BAB 20 🌻

7K 303 8
                                    

Wilia membaling dengan kuat gelas yang dipegangnya. Berita yang diterimanya daripada ayahnya sebentar tadi menyakitkan hatinya.

Perasaan geram dan marah mula masuk ke dalam dirinya. Bermacam-macam makian keluar dari mulutnya itu. Dia berasa sakit hati apabila ayahnya memberitahu bahawa majlis perkahwinannya bersama Tengku Hayl terpaksa ditunda.

Pelbagai cemuhan di lemparkan kepada Tengku Helena. Perempuan yang menjanjikan pernikahan tersebut akan berlangsung hanya dusta semata-mata. Semuanya seperti perkara yang tidak penting bagi ayah dan Tengku Helena. 

Dia lantas mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi nombor anak buahnya. Turun naik dadanya saat itu kerana berasa marah.

"Macam mana? Dah jumpa ke belum perempuan tu?" Tanyanya dengan kasar.

"Maaf bos. Kami kehilangan jejak dia sekarang" jawab anak buahnya dengan nada takut.

"Bang*ang betul. Buat kerja tu elok-elok sikit. Selagi kau orang tak jumpa perempuan tu. Aku tak kan bagi upah. Kalau kau orang jumpa dia, aku akan gandakan upah. Jadi buat kerja cepat sikit"

"Baik bos. Baik bos. Bos tetap nak kami bunuh dia ke waktu jumpa?" jawab anak buahnya dengan nada tergagap.

"Ya. Aku tak de masa nak jumpa perempuan tu" Wilia meraup rambutnya ke belakang. Panas di hati masih ada.

"Baik bos. Kami cari dengan segera"

Wilia melepaskan keluhan berat. Dia mahukan Tengku Hayl. Dia tidak mahu perempuan lain merebut Tengku Hayl dan hidup bahagia bersama Tengku Hayl. Sakit hatinya apabila mengetahui bahawa Tengku Hayl sudah mempunyai perempuan lain.

🌻

Selesai menidurkan Firdaus, Yara bergerak turun daripada katil.

Tengku Hayl yang sedang berbaring di sebelah memandang pelik ke arah Yara. Kemana Yara mahu pergi?

"Awak nak pergi mana?" Soalnya.

"Saya nak tidur dekat bilik saya. Awak jangan risau, Firdaus akan bangun jam 6 pagi nanti. Dan waktu tu saya akan naik..."

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kakinya sudah terangkat. Yara terkejut apabila tubuhnya didudukung oleh Tengku Hayl dan diletakkan di atas katil.

Kejung badan Yara saat itu. Dia tidak sangka Tengku Hayl akan mendukungnya sebentar tadi. Semuanya secara tiba-tiba.

"Stay here. Saya nak tidur dengan awak" ucap Tengku Hayl dan memeluk Yara dari belakang.

"Hayl. Saya tak nak"

Yara cuba meleraikan pegangan tangan Tengku Hayl di perutnya. Dia berasa tidak selesa saat itu. Perasaan gemuruh juga menjelma.

"Malam ni je. Lepas ni saya tak akan paksa awak dah. Please Yara. Saya just nak peluk awak je"

Yara mengeluh perlahan. Dia tidak dapat menolak permintaan Tengku Hayl saat itu. Jika dia meronta, lena Firdaus pasti akan terganggu.

Tengku Hayl hanya membenamkan wajahnya di belakang Yara. Dia rindukan kehangatan tubuh wanita itu. Cukup-cukup rindu.

Dia mahu Yara yang dahulu. Seorang yang sentiasa tersenyum saat memandang wajahnya. Ceria dan sentiasa bergelak tawa bersamanya. Tetapi Yara yang berada di sisinya sekarang lebih ke arah dingin dan serius.

🌻

Yara memandang lama ke arah Tengku Hayl di hadapannya. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat subuh. Tengku Hayl juga masih berzikir pada saat itu.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang