BAB 2 🌻

7.7K 389 24
                                    

Yara mengesat peluh di dahinya. Dia sudah mendapatkan kerja sebagai cleaner di sebuah syarikat. Itu juga sudah cukup untuk dirinya dan Firdaus.

Selesai mengelap tingkat di beberapa tingkat, Yara lantas menyimpan perkakas mencuci di stor belakang.

Dia perlu mengambil Firdaus pula di rumah Puan Laila. Itu lah kerjanya sejak 6 bulan yang lalu. Dia bersyukur kerana berjumpa dengan Puan Laila dan Nasrullah.

Mereka berdua telah banyak membantunya dari pelbagai segi. Rumah sewanya juga dicari oleh Nasrullah sendiri. Jika tiada mereka, mungkin dia sudah merempat di tepi jalan bersama Firdaus.

"Yara balik dulu ya Aunty" ucapnya kepada dua orang aunty yang turut bekerja di situ.

"Hati-hati ya Yara" ucap Aunty Gina. Manakala Aunty Asma hanya tersenyum.

Yara duduk di perhentian bas sementara menunggu bas ke kawasan rumahnya tiba. Yara mengurut bahunya yang agak lenguh. Ditambah pula Firdaus yang memerlukan susu badannya. Bertambah penat tubuhnya.

Yara merenung ke arah bulan. Bagaimana dengan nasibnya? Adakah dia sudah bahagia? Gumamnya dengan sebuah senyuman.

Tidak lama selepas itu, bas yang ditunggu akhirnya sampai. Yara segera masuk ke dalam. Dia sudah rindukan budak kecil itu.

🌻

Tengku Hayl menilik ipadnya. Dia baru sahaja selesai bermesyuarat dengan pekerjanya. Semuanya sudah diselesaikan dalam masa satu hari. Dia tidak suka melambatkan kerjanya.

"Macam mana dengan dia? Dah jumpa?" Soalnya. Matanya masih tertumpu kepada ipad di tangan.

"Ehem. Belum lagi Tuan" jawab pemandunya. Dia berasa takut untuk memberi jawapan itu. Tetapi itulah hakikatnya.

"Dah setahun. Tak kan masih tak jumpa? Dah cuba cari dekat kawasan kampung?" Soalnya tanda tidak berpuas hati.

"Baik Tuan. Kami akan cuba cari dia dekat kawasan itu"

"Selagi kau orang semua tak jumpa dia, jangan ingat aku nak bagi upah. Hidup tu jangan bebal sangat" marahnya lagi.

"Baa. Baik Tuan" jawab lelaki itu tergagap-gagap.

Tengku Hayl menutup ipadnya dan memandang ke luar. Dia juga perasan bulan penuh pada malam itu.

Di mana dia berada sekarang? Aku perlukan dia. Gumamnya.

🌻

Yara yang baru sahaja turun daripada bas memandang pelik ke arah sebuah kereta yang berada di situ. Dia tersenyum apabila melihat Nasrullah turun daripada kereta.

"Nas. Buat apa dekat sini?" Soal Yara dan meninjau di dalam kereta. Mungkin Puan Laila ikut sekali. Tetapi tiada.

"Saja. Saya baru je balik dari sekolah ni. Teringat awak balik sekarang kan, so saya nak tumpangkan awak" Nasrullah menggaru belakang kepalanya kerana berasa kekok.

"Ohh. Macam tu. Kalau macam tu, marilah kita gerak. Saya dah rindukan Firdaus"

Nasrullah mengangguk dan mereka berdua lantas masuk ke dalam kereta. Nasrullah juga sempat membawa Yara ke kedai burger. Dia tahu Yara sedang berjimat dan pasti Yara tidak makan lagi.

"Terima kasih Nas"

Yara memandang burger di tangannya dengan wajah yang gembira. Nasrullah berasa senang melihat wajah itu tersenyum. Berbeza saat dia bertemu dengan Yara buat pertama kali.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now