BAB 39 🌻

5.4K 264 8
                                    

Tengku Helena mencari dokumen penting di dalam bilik pejabatnya. Dia berasa risau jika rahsianya terbongkar nanti. Dia harus melindungi dirinya.

Dari gaya ugutan Tengku Hazwan, dia dapat rasakan yang Tengku Hazwan tidak main-main. Habis berselerak biliknya dengan pelbagai kertas. Dia juga sudah lupa di mana dia meletak file tersebut.

"Aish. Mana perginya file tu" rengusnya perlahan.

"Zara!! Zara!!" Jeritnya sekuat hati.

Zara yang berada di luar lantas masuk ke dalam. Terkejut dia melihat keadaan bilik yang agak berselerak itu.

"Ya Tengku"

"Ada nampak tak file warna hitam saya?" Soalnya sambil memunggah file di dalam laci mejanya.

"Saya tak tahu Tengku. Kalau file tu penting, bukan Tengku simpan dekat rumah ke?"

"Aah kan. Kenapa saya boleh terlupa. Awak kemaskan semula bilik saya, saya nak balik" ucap Tengku Helena dan berlalu pergi.

Zara tercengang ketika itu. Sudahlah Tengku Helena tidak mengucapkan terima kasih padanya, tiba-tiba dirinya pula yang perlu mengemas semua kertas yang bertaburan.

Tapi file yang dicari oleh Tengku Helena ketika itu sudah berada di tangan Tengku Hazwan. Dirinya telah mengambil isi file tersebut dan mengantikan dengan kertas kosong.

Siapa je yang akan kekal dengan Tengku Helena. Tengku Helena juga sering mengugutnya untuk tidak memberikan gaji padanya jika dia tidak menjalankan tugas yang diberikan oleh Tengku Helena.

Disebabkan rasa sakit hatinya, dia lantas berkerjasama dengan Tengku Hazwan untuk memperangkap Tengku Helena. Tambahan pula, dia tahu kegiatan haram yang dijalankan oleh Tengku Helena.

Dia tidak mahu bersengkokol terlalu lama. Dirinya juga masih ada keluarga yang harus dijaga.

🌻

Tengku Helena menghempas semua barangnya. File tersebut masih tiada di situ. Dokumen yang diinginkan olehnya sudah hilang.

Kepalanya suda mula serabut apabila terfikir tentang nasibnya kelak. Semuanya menjadi kucar-kacir. Semua itu tidak mengikut rancangannya.

Harapan terakhirnya ketika itu adalah Tengku Hayl sahaja. Dia perlu merebut semula hati anaknya itu. Hanya Tengku Hayl sahaja yang akan melindungi dirinya ketika itu.

Dia perlu mengelakkan Tengku Hazwan daripada bercerita tentang hal sebenar. Musnah hidupnya kelak.

🌻

Yara termenung di atas katil itu. Tubuhnya masih lemah kerana menderma darahnya kepada Tengku Hayl. Dia juga tidak sangka nyawa Tengku Hayl boleh berada dalam bahaya jika tidak mendapat darah yang cukup.

Yara mengelus lembut pipi Firdaus. Selepas memberi susu sebentar tadi, Firdaus terus terlena. Dia berasa bersyukur kerana Firdaus tidak banyak ragam dan mudah mendengar kata.

Petang tadi juga, Fattah dan Fuad membawa Firdaus bermain di sebuah taman di hospital. Mujurlah Firdaus mudah selesa dengan mereka berdua. Kesihatan Firdaus juga semakin membaik.

Pintu bilik wadnya yang ditolak secara tiba-tiba mengejutkan Yara. Dia juga pelik apabila melihat Tengku Hazwan di situ.

"Kenapa uncle?"

"Hayl dah selesai pembedahan. Yara nak pergi jenguk dia?"

"Boleh Uncle. Tapi siapa nak jagakan Firdaus?" Yara mula berkalih ke arah Firdaus. Risau jika Firdaus dtinggalkan seorang diri di situ.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now