BAB 36 🌻

5.4K 267 12
                                    

*Flashback*

🌻

Tengku Hayl hanya memejamkan mata saat tangannya dipegang oleh Yara. Dia tidak mampu memandang Yara saat itu. Dia risau dirinya akan kalah. Air matanya juga ditahan sehabis mungkin.

"Hayl. Ceraikan saya"

Saat ayat itu disebut oleh Yara, air matanya lantas mengalir. Hatinya remuk apabila Yara menyebut baris ayat itu.

"Yara. Please. Stop saying that word" tangan Yara dipegang erat.

Dia perlukan kekuatan untuk kuat ketika itu. Dia mahukan kepercayaan daripada Yara. Dia tidak mahu kalah pada detik itu.

"Hayl. Saya redha dan ikhlaskan awak berkahwin dengan Wilia. Saya janji tak akan ganggu kehidupan awak selepas ini. Tentang Firdaus, saya janji akan beri ruang untuk awak berjumpa dengan dia. Jadi. Lepaskan saya Hayl" rintih Yara perlahan.

Dirinya juga sama seperti Tengku Hayl. Kecewa dan sedih. Mereka berdua bertahan demi satu amanah yang agung buat mereka iaitu Firdaus Zikri. Nyawa mereka.

"Hati saya cuma dekat awak, Yara. Bukan orang lain. Saya tak akan bahagia dengan orang lain. Saya tahu semua tu. Saya benar-benar cintakan awak, Yara. Tolong beri kepercayaan awak pada saya" rayunya lagi.

Dia tidak kisah dengan air matanya saat itu. Itulah perasaannya. Kedua-dua belah tangan Yara dipegang kemas dan dikucup lembut dan lama.

"Hayl. Saya juga cintakan awak. Saya sayangkan awak, bukan sekadar ayah kepada Firdaus tapi juga sebagai suami saya. Tapi kita terpaksa berpisah Hayl. Demi keselamatan Firdaus. Saya tak sanggup untuk teruskan hidup kalau nyawa Firdaus melayang"

Yara juga cuba mengawal nada suaranya dan air matanya. Semakin dalam mereka meluah, semakin sebak hati mereka.

"Yara. Saya dah pernah janji dulu. Saya tak akan berpisah atau tinggalkan awak untuk kali kedua. Saya tak akan mungkir janji. Tapi bila situasi ni berlaku, saya nak awak faham saya. Boleh?"

"Kenapa Hayl? Awak ada cara lain?"

"Yara, awak sanggup bermadu? Kalau saya terima pernikahan ni, mama akan lepaskan Firdaus dan saya tak akan ceraikan awak. Tapi saya minta maaf sebab terpaksa duakan awak. Maaf Yara kerana bersikap pentingkan diri. Saya cuma sayangkan awak sangat-sangat. Saya tak nak berpisah"

Yara terkedu saat mendengarnya. Dia juga tidak mahu berpisah dengan Tengku Hayl. Ditambah pula Firdaus yang cukup akrab dengan Tengku Hayl.

Tetapi. Dimadukan?

Adakah dia sanggup untuk semua itu. Dia tahu Tengku Hayl cintakan dia. Tetapi jika perasaan Tengku Hayl berubah selepas bernikah dengan Wilia, bagaimana pula dengan nasibnya kelak.

"Yara. Kalau awak tak boleh terima. Saya akan usaha untuk cari dan selamatkan Firdaus malam ni. Saya tak berniat untuk lukakan hati awak. Tapi saya cuma minta awak letak kepercayaan pada saya. Saya dah berjanji pada awak yang nama awak seorang sahaja penghuni di hati saya"

Lama Yara diamkan diri. Dia mula berfikir tentang semua itu. Satu keluhan dilepaskan. Dia redha dengan apa yang berlaku. Mungkin itulah jalan terakhir buat mereka berdua.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now