BAB 16 🌻

7.4K 324 14
                                    

Dato' Ismail memandang lama gambar yang diberikan oleh Fuad sebentar tadi. Hatinya berbelah bagi saat itu.

Sama ada mahu gembira ataupun marah.

Dia melihat gambar di mana Tengku Hayl membawa Yara keluar daripada rumah sewa Yara. Saat itu dia merasa sedikit menyesal kerana terlambat.

Tetapi dalam masa yang sama, dia juga berasa lega kerana akan ada seseorang yang mampu menjaga anaknya itu semula.

Walaupun dia sedikit kesal tentang pilihan Tengku Hayl yang meninggalkan Yara dahulu tetapi dia mahu anaknya itu hidup dalam keadaan yang senang. Terseksa jiwanya apabila melihat kehidupan anak dan cucunya yang berada dalam kesusahan.

"Fuad. Kamu tolong cari cara untuk saya hubungi Tengku Hayl. Saya nak bicara dengan beliau" arahnya perlahan.

"Baik Dato'. Saya akan usahakan"

Fuad berasa lega kerana Dato' Ismail tidak mengamuk. Dia tahu Dato' Ismail cukup sayangkan Yara. Dia juga tidak menyangka Dato' Ismail sanggup membiarkan Yara terbeban di luar sana.

Apa salahnya jika memaafkan si anak itu.

🌻

Tengku Hayl meletakkan beg yang diberikan oleh Amir sebentar tadi. Yara yang kebetulan terpandang ke arah pintu, memandang pelik ke arah Tengku Hayl.

Beg yang diangkut oleh Tengku Hayl mengerutkan dahinya. Terlalu besar beg tersebut. Dia mahu bertanya tetapi dibatalkan hasratnya itu. Dia tidak mahu berbual dengan Tengku Hayl lagi seolah-olah dia telah memaafkan lelaki itu.

"Yara. Mari sini kejap" panggil Tengku Hayl dengan lembut.

Yara lantas bangun dan bergerak ke arah Tengku Hayl yang sudah duduk bersila di atas lantai itu.

"Beg siapa?" Soalnya ingin tahu.

"Beg kau. Ni semua barang-barang penting kau dengan Firdaus" jawabnya.

Yara mendengus kasar. Dia tidak suka cara percakapan Tengku Hayl saat itu. Terlihat sedikit biadap.

Tengku Hayl yang terdengar dengusan Yara memandang pelik. Dia risau jika dia ada tersalah buat di hadapan Yara saat itu.

"Kenapa?" Soalnya teragak-agak.

"Awak tak boleh ke kalau tak bahasakan diri awak dengan saya dengan kau aku? Nampak rude" luahnya kesal.

"Oh. Maaf. Aku. Maaf. Saya tak berapa biasa"

Tengku Hayl menundukkan sedikit kepalanya kerana berasa bersalah. Dia sudah terbiasa dengan cara itu. Sekelilingnya juga hanyalah pekerja dan anak buahnya sahaja. Tidak terdetik pun mahu memikirkan hal seperti itu.

"Dengan perempuan pun cakap kasar. Isteri pula tu. Mana la isteri tu tak terasa" sindir Yara. Dia sengaja mahu menguji Tengku Hayl.

"Maaf. Maaf. Saya betul-betul tak biasa. Saya panggil awak sayang la. Boleh? Romantik sikit" pujuknya dengan sedikit jenaka.

"Saya tak suka" balas Yara dengan jelingan tajam.

"Okay. Okay. Salah aku. Ops. Salah saya" ucap Tengku Hayl dan tersenyum.

Yara hanya menjeling tajam dan mengalihkan pandangannya ke arah beg pakaiannya. Buat seketika, hatinya terdetik. Siapa yang mengemas semua pakaiannya itu. Termasuk pakaian peribadinya. Wajahnya mula memerah kerana berasa malu.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang