BAB 24 🌻

5.5K 271 5
                                    

Tengku Hayl berlari laju ke dalam hospital. Perasaannya benar-benar berdebar saat itu. Dia risau jika berlaku sesuatu yang buruk kepada Firdaus.

Dari jauh dia melihat Yara yang sedang duduk di kerusi manakala Amir sedang mendukung Firdaus. Firdaus juga kelihatan sudah lena di bahu Amir.

"Yara"

Tengku Hayl lantas duduk di sebelah Yara. Tangan Yara juga dipegang lembut. Dia risau apabila melihat wajah Yara yang sudah sembab dengan air mata.

"Hayl..."

Yara lantas memeluk Tengku Hayl. Kepalanya juga dibenamkan ke dada Tengku Hayl. Dia berasa cukup takut apabila melihat keadaan Firdaus. Sebelum ini, Firdaus hanya mengalami demam panas tetapi sekarang berlainan pula.

Mujurlah Doktor memberitahu bahawa itu bukan perkara yang berbahaya. Hatinya sedikit lega apabila mengetahuinya. Dia tidak mahu anaknya itu berada dalam kesakitan.

"It's okay. I'm here. Everything gonna be okay" pujuk Tengku Hayl dan mengusap lembut belakang badan Yara.

Selepas mengambil ubat, barulah mereka kembali ke rumah. Yara asyik termenung ke arah Firdaus yang sudah lena di dukungannya.

Tengku Hayl di sebelah juga berasa lega kerana tiada yang buruk berlaku kepada Firdaus. Dia dapat melihat daripada riak wajah Yara yang ketakutan sewaktu di hospital.

Satu perasaan bersalah hadir di hatinya. Itukah reaksi Yara jika Firdaus dalam kesakitan. Berseorangan dalam menghadapinya. Terasa ngilu hatinya apabila membayangkannya.

🌻

"Firdaus tak apa-apa kan?" Soal Tengku Hayl selepas Yara meletakkan Firdaus di atas katil.

"Doktor cakap tiada apa-apa yang bahaya. Ubat yang Doktor bagi pun saya dah beri pada Firdaus tadi"

Yara membetulkan selimut Firdaus. Lega hatinya saat itu. Si kecil  yang selalu menjadi penyeri hidupnya. Sukar untuk dia menerima jika Firdaus sakit.

"Baguslah kalau macam tu" Tengku Hayl duduk di sebelah Yara.

Lama dia merenung isterinya itu. Yara juga asyik memandang ke arah Firdaus. Tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Tengku Hayl.

"Lepas ni saya akan bagi awak telefon baru. Senang kalau awak nak hubungi saya kalau ada sesuatu yang berlaku"

"Tak apa la Hayl. Saya boleh beli sendiri nanti"

"Yara. Saya dah cakap kan. Setiap pemberian saya untuk awak tu adalah suatu keperluan. Apa yang saya bagi, pasti sesuatu yang perlu pada awak. Jadi jangan tolak ya. Benda ni penting untuk saya tinjau keadaan awak dengan Firdaus" jelasnya.

"Tapi saya tak nak berhutang pada awak, Hayl. Biarlah saya cari rezeki untuk saya sendiri nanti"

"Ya Allah Yara. Pandang saya"

Tengku Hayl memegang bahu Yara dan membawa badan Yara mengadapnya. Yara sudah berdebar apabila melihat wajah Tengku Hayl yang agak serius itu.

"Siapa saya dekat awak?" Soalnya dengan tegas.

"Kawan" jawab Yara perlahan. Dia masih tidak mahu menerima Tengku Hayl sebagai suaminya.

"Yara Hana! " Nada suara Tengku Hayl ditekan dalam. Bahu Yara terangkat saat mendengar suara Tengku Hayl.

"Saya tahu awak masih trauma dan tak dapat nak terima kehadiran saya sekarang. Tapi saya minta satu je daripada awak. Terima dan respect saya sebagai suami awak. Ataupun terima saya sebagai ayah kepada Firdaus. Jangan buat saya macam orang asing. Saya sayangkan awak Yara. Sama macam saya sayang Firdaus. Jadi setiap apa yang saya berikan atau ucapkan, please terima. Ini tugas saya sebagai suami awak. Beri nafkah. Bagi saya peluang untuk tebus kesilapan saya yang dulu. Yara..." 

Tangan Yara dipegang dan dielus lembut. Hatinya juga terasa dengan cara Yara. Tapi dia tahu itu mungkin kerana Yara takut kejadian lama berulang kembali. Dia faham hati Yara saat itu. Terlalu sukar.

"Saya sedar siapa awak pada saya. Saya sedar semuanya. Cuma setiap kali saya duduk dekat dengan awak, peristiwa lama terimbas semula dalam kepala saya. Saya jadi sebak bila sekarang awak ada dengan saya. Tak macam dulu. Dulu saya hadap semuanya seorang diri dengan harapan awak balik. Tapi setahun saya menanti sehingga hati saya jadi kosong bila jumpa dengan awak semula. Maaf Hayl. Saya perlukan masa untuk terima awak sebagai suami saya semula. Maaf kalau saya tak mampu jadi isteri yang terbaik pada awak" ucap Yara dengan nada kendur.

Yara hanya menundukkan kepalanya ke bawah. Dia tidak berani untuk memandang ke arah Tengku Hayl. Dia juga serba salah dengan Tengku Hayl. Mereka seperti kembali bersama disebabkan oleh Firdaus sahaja.

"That's why, saya pernah cakap. Kita cuba terima diri masing-masing. Dan saya akan cuba perbaiki diri saya untuk awak dan Firdaus. Jadi Yara, cuba bergantung pada saya untuk masa sekarang. Saya dah kembali pada awak. Jangan pernah rasa awak beban kepada saya. Saya tak pernah anggap awak macam tu. Okay?" 

Pipi Yara dipegang lembut oleh Tengku Hayl supaya wajah Yara diangkat naik. Tengku Hayl tersenyum tipis apabila melihat air mata di tubir mata Yara. Dahi Yara dikucup lembut dan lama oleh Tengku Hayl. 

Tengku Hayl juga mendoakan supaya hati Yara dilembutkan dan mampu menerima kehadirannya semula.

🌻

Tengah malam itu, Yara menangis semahu-mahunya kerana Firdaus yang tidak mahu lena. Dia sudah memberi susu kepada Firdaus dan menukar lampinnya. Tetapi Firdaus masih tidak selesa untuk tidur.

Penat.

Itu yang dia rasakan saat itu. Firdaus juga menangis dengan nada yang kuat. Tertekan dirinya apabila mendengar suara si kecil itu.

"Syhh. Tidurlah Firdaus" pujuknya sambil berzikir di telinga Firdaus.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Matanya juga sudah kuyu kerana menahan ngantuk.

"Yara. Biar saya jagakan Firdaus. Awak tidur la" muncul Tengku Hayl dengan sebuah botol susu. Susu itu juga adalah susu yang dipam daripada Yara.

"Tak apa la Hayl. Awak kena kerja pagi esok. Nanti awak tak cukup tidur" tegahnya.

"It's okay. Sebelum ni pun, saya selalu tidur lambat. Awak jangan risau. Awak tidur la dulu. Biar saya dodoikan Firdaus"

Tengku Hayl lantas mengambil Firdaus daripada Yara. Yara sudah berasa serba salah saat itu. Tapi dirinya juga sudah letih.

Dari jauh Yara melihat Tengku Hayl menenangkan Firdaus. Zikir juga sentiasa keluar dari mulut Tengku Hayl saat itu. Hatinya tersentuh apabila melihat cara Tengku Hayl tersebut. Lembut dan tenang.

Untuk seketika, Yara bertanya kepada dirinya. Adakah dia patut menerima Tengku Hayl semula ataupun tidak. Dia juga tidak faham dengan hatinya saat itu.

Berbelah bagi.

Tengku Hayl yang berada di sisinya sekarang cukup berbeza dari yang dulu. Tetapi sikap tegas Tengku Hayl masih ada.

🌻

Pagi itu, Yara berasa kasihan apabila melihat bawah mata Tengku Hayl yang agak gelap. Sehingga subuh Tengku Hayl cuba menidurkan Firdaus.

"Awak yakin ke nak pergi kerja harini? Saya kasihan tengok awak penat" ucap Yara. Bimbang.

"Takpe Yara. Saya dah biasa macam ni. Awak jangan risau. Saya cuba untuk balik awal harini" balas Tengku Hayl dan memakai tali lehernya.

"Kalau awak penat. Berhenti dan rehat dulu ya. Jangan paksakan diri"

"Baik Yara. Thank you for care"

Tengku Hayl menghulurkan tangan kanannya untuk di salam oleh Yara. Satu kucupan juga singgah di pipi dan dahi Yara.

Belum sempat Yara menghalang, Tengku Hayl sudah beredar ke keretanya. Sebuah lambaian dan salam sahaja yang diberikan oleh Tengku Hayl. Yara hanya berdoa supaya tiada yang buruk berlaku kepada Tengku Hayl.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now