macam tu Ibu. Mustahil Yara nak tinggalkan Firdaus macam tu je"

"Yara pernah cakap, Firdaus sahaja satu-satunya harta dia. Mustahil dia akan tinggalkan Firdaus macam tu je"

Puan Laila berasa sedikit sayu apabila melihat Firdaus yang sedang tidur.

"Nas yakin Yara akan pulang juga untuk Firdaus. Kita doakan yang baik-baik sahaja Ibu"

Puan Laila hanya mengangguk lemah. Hatinya masih tidak berasa tenang selagi Yara tidak pulang. Pelbagai andaian bermain di kotak fikirannya saat itu.

🌻

Yara membuka matanya perlahan-lahan selepas berasa ada cahaya yang menembus matanya. Kepalanya juga masih terasa pening.

Yara bangun daripada katil dan melihat kawasan sekeliling. Dia masih bingung dengan situasi di bilik itu.

Dia berasa pelik melihat keadaan bilik itu kerana bukan miliknya. Peristiwa pada pagi tadi kembali terimbas. Dia baru teringat pertemuannya dengan Tengku Hayl.

Yara lantas turun daripada katil. Dia tidak mahu berada bersama dengan Tengku Hayl. Yara terkejut apabila melihat jam yang melekat di dinding. Sudah menunjukkan jam 10 malam.

Yara mula tersedar dadanya yang terasa sakit kerana tidak menyusukan Firdaus. Perasaannya juga mulai cemas apabila membayangkan keadaan Firdaus. Dia perlu beredar dari situ. Firdaus keutamaannya saat itu.

Yara cuba membuka pintu bilik itu tetapi berkunci. Dirinya memulas tombol itu berkali-kali dengan harapan ianya terbuka.

Tetapi tidak berjaya.

Yara mula menepuk pintu itu sekuat yang boleh. Mahu berjumpa dengan Firdaus. Dia tahu Firdaus sedang menangis saat itu kerana kelaparan.

"Tolong buka pintu ni!!! Sesiapa yang ada dekat luar, tolong buka!!! Keluarkan saya!!" Jeritnya sekuat hati.

Beberapa titis air mata mula mengalir. Dia berasa cukup takut saat itu. Bagaimana jika berlaku sesuatu yang buruk kepada Firdaus. Firdaus hanya boleh minum susu darinya sahaja.

"Tolong la buka pintu ni!!" Rintihnya lagi.

Dadanya juga mula terasa sakit. Ditambah pula dengan pening di kepalanya. Peluh juga mula terlihat di wajah.

Benar-benar mengujinya saat itu.

Dia tidak tahu kenapa dirinya dikurung di dalam bilik itu. Jika benar Tengku Hayl mahu memarahinya tidak usahlah menguncinya di situ. Dia perlu mendapatkan Firdaus dengan segera.

"Hayl !!! Lepaskan saya. Tolong la" jeritnya lagi. Air mata yang mengalir juga bertambah deras.

"Firdaus. Maafkan mama" ucapnya perlahan. Dia sudah penat menepuk pintu itu.

Dia berharap anaknya itu baik-baik sahaja.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang