BAB 21 🌻

6.2K 297 10
                                    

Tengku Hayl mengetap giginya buat seketika. Perbualannya bersama Amir tadi terimbas kembali.

"Dato' Ismail mahu berjumpa dengan Tuan" ucap Amir.

"Atas sebab apa?"

Tengku Hayl mula memikir alasan Dato' Ismail mahu berjumpa dengan dirinya. Dia risau jika Dato' Ismail mahu Yara kembali darinya.

"Saya tak tahu Tuan. Pembantu dia cuma cakap yang Dato' Ismail mahu bertemu dengan Tuan" jelas Amir.

"Dekat mana dia nak aku jumpa?"

"Saya send location dekat Tuan. Sebab location tu pun pembantu Dato' yang kirimkan"

"Baiklah. Kamu dekat mana sekarang?"

"Saya ada dekat syarikat Tengku Helena sekarang. Tengku Helena mahu berjumpa dengan saya" ucapnya teragak-agak.

"Okay. Aku faham. Nanti laporkan pada aku. Dan jangan terlepas cakap" pesannya sebelum menamatkan panggilan telefon itu.

Dia lantas membuka whatsapp dan melihat lokasi yang dihantar oleh Amir.

Sebuah tempat yang agak privasi dan sedikit jauh daripada bandar. Atas alasan apa Dato' Ismail mahu berjumpa dengan dirinya.

Dia juga tidak sangka Dato' Ismail dapat menjejak Yara dengan cepat. Dia sudah berhati-hati dalam membawa Yara ke situ.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

🌻

Amir menarik nafas terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Helena. Perasaannya lantas berdebar dan gemuruh apabila melihat dua orang pengawal ketat milik Tengku Helena di situ.

Dia cuba menenangkan dirinya dan tidak menunjukkan reaksi takut. Risau rahsia Tengku Hayl terbongkar.

"Duduk Amir" arah Tengku Helena dan bangun dari kerusi kerjanya dan bergerak ke ruang tengah bilik itu.

Amir duduk dengan tidak senang di hadapan Tengku Helena. Pelbagai doa dibacakan di dalam hati supaya nasibnya baik-baik sahaja.

"Kamu tahu sebab apa saya panggil kamu ke sini?"

"Tak Tengku" jawabnya sambil mengawal reaksi wajah.

"Kamu orang yang paling rapat dengan Hayl kan? Jadi setiap yang dia lakukan pasti kamu tahu. Tak begitu Amir?" Ujinya.

"Ada betul dan ada juga salah Tengku. Saya hanya membantu Tengku Hayl dalam menyelesaikan kerjanya sahaja. Berkaitan dengan hal peribadinya, saya tidak pernah tahu"

"Oh. Macam tu. Jadi kamu tahu sebab apa Tengku Hayl tidak mahu berkahwin?" Tanyanya lagi.

Jantung Amir saat itu mampu pecah dan terhenti kerana debaran yang cukup kuat. Ditambah pula muka tegang milik Tengku Helena saat itu.

"Maaf Tengku. Saya tak tahu" jawabnya terpaksa.

"Amir. Kalau kamu mahu bekerja dengan Hayl lagi selepas ni. Baik kamu bagi tahu saya. Hayl ada cari Yara atau tak?" Soalnya dengan nada sedikit tegas.

Amir menarik nafas dalam-dalam. Walau macam mana sekalipun, dia tetap mahu bekerja dengan Tengku Hayl. Tapi bukan dengan cara itu.

"Ada Tengku. Tengku Hayl masih mencari Yara" luahnya perlahan.

"Dia dah jumpa atau belum?"

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now