BAB 32 🌻

4.9K 244 6
                                    

Dato' Ismail masuk ke dalam bilik Yara setelah selesai berbincang dengan seseorang.

Dia terkejut apabila melihat Yara menangis teresak-esak di atas katil. Matanya mula mencari di mana Tengku Hayl berada.

"Yara. Kenapa ni? Mana Hayl?" Soalnya dan mengusap lembut bahu anaknya itu.

"Papa. Yara minta maaf sebab tak dengar cakap papa dulu. Yara bersalah sebab ingkar arahan papa. Maafkan Yara, Papa" rayunya dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Kenapa ni Yara. Papa dah maafkan semua tu. Papa juga nak minta maaf dekat kamu sebab berkasar dengan kamu dahulu. Papa minta maaf sebab abaikan kamu dulu"

Dato' Ismail lekas memeluk Yara. Semakin menjadi tangisan Yara ketika itu. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku antara Yara dan Tengku Hayl ketika itu.

Ketukan di pintu mengalihkan pandangan Dato' Ismail. Dia hanya melihat Fuad melangkah masuk ke dalam.

"Kenapa Fuad?" Soalnya dan meleraikan pelukan.

Yara juga mengesat air matanya. Segan apabila dilihat oleh Fuad saat itu.

"Maaf menganggu Dato' dan Yara. Kami dah jumpa Firdaus" ucap Fuad.

Yara yang sedang mengesat air matanya lantas terhenti. Dia terkedu dengan ayat Fuad saat itu.

"Firdaus dekat mana, Fuad? Dia selamat kan?" Soal Yara dengan pantas.

"Firdaus ada di bahagian kecemasan hospital ni"

Saat mendengar perkara itu, Yara lantas turun daripada katil. Kakinya dibawa laju ke bahagian kecemasan. Dato' Ismail dan Fuad menuruti langkah Yara ke arah bahagian itu. Dato' Ismail juga terkejut kerana Fuad menjumpai Firdaus di hospital.

"Nurse. Anak saya dekat mana" tanya Yara secara tergesa di ruangan pertanyaan itu.

"Yara. Doktor masih periksa Firdaus. Keadaan dia agak teruk" ucap Fuad apabila tiba di situ.

"Apa yang dah berlaku pada Firdaus, Fuad? Dia baik-baik sahaja kan. Tolong la cakap dia baik-baik sahaja" desaknya.

Hatinya berasa tidak enak apabila mengetahui Firdaus di situ. Apa yang dilakukan oleh mereka kepada anaknya. Kenapa Fuad mengatakan anaknya berada dalam keadaan teruk.

"Yara. Sabar. Kita tunggu penjelasan daripada doktor dulu" pujuk Dato' Ismail.

"Papa. Anak Yara sakit papa. Papa fikir Yara akan bersabar?"

Air matanya kembali semula. Hatinya tidak tenang saat itu.

Dato' Ismail hanya mampu mengusap belakang Yara supaya bertenang. Dia juga bingung dengan situasi tersebut. Ditambah pula Tengku Hayl yang tiada di situ.

Tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Firdaus muncul. Yara lantas bergerak ke arah doktor tersebut.

"Bagaimana keadaan anak saya doktor?" Saat itu tangannya cukup menggigil. Dia risau sesuatu yang buruk berlaku ke atas tubuh anaknya itu.

"Buat masa sekarang, anak kamu perlu pakai alat bantuan pernafasan. Dia mengalami alahan yang teruk. Mungkin disebabkan oleh penggunaan susu yang salah. Jangan risau, saya akan selalu pantau keadaan dia sebab antibodi dia sekarang masih lemah" jelas Dr. Kama.

Kaki Yara lantas terasa lemah. Dia tidak menyangka Firdaus akan mengalami masalah pernafasan yang teruk seperti itu. Dalam masa yang sama, dia menyalahkan dirinya kerana tidak dapat melindungi Firdaus.

"Bila kami boleh jenguk dia ya Doktor?" Soal Dato' Ismail.

Dia akan membuat apa sahaja untuk cucunya itu.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now