BAB 11 🌻

7.4K 345 28
                                    

Tengku Hayl membuka suis lampu di bahagian ruang tamu rumahnya. Dia masih belum tahu yang Yara sudah terjaga.

Dia mengunci pintu bilik itu supaya Yara tidak terlepas darinya lagi. Dia tidak mahu Yara pergi meninggalkan dirinya buat kali kedua. Biarlah caranya terlihat kasar, tetapi dengan cara itu sahaja dia dapat melindungi Yara.

Langkah di atur naik ke atas. Kunci di tangan lantas dimasukkan ke dalam tombol pintu itu.

Tengku Hayl terkejut apabila melihat Yara tiada di atas katilnya. Tidak mungkin Yara melompat terjun daripada balkoni bilik itu. Terlalu tinggi dan tidak selamat bagi seseorang yang melompat dari situ.

"Yara!!"

Jeritnya kerana beranggapan Yara berada di bilik air. Hatinya mula cemas kerana risau berlaku sesuatu yang buruk kepada Yara.

"Urghh"

Satu suara erangan daripada bahagian pintu mengalihkan pandangan Tengku Hayl. Dia terkejut apabila melihat Yara yang bersandar di dinding di belakang pintu masuk bilik itu.

Yara juga memegang dadanya yang makin sakit. Wajahnya juga sudah pucat kerana menahan sakit di bahagian dada sejak daripada tadi. Dia dapat merasakan bahagian dadanya yang sudah basah dengan susu.

Tengku Hayl segera mendapatkan Yara yang sedang terduduk lemah. Dia juga pelik melihat Yara yang sedang menahan sakit.

"Hayl. Please benarkan saya balik" rayu Yara dengan perlahan.

"No. Aku tak akan lepaskan kau pergi" halangnya dengan keras.

Tengku Hayl lantas mendukung Yara ke arah katil. Dia risau apabila melihat peluh yang sudah membasahi tubuh Yara. Adakah Yara mempunyai penyakit yang kronik. Itu fikirannya saat itu.

"Firdaus. Saya perlu jumpa dengan dia. Tolong la" rayu Yara dengan nada yang agak lemah.

Tengku Hayl yang mendengar nama lelaki disebut di mulut Yara mula berasa marah. Dia tidak sangka Yara akan berjumpa dengan lelaki lain selepas meninggalkan dirinya. Perasaan cemburu mula muncul.

"Siapa Firdaus? Aku tak akan benarkan kau jumpa dengan dia. Kau masih hak aku"

"Hayl..."

"Aku akan call doktor. So kau duduk je dekat sini" ucapnya dan berlalu keluar dari bilik.

Yara hanya mampu mengalirkan air mata. Rasa sakit di dadanya seiring dengan rasa risau kepada Firdaus. Bagaimana anaknya itu sekarang? Hatinya remuk apabila memikirkan tentang keadaan anaknya itu.

Tengku Hayl lantas menghubungi doktor peribadinya. Dia tidak mahu membawa Yara ke hospital kerana risau diketahui oleh Tengku Helena.

Dia juga pelik melihat Yara yang asyik memegang bahagian dadanya. Setahunya Yara seorang yang cukup sihat dan tiada masalah kesihatan yang teruk.

Adakah disebabkan perubahan kehidupan Yara selepas dirinya meninggalkan Yara seorang diri. Mustahil. Itu sangat mustahil. Gumam Tengku Hayl di dalam hati.

Dia cuba berfikiran positif saat itu walaupun dia berasa tidak yakin dengan semua itu. Keadaan yang berlaku itu terlalu mendadak.

🌻

Aisyah yang sedang merawat Yara mengerutkan dahinya. Dia dapat mengesan bahagian payudara Yara yang agak membengkak.

Apabila dia menyentuh bahagian itu, Yara akan merintih sakit.

"Hayl. Mana anak kau?" Soal Aisyah kepada Tengku Hayl yang berdiri di sebelah Yara.

Tengku Hayl yang mendengar soalan Aisyah terkunci mulutnya.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora