BAB 5 🌻

7K 332 4
                                    

Yara terpaksa pulang awal kerana Puan Laila menelefonnya dan memberitahu Firdaus yang demam panas. Dengan hati yang resah dia berlari ke stesen bas.

Sampai di rumah Puan Laila, Yara segera masuk ke dalam. Dari luar dia sudah mendengar suara Firdaus yang menjerit nyaring. Luluh hatinya saat itu.

"Yara.." ucap Puan Laila yang sudah gelisah kerana menenangkan Firdaus.

"Maaf Ibu kerana lambat"

Yara lantas mengambil Firdaus daripada Puan Laila. Firdaus pula tidak henti-henti menangis. Yara sudah gelisah apabila merasakan suhu badan Firdaus yang agak tinggi.

"Ibu call Nas ya. Minta dia hantar ke hospital" ucap Puan Laila dan mencari telefonnya.

"Tak apa Ibu. Yara pergi sendiri. Yara tak nak susahkan Nas. Yara pergi dulu ya Ibu. Terima kasih"

Yara lantas mengambil beg Firdaus dan bersalaman dengan Puan Laila. Puan Laila tidak sempat menghalang Yara yang sudah beredar dari rumahnya.

"Bertahan ya sayang. Mama akan bawa sayang ke hospital" bisiknya di telinga Firdaus.

Firdaus juga berhenti menangis buat seketika kerana Yara yang sedang berlari. Yara berasa lega kerana bas yang ingin dinaikinya betul-betul tiba saat dia sampai.

Di dalam bas juga, terdapat bunyi-bunyi daripada penumpang lain kerana berasa serabut dengan tangisan Firdaus. Yara juga berasa sedih kerana terasa dipersalahkan saat itu.

"Bising la kak. Tak boleh ke senyapkan anak akak?" Soal seorang lelaki yang berada agak belakang daripada Yara.

"Maaf ya. Anak saya demam panas" ucap Yara tanpa menoleh ke belakang. Dia berasa takut saat itu.

"Tak reti jaga anak la tu" sindir seorang perempuan yang duduk berhampiran Yara.

"Nampak pun tahu muda" sambung mereka lagi.

Yara hanya pekakkan sahaja telinganya. Dia tidak kisah dengan cemuhan orang lain asalkan dia dapat membawa Firdaus ke hospital. Itulah keutamaan baginya.

Air mata di tubir matanya ditahan sehabis mungkin. Saat itu, dia hanya memikirkan tentang tahap kesihatan Firdaus sahaja.

Saat sampai di perhentian bas, Yara segera berlari sambil memeluk Firdaus ke dadanya. Dia hanya mahu Firdaus diperiksa dengan segera. Dengan pantas dia menujur ke arah hospital yang berdekatan.

"Tolong periksa anak saya. Anak saya demam panas" ucapnya di kaunter. Wajahnya sudah berpeluh kerana berlari sebentar tadi.

"Akak ambil nombor dulu ya. Tunggu giliran"

Yara hanya menurut sahaja dan mengambil nombor giliran. Mujurlah tidak jauh nombor urutan itu.

Firdaus masih menangis kerana berasa tidak selesa. Pandangan beberapa pesakit yang berada di situ juga diendahkan oleh Yara. Dia tidak mahu membebankan fikirannya dengan semua itu.

"Syhhh. Kejap ya Firdaus. Nanti mama bawa Firdaus jumpa Doktor"

Yara menepuk lembut badan Firdaus supaya meredakan tangisan Firdaus.

Urutan nombornya yang dipanggil menyentak diri Yara. Dia segera masuk ke dalam bilik Doktor apabila gilirannya tiba.

"Anak cik demam panas ke?" Soal Dr itu selepas seorang nurse memberitahunya.

"Ya Doktor badan dia tiba-tiba panas"

Doktor itu menyentuh dahi Firdaus dan menulis sesuatu di kertasnya. Dia lantas memanggil nurse untuk mengambilnya.

"Cik jangan risau. Kebiasaannya budak berumur seperti ini memang akan terkena demam panas. Saya sarankan kamu sejukkan badan dia dengan kain basah dan kalau boleh baju yang dia pakai tu tak terlalu panas. Saya nak bertanya, cik menyusu susu badan ke?"

"Ya Doktor, susu badan"

"Baguslah kalau macam tu. Bagi dia susu yang cukup. Dan yang lain, nurse akan beri ubat ya dekat kaunter. Beri dia ubat pada waktu yang saya dah tetapkan ya"

"Terima kasih Doktor"

Yara berasa lega kerana Firdaus sekadar demam panas yang biasa.

"Sama-sama. Cik boleh ambil ubat dekat kaunter dan boleh panggil suami cik untuk pulang"

Yara mengucapkan terima kasih sekali lagi dan menunggu di luar. Selepas mengambil ubat Firdaus dan membayarnya, Yara berjalan keluar dari hospital.

Firdaus juga sudah lena kerana penat menangis. Yara berasa lega buat seketika. Jantungnya bagai mahu tercabut saat melihat keadaan Firdaus yang cukup panas.

Hatinya berasa sebak apabila melihat keadaan anaknya itu. Dia berasa bersalah kerana tidak dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada Firdaus.

"Maafkan mama ya sayang" ucapnya perlahan dengan air mata yang mengalir.

Perasaannya bertambah sebak apabila melihat sebuah keluarga yang ceria saat keluar daripada hospital. Lelaki yang dilihatnya benar-benar menjaga isterinya yang baru sahaja keluar dari hospital kerana bersalin.

Yara menarik nafas sedalam-dalamnya kerana menahan sebak. Dia berjalan lemah ke arah perhentian bas.

Yara merenung langit yang gelap itu. Dia sedang cuba bergelut dengan dirinya supaya air matanya tidak mengalir ke pipi. Dia tidak boleh lemah.

🌻

"Uwargggh" Jerit Firdaus saat mereka sampai di rumah.

Yara segera masuk ke dalam bilik mereka dan meletakkan Firdaus di atas katil. Dia segera mengambil tuala dan membasahkannya.

Baju Firdaus lantas dibuka. Kain basah itu dilap lembut ke tubuh Firdaus.

Yara juga menangis kerana berasa kasihan melihat Firdaus yang berasa tidak selesa. Dia berasa tidak berguna saat itu.

"Mama minta maaf Firdaus. Mama minta maaf" ucapnya berulang kali apabila mengelap tubuh Firdaus.

Firdaus juga tidak henti menangis saat itu. Keadaan yang cukup tertekan buat Yara saat itu. Seorang diri dalam mengurus perkara itu adalah sukar baginya.

Selepas menyusukan Firdaus, barulah Firdaus kembali tenang. Yara menilik jam di dinding. Sudah jam 3 pagi.

Penat yang dirasakan hanya dia yang dapat mentafsir. Air matanya juga telah menjadi penemannya sejak semua itu berlaku.

Yara mengusap pipi Firdaus yang sudah lena. Suhu badan Firdaus juga semakin berkurang. Lega hatinya kerana tiada yang buruk berlaku pada Firdaus.

Dia tidak dapat membayangkan jika demam Firdaus membawa kepada suatu penyakit yang lain. Hancur dunianya jika Firdaus terluka mahupan sakit teruk.

"Mama tetap sayang Firdaus. Mama tetap akan jaga Firdaus sampai Firdaus besar. Maafkan mama sayang kalau mama khilaf"

Yara meletakkan Firdaus yang sudah lena di sebelahnya. Selimut kecil itu juga diambil untuk menutupi kaki Firdaus.

Yara berbaring di sebelah Firdaus yang sudah lena. Hari yang cukup melelahkan baginya. Badannya terasa cukup sengal kerana berlari ke hospital.

Tetapi penatnya hilang apabila melihat wajah Firdaus. Wajah yang suci tanpa secalit dosa itu menenangkan dirinya. Dia berjanji akan memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada anaknya itu.

Dia akan berusaha sedaya yang mungkin untuk memberikan yang terbaik buat Firdaus.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now