BAB 13 🌻

7.9K 327 8
                                    

Yara mengeluh perlahan apabila melihat Tengku Hayl yang sedang bersandar di keretanya. Dia masih sukar untuk percaya yang dia sudah bertemu dengan Tengku Hayl.

"Dah settle? Jom balik" ucap Tengku Hayl selepas melihat Yara keluar. Dia juga cuba bertahan sejak dari tadi. Lama juga dia di luar.

"Maaf Hayl. Saya tak nak ikut awak balik" balas Yara dengan nada kendur.

"Yara. Kau dah janji dengan aku untuk tinggal dengan aku. Kau ingat aku akan tinggalkan kau dekat sini?"

"Tapi kita berdua takde hubungan apa-apa. Tak manis kalau duduk serumah"

"Jadi manislah kalau kau duduk serumah dengan lelaki tu? Yara... Kau masih isteri aku"

Tengku Hayl mula menapak ke arah Yara. Bahu Yara disentuh lembut supaya Yara mengangkat wajahnya.

"Jangan keruhkan keadaan Yara. Kita bincang elok-elok. Aku ada banyak perkara nak jelaskan pada kau" pujuknya lagi.

"Saya tetap tak nak ikut" jawab Yara dan memberanikan dirinya untuk memandang mata Tengku Hayl. Dia berharap Tengku Hayl faham dengan keinginannya saat itu.

"Kau pilih Yara. Antara aku buat kecoh dekat sini atau kau ikut aku dengan cara yang tenang. Pilih" Tangan Yara saat itu dipegang kemas oleh Tengku Hayl.

Yara mula terkedu saat itu. Dia tahu Tengku Hayl akan berani melakukan apa sahaja yang diinginkan olehnya.

Yara hanya mengeluh perlahan. Dia tidak mahu membabitkan Puan Laila dan Nasrullah dalam masalahnya dengan Tengku Hayl. Dia risau mereka akan bergaduh dan menyebabkan sebuah pertelingkahan yang lebih besar.

"Baiklah. Saya akan ambil Firdaus dulu" jawabnya dengan nada terpaksa.

Tengku Hayl lantas mengukir senyuman. Pujukannya berjaya. Dia berasa lega buat seketika.

🌻

Puan Laila dan Nasrullah memandang ke arah Yara selepas Yara masuk ke dalam rumah semula. Mereka berdua menanti bicara Yara saat itu.

"Maaf Ibu dan Nas. Yara terpaksa ikut Hayl untuk balik" ucapnya dengan nada lemah.

Itu sahaja cara yang boleh dilakukannya kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka berdua. Dia tidak mahu mereka berdua terkait dengan kisah hidupnya.

"Jadi benarlah yang dia tu suami kamu?" Soal Puan Laila. Dia sukar untuk mempercayainya.

Nasrullah hanya mengunci mulut saat itu. Dia tidak tahu untuk membalas apa.

"Ya Ibu. Dan kami mahu selesaikan masalah ni dengan segera"

"Tak apa lah. Ibu doakan semoga Yara dapat selesaikan semuanya dengan baik. Lepas ni, kalau Yara free, jenguk lah ibu dekat sini ya"

Puan Laila memegang lembut tangan kanan milik Yara. Yara lantas berasa sebak saat itu. Sukar untuk dirinya berpisah dengan Puan Laila.

"Insya Allah Ibu. Yara ambil Firdaus dulu"

Yara berjalan masuk ke dalam bilik Puan Laila dan mendukung Firdaus yang sedang lena. Beg pakaian Firdaus juga diambil.

"Terima kasih Ibu dan Nas sebab banyak tolong Yara. Yara akan tetap kembali ke sini, jadi Ibu jangan risau ya"

"Baiklah Yara. Ibu faham"

"Yara jaga diri baik-baik ya. Kalau ada masalah, call saya terus" ucap Nasrullah apabila lama mendiamkan diri.

"Baik Nas. Terima kasih"

"Bye. Bye Firdaus. Nenek akan rindukan kamu"

Puan Laila mengucup lembut pipi Firdaus yang sudah lena itu. Terasa berat hati Yara untuk pergi. Dia sudah menganggap Puan Laila dan Nasrullah seperti keluarganya sendiri.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang