BAB 29 🌻

4.6K 235 4
                                    

Tengku Hayl yang baru sahaja tiba di rumahnya terkejut melihat keadaan di situ.

Matanya membulat apabila melihat Amir yang terbaring lemah di bawah bangsal itu. Tanpa membuang masa, Tengku Hayl lantas keluar dan bergerak ke arah Amir.

"Amir!! Amir!!"

Badan Amir digoncangkan untuk menyedarkannya. Tengku Hayl segera menelefon hospital untuk memaklumkan perkara itu. Pasu yang pecah di sebelah Amir mungkin digunakan untuk memukul kepala Amir sehingga pengsan. Darah di kepala Amir juga membuatkan Tengku Hayl risau.

Pandangannya jatuh ke arah pintu masuk rumahnya yang hancur. Tengku Hayl mengangkat Amir dan meletakkan di kerusi panjang di luar.

Selepas itu, barulah kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Jantungnya bagaikan terhenti saat melihat Yara yang terbaring kaku di hadapan bilik.

"Yara!!" Tengku Hayl segera mendapatkan Yara.

Kepala Yara dipegang lembut dan diletakkan di pahanya. Wajah pucat isterinya untuk mendebarkan Tengku Hayl. Berkali-kali dia menepuk pipi Yara, tetapi Yara masih tidak terjaga.

Tengku Hayl lantas mengangkat Yara dan meletakkan di atas sofa.

"Firdaus mana?" Soalnya sendiri.

Matanya masih tidak melihat Firdaus saat itu. Suara Firdaus juga tidak didengarinya.

Langkah segera dibawa ke bilik Yara. Kosong. Dia juga telah naik ke biliknya untuk memeriksa. Dan ianya tetap kosong.

"Tak mungkin"

Tengku Hayl segera mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang. Dia perlu meminta bantuan beliau. Dia tidak mampu untuk melawan mamanya sendirian.

Tidak lama selepas itu, ambulans tiba di rumahnya.

Amir dan Yara juga telah dibawa ke hospital. Berdegup laju jantungnya apabila melihat keadaan Yara dan Amir yang agak teruk. Terutama sekali Amir yang lebih kritikal.

🌻

Dato' Ismail mengerutkan dahinya apabila menerima panggilan daripada Tengku Hayl. Pertemuan mereka juga adalah 3 minggu yang lepas. Dia fikir Tengku Hayl malas untuk berurusan dengannya lagi.

"Waalaikumussalam Hayl. Kenapa call? Ada sesuatu yang berlaku pada Yara ke?" soalnya risau.

Itu sahaja sebab jika Tengku Hayl menghubunginya. Berkaitan kerja jauh sekali.

"Maaf menganggu waktu Dato'. Saya perlukan bantuan Dato'. Sekarang ni Yara dekat hospital" ucapnya dengan nada lemah.

"Apa? Macam mana anak aku boleh masuk hospital. Kejap. Aku pergi sekarang"

Dato' Ismail segera memaklumkan kepada Fuad. Dia berasa takut dan risau apabila membayangkan anaknya itu. Resah hatinya apabila memikirkan sebab kepada semua itu. Dari suara Tengku Hayl sebentar tadi juga mendebarkan dirinya.

Sampai di hospital, Dato' Ismail dan Fuad segera ke arah ruangan yang dinyatakan oleh Tengku Hayl.

Dari jauh dia dapat melihat Tengku Hayl yang sedang duduk di sebuah bangku sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

"Hayl. Apa yang dah berlaku?" Soalnya sewaktu tiba.

"Saya minta maaf Dato' sebab tak dapat jaga keselamatan Yara"

"Tak mengapa. Sekarang ni Yara macam mana?"

"Doktor cakap dia cuma terkejut. Tapi dekat perut dia ada kesan lebam" luahnya kesal.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya Hayl? Macam mana benda ni boleh terjadi?"

Dato' Ismail mula berasa aneh. Tidak mungkin Tengku Hayl akan memukul Yara. Dia dapat melihat bagaimana sayangnya Tengku Hayl kepada Yara.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now