BAB 27 🌻

5K 243 3
                                    

Selepas melihat Yara yang sudah lena, Tengku Hayl bergerak keluar bilik. Dia mahu bertanya kepada Amir tentang peristiwa pagi tadi. Sebab apa Amir tidak memberitahunya dan melindungi Yara di rumah.

"Hello Amir. Kau ada dekat mana sekarang?"

"Hello Tuan. Saya ada dekat rumah sekarang ni" jawab Amir dengan nada sedikit gagap.

"Datang rumah aku sekarang. Aku tak nak alasan, yang aku tahu kau dah ada dekat depan rumah aku pukul 11.30"

"Baik Tuan"

Tengku Hayl memeriksa cctv yang dipasang di rumahnya. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana Tengku Helena memegang rambut Yara lalu ditolak jatuh ke lantai. Setiap ugutan yang diberikan kepada Yara juga dapat dia dengari dengan jelas.

Tidak mungkin dia akan menceraikan dan melepaskan Yara pergi. Dia cuba untuk menghormati keputusan Tengku Helena, tetapi sekarang ianya sudah melampau. Mamanya hanya mahukan nama sahaja dan tidak kisah dengan kebahagiaannya.

Mesej yang diterima olehnya daripada Amir membawa langkah Tengku Hayl keluar rumah.

Dia terkejut apabila melihat wajah Amir yang penuh dengan lebam dan plaster. Amir pula hanya menundukkan kepalanya ke bawah kerana berasa takut dengan Tengku Hayl saat itu. 

"Apa yang dah berlaku pada kau, Amir?" Tanyanya dengan nada terkejut.

"Saya dibelasah dengan anak buah Tengku Helena, Tuan" jawabnya dengan nada perlahan.

"Jelaskan dekat aku apa yang dah berlaku"

"Pagi tadi, Tengku Helena minta untuk berjumpa dengan saya. Waktu saya tiba, dua orang anak buahnya terus menumbuk wajah saya dan membelasah dengan teruk. Lepas pada tu, Tengku Helena minta saya bagi kunci rumah Tuan. Maaf Tuan, kerana terpaksa beri. Tengku Helena cuba ugut untuk cederakan adik saya" jelasnya dengan nada sebak.

"Dan kenapa kau tak bagi tahu aku lepas tu? Kenapa tak maklumkan?"

"Maaf Tuan. Mereka pukul saya sehingga pengsan selepas Tengku Helena dapat kunci rumah tu"

Tengku Hayl mula merengus kasar. Rambutnya juga diraup ke belakang. Kusut.

"Lepas tu. Fendi dengan yang lain dekat mana? Kenapa mereka tak halang Tengku Helena daripada masuk?"

"Saya tak tahu Tuan"

"Bang*at. Dia orang tikam aku dari belakang rupanya. Kau dah pergi hospital?"

"Dah Tuan. Maaf sebab tak dapat lindungi Puan" ucapnya.

"Benda dah jadi. Sekarang ni, aku boleh percayakan kau je untuk jaga Yara. Mama aku dah makin berani nak cederakan orang. Jangan minta Fendi dengan yang lain untuk ke sini. Aku tak perlukan mereka lagi"

"Tapi siapa yang akan jaga Puan nanti? Saya risau saya tak mampu nak jaga seorang diri"

"Kau jangan risau. Aku akan minta tolong orang lain. Sekarang ni, aku nak hantar Yara ke tempat lain. Mama aku dah ugut Yara untuk berpisah dengan aku. Dan dia dah gunakan Firdaus untuk buat Yara serba salah"

"Keselamatan dia orang dah semakin bahaya sekarang Tuan. Sebab hari tu, Zara bagi tahu saya yang Tengku Helena ada berjumpa dengan Wilia. Dan Wilia tetap mahu jalankan majlis itu. Mungkin sebab tu, mereka terdesak"

"Tak guna. Apa yang perempuan tu nak sangat dekat aku. Buat masa sekarang, kau berjaga dekat area dalam rumah aku. Tak perlu duduk luar pagar rumah. Lagi satu, letak cctv dekat luar rumah ni. Aku nak pantau siapa yang selalu lalu dekat area ni"

"Baik Tuan. Saya akan selesaikan esok"

"Jaga diri kau juga. Kau orang penting untuk aku"

Tengku Hayl menepuk bahu Amir.

"Saya faham Tuan"

Amir dapat rasakan sebuah tanggungjawab yang lebih besar saat itu. Mereka seolah bermain dengan nyawa saat itu. Keselamatan mereka semua boleh terjejas jika tersalah langkah.

🌻

Tengku Hayl masuk ke dalam bilik Yara. Dia mahu memastikan bahawa Yara berasa tenang saat itu. Yara menangis bersungguh sewaktu menceritakan kepadanya tentang perkara yang berlaku.

Disebabkan puas menangis, akhirnya Yara terlelap di ribanya. Mujurlah Firdaus tidak terjaga ketika itu.

Mata Yara yang sembab disapu lembut. Dia berasa kasihan kerana Yara terpaksa menanggung semua derita itu. Sejak mereka mahu berkahwin dulu, Yara juga yang sering dipersalahkan oleh Tengku Helena. Tambah pula dengan Dato' Ismail ketika itu.

"Pa. Pa"

Suara Firdaus yang memanggilnya, mengejutkan Tengku Hayl. Dia melihat Firdaus yang sudah celik dan menggosok matanya.

"Firdaus dah bangun" ucapnya dan mendukung Firdaus keluar dari bilik. Dia tidak mahu menganggu lena Yara.

"Awalnya anak papa ni bangun. Dah puas tidur?" Tanyanya kepada Firdaus.

Jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Terlalu awal dari kebiasaan Firdaus bangun.

"Aaaaa..booo. paa. Paa" balas Firdaus sambil memegang wajah Tengku Hayl.

"Hahahaha. Sayang anak papa ni" Tengku Hayl mengucup lembut pipi Firdaus.

Tengku Hayl lantas berjalan ke bahagian dapur. Dia mahu mengambil susu yang sudah dipam oleh Yara. Firdaus hanya mengisap ibu jarinya sambil melihat Tengku Hayl menyediakan susunya.

"Done"

Tengku Hayl mengangkat botol susu Firdaus dan menunjukkan kepada Firdaus.

"Nak. Nak" ucap Firdaus berulang kali sambil cuba mencapai botol susu itu.

"Okay. Okay. Dekat ruang tamu ya" Balas Tengku Hayl dan berjalan ke ruang tamu.

Sampai di ruang tamu, Tengku Hayl lantas meletakkan bantal untuk memberi keselasaan untuk Firdaus berbaring. Firdaus dengan senang hati mengisap botol susunya itu. Jarinya juga tidak lepas daripada memegang jari Tengku Hayl.

"Papa minta maaf Firdaus kalau papa tak dapat nak beri kebahagiaan pada kamu. Tapi papa janji akan jaga Firdaus dengan mama sampai hujung nyawa papa" ucapnya dengan nada sebak.

Firdaus hanya merenung Tengku Hayl yang berbual dengannya. Tergapai-gapai tangannya untuk menyentuh wajah Tengku Hayl.

Tengku Hayl lantas merendahkan badannya. Terkedu dirinya saat Firdaus mengucup pipinya. Botol susu juga diletakkan di tepi.

Saat itu, air mata Tengku Hayl lantas mengalir. Dia tidak sangka Firdaus tahu cara untuk memujuknya. Terasa sebu di hatinya ketika itu.

🌻

Yara yang baru terjaga lantas kalut apabila melihat Firdaus yang tiada di sisinya. Berdebar jantungnya apabila melihat ketiadaan Firdaus.

Dia lantas turun daripada katil dan berlari keluar bilik.

"Firdaus" panggilnya.

Langkahnya terhenti apabila melihat Tengku Hayl dan Firdaus yang tertidur di ruang tamu itu. Yara melepaskan nafas lega kerana tiada yang buruk berlaku pada Firdaus.

Yara melabuhkan punggungnya di sebuah sofa sambil meraup wajahnya.

Lama juga dia memerhati Tengku Hayl yang sedang berbaring di sebelah Firdaus.

Perlukah dia bergantung kepada Tengku Hayl ketika itu. Dia risau jika suatu hari nanti, Tengku Hayl terpaksa mengikut kata Tengku Helena.

Dia juga berasa tidak senang kerana seperti memberi harapan kepada Tengku Hayl. Tengku Hayl tetap berusaha untuk memujuknya semula. Tapi layanannya kepada Tengku Hayl pula yang dingin.

Mungkin suatu saat nanti, Tengku Hayl akan melepaskan dirinya. Satu perasaan ngilu muncul di dalam dirinya. Seperti sukar untuk menerima semua itu.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang