BAB 50 🌻

6.5K 249 5
                                    

Tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Begitu juga dengan kisah mereka. Setiap yang berlaku pasti akan sebabnya.

Tengku Hayl memeluk erat tubuh Firdaus yang sudah lena. Firdaus yang asyik menangis kerana takut melihat keadaan Yara akhirnya terlena di bahu Tengku Hayl.

Tengku Hayl hanya mampu berdoa saat itu. Dia tidak mampu untuk berfikir tentang perkara lain lagi. Siapa sangka Wilia akan mengambil keputusan secara drastik untuk membalas dendam.

Dato' Ismail yang berada di sisi Tengku Hayl juga hanya mendiamkan diri. Dirinya juga berasa berdebar ketika itu. Dia risau jika nyawa anaknya terancam.

Setelah 2 jam menunggu, akhirnya Dr Imran keluar dari bilik bedah. Dr itu juga yang pernah membedah Tengku Hayl dahulu.

"Dr. Macam mana keadaan isteri saya?" Soal Tengku Hayl dengan laju.

"Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja. Pisau yang ditusuk ke perut dia juga tak terlalu dalam. Jadi kami dah berjaya keluarkan pisau itu. Kamu tak perlu risau" jelas Dr Imran sambil tersenyum.

Dato' Ismail lantas melepaskan nafas lega. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih kepada Dr Imran. Mujurlah tiada apa yang buruk kepada Yara.

Tengku Hayl juga berasa lega. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Yara. Mujurlah Wilia tidak menekan dengan lebih dalam pisau tersebut.

"Yara boleh dipindahkan ke wad biasa petang ni. Cuma sekarang saya nak pantau keadaan dia dulu"

"Baik Dr. Terima kasih sangat-sangat" ucap Tengku Hayl dan Dato' Ismail.

Dr. Imran hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Tengku Hayl yang berasa gembira mengucup ubun-ubun Firdaus berulang kali. Mujurlah Yara selamat. Hatinya berasa lega saat itu.

🌻

"Firdaus teman mama kejap boleh? Papa nak bincang sesuatu dengan Dr dekat luar"

Firdaus mengangguk laju pada arahan Tengku Hayl. Tangan Yara juga tidak dilepaskan oleh Firdaus. Tengku Hayl tersenyum sebelum melangkah keluar. Dia tidak mahu menganggu rehat Yara ketika itu.

"Mama. Mama. Kit ke? Aus ngindu mama" ucap Firdaus sambil bermain dengan tangan Yara.

Dia masih berasa sedih dengan kejadian yang berlaku. Walaupun Firdaus baru sahaja 2 tahun, tetapi akalnya dapat memahami bahawa peristiwa itu agak bahaya.

"Meti peyut mama kit" sambungnya sambil melihat ke arah bahagian perut Yara.

Tiba-tiba air matanya bertakung. Bibirnya juga mencebik apabila membayangkan rasa sakit yang dialami oleh Yara.

"Kenapa menangis sayang"

Suara Yara yang menegur Firdaus membuatkan Firdaus mengangkat kepalanya. Air mata yang ditahannya lantas mengalir.

"Mama!! Mama!!" Ucapnya berulang kali sambil menyentuh wajah Yara. Dia masih tidak percaya bahawa Yara sudah sedar.

"Kenapa anak mama ni nangis. Mama okay je sayang"

Yara mencium lembut kedua-dua belah pipi Firdaus. Dia bersyukur kerana tiada yang buruk berlaku kepada anaknya itu. Biarlah dirinya yang terluka berbanding Firdaus. Nyawanya itu harus dijaga dengan baik.

Tengku Hayl yang baru masuk ke dalam bilik wad terkejut mendengar suara tangisan Firdaus. Kakinya laju menuju ke arah katil.

Tengku Hayl terkedu saat melihat Yara yang sudah bangun. Dengan pantas dia memeluk Yara bersama Firdaus. Dahi Yara dikucup lama sambil dia mengucapkan 'Alhamdulillah'.

"Terima kasih sayang sebab bangun. Terima kasih sangat-sangat" ucap Tengku Hayl dengan nada sebak.

"Saya tak kan tinggalkan dua jejaka yang saya sayang dekat dunia ni"

Tangan kanan Yara menyentuh pipi Firdaus manakala tangan kirinya menyentuh pipi Tengku Hayl. Kedua-dua mereka tersenyum lebar apabila mendengar ayat Yara.

"Macih mama"

Firdaus lantas mencium pipi Yara. Yara juga terkejut dengan perkataan yang disebut oleh Firdaus. Kedengaran comel.

"Kalau Firdaus cium mama, papa juga kena cium pipi mama juga"

Tengku Hayl lantas mengucup pipi Yara. Yara hanya menggelengkan kepalanya sambil ketawa perlahan. Bapa dengan anak dua-dua sama. Selalu minta dimanjakan olehnya.

"Sayang ada rasa sakit dekat mana-mana tak?" Soal Tengku Hayl. Sepatutnya dia harus bertanya soalan itu sewaktu Yara sedar.

"Cuma rasa ngilu dekat bahagian perut"

"Sayang tahan ya. Dr Imran cakap luka tusukan tu tak berapa dalam. Tapi saya tetap risau jika ada luka lain. Leher sayang okay?"

Tengku Hayl memandang risau ke arah kesan lebam di sekeliling leher Yara. Jelas kelihatan bahawa cekikan Wilia yang agak kuat di situ.

"Rasa sakit biasa-biasa je Hayl. Jangan risau"

"Macam mana saya tak risau kalau keadaan awak macam ni"

Tengku Hayl cuba mengalih kesedihan di hatinya. Keadaan Yara yang terbaring dengan darah yang banyak masih menghantui kotak fikirannya. Seriau dia melihat ketika itu.

"Papa ngan ngisau. Aus jaga mama" tutur Firdaus tiba-tiba.

"Hahahaha. Firdaus nak jadi superhero untuk mama ke?"

"Uhm. Mama lalu jaga Aus, jadi Aus kena jaga mama"

Yara dan Tengku Hayl lantas terkejut dengan tutur kata Firdaus. Tidak sangka Firdaus akan berfikiran seperti itu.

"Baiknya anak papa ni. Takde lah papa risau kalau papa takde nanti"

"No. Aus pun kan jaga papa"

Yara sudah tergelak dengan kata Firdaus. Dia berasa bangga kerana Firdaus mahu menjaga keselamatan dirinya dengan Tengku Hayl. Sifat tanggungjawab itu sudah lahir dalam diri Firdaus.

"Okay. Okay. Firdaus jaga mama dengan papa. Dan mama dengan papa jaga Firdaus pula. Boleh?"

"Leh. Leh" angguknya laju.

Tengku Hayl lantas mencium pipi Firdaus. Geram dengan mulut omel dan bijak milik Firdaus. Firdaus sudah ketawa kerana geli apabila Tengku Hayl mengeletek pinggangnya.

🌻

Wilia telah dipindahkan ke rumah sakit jiwa. Disebabkan stress dan depressi yang agak teruk, keadaan Wilia sering menjadi tidak waras.

Oleh itu, Dato' Yusri meminta keizinan daripada pihak polis untuk menghantar anak ke situ. Hanya di situ tempat yang boleh menjaga dan merawat Wilia.

Datin Sarah juga langsung tidak menjenguk anaknya itu. Dia benar-benar malu dengan setiap perbuatan dan keadaan Wilia ketika itu.

Satu taman perumahannya mula bercerita tentang anaknya yang menjadi tidak waras. Jatuh air mukanya dengan rakan-rakannya yang lain.

Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berubah seperti itu kerana terlalu taksub dengan seorang lelaki.

Dato' Yusri juga telah memohon maaf kepada Dato' Ismail kerana telah membahayakan keselematan Yara. Dia menjadi wakil kepada Wilia untuk memohon maaf atas segala yang pernah dilakukann oleh anaknya itu.

Mujurlah Dato' Ismail tidak menyaman keluarganya dan memilih untuk berdamai. Lega hati Dato' Yusri apabila kes Wilia tidak dibawa ke mahkamah.

Hatinya juga terluka dengan perubahan Wilia. Perasaan bersalah juga sering bermain di hatinya. Jika dia tidak memperkenalkan Wilia dengan Tengku Hayl, pasti semua itu tidak akan berlaku.

Tetapi semuanya sudah terlambat. Wilia juga sudah agak teruk dan menderita. Hanya doa yang mampu diangkat olehnya supaya anaknya kembali pulih.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now