BAB 48 🌻

6.7K 270 3
                                    

Majlis kesyukuran pada hari itu berjalan dengan baik. Dari awal semuanya baik-baik sahaja.

Tetamu yang datang juga mengucapkan tahniah kepada Dato' Ismail. Begitu juga pada Yara dan Tengku Hayl. Sambutan ulang tahun kelahiran Firdaus juga disambut sekali dengan doa selamat itu.

Amir juga sudah kembali pulih. Mujurlah Amir tidak mendapat sakit yang teruk dan berbahaya di bahagian kepalanya.

Yara yang terpandang pada seseorang lantas menuju ke arah mereka. Tengku Hayl yang sedang mendukung Firdaus terkejut apabila melihat Yara bergerak ke bahagian meja tetamu.

"Assalamualaikum Ibu" ucapnya dan menyalam tangan Puan Laila.

"Waalaikumussalam. Lamanya Ibu tak jumpa dengan Yara" tubuh Yara dipeluk kemas oleh Puan Laila.

"Lama dah ke Ibu sampai?"

"Baru je lagi Yara. Ibu datang dengan Nas tadi. Rasanya Nas dengan isteri dia pergi ambil makanan"

Yara mengangguk faham dan memanggil Tengku Hayl. Tengku Hayl hanya menundukkan kepalanya sahaja. Firdaus yang berada di tangan diturunkan ke bawah.

Firdaus segera mengaminkan tangan Puan Laila.

"Besar dah Firdaus. Dulu kecil je lagi. Berjalan pun belum pandai lagi" Kepala Firdaus diusap lembut oleh Puan Laila. Tersengih Firdaus apabila melihat Puan Laila.

"Firdaus ke ni?" Tegur seseorang dari arah belakang mereka.

Tengku Hayl dan Yara hanya tersenyum ke arah Nasrullah yang baru muncul bersama seorang wanita.

"Besar dah Firdaus ya. Apa khabar Hayl dan Yara" tanya Nasrullah sambil mendukung Firdaus.

"Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja" balas Tengku Hayl.

"Ini isteri Nas ke?" Tegur Yara pada wanita itu.

"Aah. Saya isteri pada Nas. Nama saya Nuha" tangan dihulurkan pada Yara. Yara menyambut laju huluran tangan itu.

"Saya Yara. Tahniah ya. Maaf tak dapat hadir majlis nikah hari tu"

"Tak apa Yara. Nas dah ceritakan semuanya pada saya. Saya faham dengan situasi awak"

Yara berasa lega kerana Nuha dapat menerimanya. Dia jarang berbual dengan perempuan. Di sekolah juga, banyak teman perempuannya yang tidak mahu berkawan dengannya. Kata mereka Yara adalah budak sombong.

"Jemputlah makan. Buat macam rumah sendiri ya. Ibu makan banyak-banyak ya" ucap Tengku Hayl.

Mereka lantas mengambil tempat duduk dan menjamah juadah buffet yang disediakan. Banyak juga cerita yang dibualkan. Hubungan Tengku Hayl dan Nasrullah juga baik-baik sahaja.

🌻

Dato' Ismail memandang tajam ke arah Datin Sarah yang muncul di majlisnya itu. Seingatnya dia tidak mengundang perempuan itu ke situ.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalnya kasar.

Datin Sarah mendengus kasar apabila ditegur oleh Dato' Ismail. Mujurlah mereka berada agak jauh daripada tetamu yang lain.

"Salah ke kalau aku nak datang? Kakak aku ajak datang sini sekali. Apa salahnya kan. Kau pun sepupu aku"

"Masalahnya kau tak diundang ke sini. Tak malu ke?" Sindirnya pedas.

"Buat apa aku nak malu kalau aku tak buat apa-apa salah?"

"Jangan nak pura-pura la Sarah. Anak kau hampir musnahkan hidup anak aku tau. Jangan sampai hidup suami kau pula yang aku musnahkan"

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang