BAB 30 🌻

5.4K 252 17
                                    

Tengku Hayl berjalan laju ke arah bilik pejabat Tengku Helena. Zara yang terkejut dengan kehadiran Tengku Hayl juga tidak sempat untuk menahan. Tengku Hayl laju menerpa bilik Tengku Helena.

Kosong dan sepi.

Langkah diatur keluar semula dan bergerak ke arah Zara.

"Mana Tengku Helena?" soalnya dengan nada bergetar.

Fuad di sebelah juga berasa gerun dengan sikap Tengku Hayl saat itu. Dapat dirasakan bahang kemarahan daripada lelaki itu.

"Maaf Tengku. Tengku Helena minta cuti harini" balas Zara teragak-agak. Dia juga berasa takut untuk berdepan dengan Tengku Hayl.

"Cuti disebabkan apa?"

"Tengku Helena cakap nak siapkan majlis untuk Tengku"

Tengku Hayl cuba bersabar ketika itu. Tengku Helena sudah lebih laju mempersiapkan segalanya kerana dapat mengugutnya nanti. Dan di situ, dapat melihat dengan jelas bahawa Tengku Helena adalah dalang kepada kehilangan Firdaus.

🌻

Tengku Hayl dan Fuad kembali semula ke hospital. Zara juga tidak mengetahui di mana majlis itu akan diadakan kerana bukan di rumah Tengku Helena.

Tengku Hayl lantas bergerak ke arah Dato' Ismail yang baru keluar daripada bilik Yara bersama seorang doktor.

Perasaan lantas berubah menjadi cemas kerana risau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada Yara. Fuad juga telah diarahkan oleh Dato' Ismail untuk meninjau keadaan Amir.

"Dato'. Ada apa-apa yang berlaku pada Yara ke?" Soalnya selepas doktor yang bertugas itu pergi.

"Tak de Hayl. Yara cuma terkejut. Buat masa sekarang, kita bagi ruang pada dia untuk bertenang" jelas Dato' Ismail.

Tengku Hayl melepaskan nafas lega setelah mendengarnya. Mujurlah tiada kesan buruk kepada perut Yara.

"Bagaimana dengan mama kamu? Dapat jumpa dia?"

"Tak Dato'. Mama takde dekat pejabat dia. Hayl akan cuba cari dia esok. Ataupun call dia"

"Saya rasa memang dia dah rancang semua ni. Saya dah arahkan orang saya untuk cari Firdaus. Buat masa sekarang, kamu tenangkan Yara. Saya tak rasa dia masih boleh terima kehilangan Firdaus sekarang" luah Dato' Ismail.

Dia risau jika Yara mengalami tekanan yang melampau kelak.

"Baik Dato'. Hayl jenguk Yara kejap"

Dato' Ismail hanya mengangguk dan memberi ruang kepada Tengku Hayl untuk masuk ke dalam.

Selepas itu, telefon di koceknya diambil dan dia lantas menghubungi seseorang.

"Assalamualaikum Hazwan. Aku rasa dah tiba masa untuk kau balik" ucapnya dengan nada serius.

🌻

Tengku Hayl terasa sayu apabila melihat Yara yang memeluk lututnya dan menunduk ke bawah. Tengku Hayl duduk di birai katil sambil mengusap kepala Yara.

Yara yang berasa ada tangan yang menyentuh kepalanya, mengangkat kepala. Wajahnya juga sudah sembab dengan air mata.

"Hayl. Selamatkan Firdaus. Please" rayunya dengan nada serak.

"Saya akan selamatkan dia. Awak jangan risau ya" pujuk Tengku Hayl.

Tengku Hayl menarik badan Yara dan memeluknya. Saat itu air mata Yara tumpah dengan deras. Hatinya sebak apabila mengenangkan nasib anaknya itu.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now