BAB 38 🌻

5.4K 268 6
                                    

Firdaus yang baru terjaga daripada lenanya memerhati keadaan bilik itu. Lama dia merenung keadaan sekeliling.

Satu perasaan takut menerpa di dalam jiwanya yang masih muda itu. Matanya tercari-cari di mana mama dan papanya. Selalunya, sewaktu di bangun daripada tidur, Yara akan berada di sampingnya.

Tetapi pada hari itu tiada sesiapa yang menemaninya.

Perlahan-lahan Firdaus turun daripada katil dan menuju ke arah pintu. Air matanya ditahan sehabis mungkin.

Pintu yang dibuka sedikit itu ditarik oleh Firdaus supaya terbuka dengan lebih besar. Matanya memandang suasana rumah Tengku Hayl.

Dia masih ingat memori dirinya yang bermain bersama Tengku Hayl di situ.

"Pa. Pa" ucapnya perlahan.

Kakinya dibawa laju ke arah ruang tamu. Secara tiba-tiba kaki Firdaus tersadung di hujung karpet itu dan membuatkan dirinya jatuh tersembam ke atas karpet.

"Uwarghh!!"

Akhirnya air matanya pecah juga kerana berasa sakit dan sedih. Dua rasa dalam satu situasi. Firdaus tercari-cari di mana Yara dan Tengku Hayl.

Dia masih ingat jika dia menangis, kedua-dua mereka akan berlari dengan laju untuk mendapatkannya. Tetapi pada hari itu tiada. Semakin menjadi-jadi tangisan Firdaus kerana berasa ditinggalkan.

Fattah dan Fuad yang sedang berbincang di luar rumah tersentak apabila terdengar bunyi tangisan Firdaus. Mereka berdua bergegas masuk ke dalam.

Fuad dan Fattah terkejut apabila melihat Firdaus yang menangis teresak-esak sambil memanggil mama dan papanya. Dahi Firdaus yang sudah memerah juga membuatkan mereka berdua berasa risau.

"Kenapa ni Firdaus. Maaf ya Uncle Fattah dekat luar tadi" Fattah segera mendukung Firdaus.

Tangisan Firdaus semakin menjadi-jadi kerana tidak mengenali Fattah dan Fuad. Dia masih berasa takut kerana teringat dirinya yang dibawa pergi oleh dua orang lelaki daripada Yara tempoh hari.

"Jangan risau Firdaus. Kami berdua bukan orang jahat. Uncle Fuad ni kawan kepada mama kamu" pujuk Fuad pula.

"Dan Uncle Fattah pula kawan papa kamu. See. Muka kita orang berdua tak jahat kan?" sambung Fattah pula.

Firdaus merenung lama muka Fattah saat itu. Beberapa saat kemudian dia menampar pipi Fattah dan lantas menangis. Muka Fattah juga ditolak-tolak ke tepi. Firdaus juga meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Tak. Nak pa.pa. Nak ma. Ma" balas Firdaus dengan jeritan.

"Macam mana ni? Kau tahu tak macam mana nak pujuk budak?" soal Fattah.

"Mana la aku tahu. Aku belum ada anak"

"Laa. Kau tak kahwin lagi ke?" ujar Fattah dengan nada tidak sangka

"Dah kau. Dah kahwin ke?" balas Fuad dengan nada tidak puas hati.

"Ahh. Lantaklah hal tu. Sekarang ni macam mana nak pujuk budak ni? Sakit Firdaus. Rambut Uncle" adu Fattah apabila Firdaus menarik tocang rambutnya.

Dia dengan pantas meletakkan Firdaus ke bawah. Sepantas kilat, Firdaus menyorok di belakang sofa.

"Fattah. Dato' Ismail minta kita bawa Firdaus ke hospital" ucap Fuad tiba-tiba.

" Fuh lega aku. Firdaus, jom pergi jumpa mama. Mama rindukan Firdaus sekarang ni" pujuk Fattah dengan lembut.

Saat panggilan mama disebut oleh Fattah, Firdaus mula memandangnya dengan renungan lama. Lama dia berfikir untuk mengikut Fattah.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now