BAB 45 🌻

6.5K 289 8
                                    

Tengku Hayl sudah gelisah berada di rumah. Hari juga sudah hampir senja, tapi kelibat Yara dan Firdaus masih tiada.

Panggilannya juga tidak dijawab oleh Yara. Dia mula berasa takut jika Yara benar-benar pergi meninggalkan dirinya. Tanpa Tengku Hayl sedar, dirinya sudah kehulur-kehilir di dalam rumahnya itu.

Dia langsung tidak sedar yang kakinya itu baru sahaja pulih. Sakit juga tidak dirasakan oleh Tengku Hayl kerana berasa berdebar menunggu kepulangan Yara dan Firdaus.

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan Tengku Hayl berjalan laju ke arah pintu.

"Assalamualaikum" ucap Yara dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Belum sempat dia meletakkan kunci rumah di atas rak, tubuhnya sudah didorong ke arah Tengku Hayl. Tengku Hayl lantas memeluk Yara dari belakang.

Yara juga tersentak apabila tubuhnya dipeluk. Kepala Tengku Hayl juga dirapatkan ke wajah Yara.

"Jangan tinggalkan saya, Yara. Saya tak boleh hidup tanpa awak" ucapnya perlahan.

"Kenapa ni Hayl? Awak okay?"

Yara mula berasa pelik dengan sikap Tengku Hayl ketika itu. Ada apa-apa yang dah berlaku ke sewaktu dia keluar.

"Bagi saya masa seminit" ucap Tengku Hayl apabila Yara mahu meleraikan tangannya.

Selepas mendengar ayat Tengku Hayl, Yara membiarkan sahaja Tengku Hayl memeluknya. Pasti ada sesuatu yang menganggu hati Tengku Hayl ketika itu.

"It's okay Hayl. Saya ada dengan awak"

Yara menyentuh lembut pipi Tengku Hayl. Tengku Hayl hanya memejamkan matanya sahaja dan merasakan tangan Yara yang memegang pipinya.

Tengku Hayl memusingkan badan Yara untuk mengadapnya. Direnung lama anak mata Yara. Yara mula berasa cuak apabila melihat air mata yang mengalir ke pipi Tengku Hayl.

"Hayl. Kenapa ni? Awak ada sakit dekat mana-mana ke?" Soalnya dengan cemas.

"Saya rindukan awak. Please. Lepas ni, jangan tinggalkan saya lagi. Saya tak sanggup"

"Okay. Okay. Saya tak akan tinggalkan awak lagi. But why?"

"Awak je yang boleh bahagiakan saya sekarang Yara. Awak dan Firdaus adalah harta saya yang paling bernilai. Saya tak nak kehilangan awak berdua lagi. Saya minta maaf kalau selama awak duduk dengan saya, awak rasa tak selesa. Maafkan saya Yara"

Air mata yang mengalir keluar dibiarkan sahaja. Egonya juga diturunkan demi membetulkan keadaan dan demi menjaga hati seorang yang disayanginya.

"Jangan cakap macam tu Hayl. Awak dah buat yang terbaik pada saya dengan Firdaus. Rumah, makanan, layanan dan semuanya dah cukup untuk bahagiakan saya dengan Firdaus. Saya juga minta maaf kalau awak tak selesa dengan cara saya jaga awak waktu sakit. Saya cuma risaukan awak sahaja"

"Maaf Yara. Saya cuma segan bila awak tolong saya buat segalanya. Saya rasa tak layak bila segalanya dibantu oleh awak. Sepatutnya saya yang jaga awak. Tapi sekarang sebaliknya. Maaf susahkan awak"

"Awak pernah cakap dekat saya dulu, jangan malu dengan suami sendiri. Sama la dengan situasi sekarang, awak janganlah segan dengan isteri sendiri. Saya tolong dengan ikhlas dan memang niat saya untuk ringankan beban awak. Ke awak tak anggap saya sebagai isteri awak?" Usik Yara.

"Jangan cakap macam tu Yara. Saya anggap awak sebagai isteri saya. Awak bidadari saya. Awak juga penyelamat saya. Terima kasih Yara" tangan Yara dibawa ke bibirnya lalu dikucup lembut.

"Kalau kita dah sayang seseorang dengan ikhlas, kita akan mampu buat apa sahaja untuk dia. Saya cuma berharap yang awak dapat kembali kepada saya dan Firdaus dan sama-sama membina sebuah keluarga yang bahagia. Kita bina teratak yang paling indah buat Firdaus" ucap Yara dan mendekatkan wajahnya ke arah wajah Tengku Hayl.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now