BAB 31 🌻

4.8K 251 5
                                    

Dua orang lelaki yang menculik Firdaus berasa marah apabila Firdaus tidak berhenti menangis. Sakit telinga mereka disebabkan suara Firdaus yang nyaring itu.

"Apahal budak ni menangis kuat sangat?" Ucap Hamid sambil menutup telinganya.

"Kalau aku tahu, dah lama aku suruh dia senyap" balas Zaidi.

"Ke dia lapar? Atau tangan dia sakit?" Duga Hamid.

"Pergi la buat susu. Itu pun aku nak kena ajar ke?" Bidas Zaidi.

"Aku pula. Kau tu asyik mengarah aku je. Kerja buat bukannya banyak sangat"

"Kau jangan nak bising la. Pergi diamkan budak ni"

"Ye la. Ye la"

Hamid lantas beredar dari rumah itu untuk ke kedai. Dia perlu membeli susu untuk Firdaus.

"Ma. Ma. Pa. Pa. Ma. Ma" itulah ayat yang sering diulang oleh Firdaus sejak dirinya diikat di kaki meja itu.

Firdaus yang baru setahun itu tidak tahu apa yang sudah berlaku. Apa yang dia tahu, mama dan papanya tiada di situ. Ditambah pula dirinya yang tidak boleh bergerak bebas dan bilik yang gelap.

"Diamlah budak. Memekak je" tengking Zaidi dengan lantang.

Semakin kuat tangisan Firdaus apabila ditengking oleh Zaidi.

"Ban*ang la. Si ban*sat ni pun lembab" bebelnya lagi.

Selepas 15 minit, barulah Hamid tiba. Di tangannya sudah tersedia botol susu. Hamid mengoncangkan botol susu itu terlebih dahulu sebelum memberi kepada Firdaus.

Zaidi hanya melihat cara Hamid memaksa Firdaus untuk menelan susu tersebut. Mengalir air mata Firdaus kerana berasa sakit akibat dipaksa oleh Hamid.

Habis sebotol susu itu barulah Firdaus terdiam.

"Huh. Lapar rupanya. Patut memekak" ucap Hamid dan mencampak botol susu yang kosong itu.

"Biar lah dia. Kita ditugaskan untuk jaga dia je kan?"

"Aah. Boss masih tak bagi tahu tugas seterusnya"

"Huh. Huh. Huh"

Hamid dan Zaidi yang sedang tekun bermain telefon terkejut apabila melihat Firdaus seperti tercungap-cungap. Wajah dan badan Firdaus juga telah naik bintik merah.

"Woi. Apa dah jadi dengan budak ni"

"Mana la aku tahu. Kita nak buat apa sekarang ni? Kalau budak ni mati. Mampus kita nanti" Hamid sudah gelisah saat itu.

"Kita bawa budak ni pergi hospital. Kalau budak ni mati. Confirm boss mengamuk" cadang Zaidi.

"Ikut la mana-mana. Aku dah cuak ni. Dia dah macam sesak nafas"

Zaidi lantas membuka ikatan tali di tubuh Firdaus. Firdaus lantas jatuh terjelopok ke atas badan Zaidi. Tanpa membuang masa Zaidi lantas mendukung Firdaus dan masuk ke dalam kereta.

Dalam kereta, Firdaus sudah tidak sedarkan diri. Bertambah cuak mereka berdua saat itu.

"Alamak wei. Bos call" ucap Zaidi apabila melihat panggilan masuk daripada Tengku Helena.

"Angkat je la. Cakap budak ni masih okay"

Zaidi menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menekan punat menjawab.

"Apahal lambat angkat call?" Jerkah Tengku Helena.

"Maaf bos. Kami tak perasan"

"Ish. Lembab betul. Aku cuma nak cakap. Pulangkan budak tu dekat rumah yang kau orang pecah masuk pagi tadi" arahnya.

"Kenapa boss? Boss cakap nak jadikan dia tebusan"

"Tak perlu. Anak aku dah setuju dengan rancangan aku. Hantar budak tu balik. Jangan semakkan fikiran aku lagi. Faham!" Jelas Tengku Helena dan mematikan panggilan telefon itu.

"Kenapa wei?" Soal Hamid. Cemas.

"Boss cakap hantar budak ni balik ke rumah dia"

"Gila ke. Budak ni nyawa-nyawa ikan kot. Aku tak nak jadi pembunuh"

"Lepastu kau nak bawa dia pergi hospital?"

"Ye la. Tak kan nak biarkan dia mati. Kalau boss tahu budak ni mati, lagi naya dekat kita. Dekat hospital nanti kita tinggalkan la dia dekat sana. Biar doktor yang jaga. Nanti mesti doktor tu buat laporan polis. Pandai la mak budak ni cari" jelas Hamid.

"Bijak juga kau ni kadang-kadang. Bawa laju sikit. Budak ni dah tak sedarkan diri aku tengok"

Muka Firdaus juga sudah dipenuhi dengan bintik merah. Badannya juga sudah berpeluh. Nafasnya juga sudah turun naik.

🌻

Badan Firdaus menjadi semakin panas. Zaidi yang mendukung Firdaus bergegas ke bahagian kecemasan sambil diikuti oleh Hamid di belakang.

"Nurse. Tolong anak saudara saya. Dia tiba-tiba jadi macam ni" ucapnya di kaunter tersebut.

"Teruk sangat ni. Kak Teha tolong Mira bawa budak ni ke dalam bilik doktor"

Seorang jururawat wanita lain muncul dan lantas mengambil Firdaus untuk dibawa jumpa doktor. Hamid dan Zaidi melepaskan nafas lega. Mereka sudah selesai menyelesaikan tugas mereka di situ.

"Maaf Encik. Encik perlu berdaftar nama anak saudara encik dulu" panggil Mira apabila melihat Hamid dan Zaidi yang berlalu pergi.

"Encik. Encik!!" panggil Mira sekali lagi apabila Zaidi dan Hamid tidak menjawab dan memandang ke arahnya.

"Kenapa ni Nurse?" Muncul Fuad yang kebetulan baru selesai bertemu dengan doktor yang merawat Amir.

"Ada dua orang lelaki tu datang hantar anak saudara dia orang yang sakit. Tapi bila saya nak minta dia orang daftar nama. Mereka endahkan panggilan saya. Nampak macam something wrong" jelas Mira.

"Lelaki? Anak saudara dia dalam lingkungan berapa tahun?" soal Fuad. Dia mula sangsi dengan perkara itu.

"Seingat saya dalam setahun lebih. Doktor tengah periksa budak tu. Nampak macam alahan teruk"

"Boleh saya tengok budak tu sekejap. Saya tengah cari anak saudara saya yang hilang diculik" Fuad berasa budak itu adalah Firdaus.

"Budak tu ada dekat room 10. Tapi betul ke budak tu mangsa culik?" Mira pula berasa risau dengan Fuad ketika itu. Boleh percaya ke.

"Jangan risau. Saya hanya nak tahu paras rupa budak tu sahaja sebab saya tengah cari anak saudara saya yang hilang sekarang"

"Baiklah kalau macam tu. Ikut saya"

Fuad lantas menuruti langkah Mira ke bilik tersebut.

Kakinya kaku apabila melihat Firdaus yang memerlukan bantuan alat pernafasan. Sebuah wayar juga ditusuk di tangan Firdaus kerana kekurangan air. Hatinya berasa sedih apabila melihat keadaan Firdaus saat itu.

Tanpa membuang masa, Fuad lantas berlari keluar. Dia mahu mencari dua orang lelaki yang membawa Firdaus ke situ. Dia yakin mereka berdua adalah orang Tengku Helena.

Nasibnya baik apabila melihat dua orang lelaki yang agak curiga sedang ditahan oleh pengawal keselamatan di situ.

"Apa ni bang. Tiba-tiba tahan kita orang dekat sini" ucap Zaidi tanda tidak puas hati.

"Maaf ya. Ada arahan daripada pihak hospital supaya kamu berdua tidak boleh keluar lagi"

Zaidi dan Hamid mula memandang antara satu sama lain. Mereka tertangkap ke. Habis.

"Tahan mereka berdua" arah Fuad kepada dua orang pembantunya.

Mujurlah mereka berdua tiba sebentar tadi. Zaidi dan Hamid yang terkejut dengan hal tersebut cuba melarikan diri.

Tetapi terlambat, mereka berdua jatuh ke atas jalan selepas ditolak dan dipulas tangan ke belakang oleh pembantu Fuad.

"Kau cari pasal dengan orang yang salah" ucap Fuad dengan nada serius.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang