BAB 40 🌻

6.2K 252 4
                                    

Wilia masuk ke dalam rumahnya dengan wajah yang cukup ketat.

Dato' Yusri dan Datin Sarah terkejut dengan kepulangan Wilia yang tiba-tiba. Sudah lama mereka menunggu Wilia pulang. Berpuluh panggilan sudah dilakukan oleh Dato' Yusri tetapi tidak dijawab oleh Wilia.

"Wilia. Ke sini dulu. Papa nak berbincang dengan kamu semula" panggilnya apabila melihat Wilia meluru ke arah tangga.

"Nak tanya apa lagi papa? Semuanya dah musnah" bentaknya dengan kasar.

"Macam mana keadaan Hayl? Teruk ke?"

"Wilia tak tahu!"

"Kenapa pula kamu tak tahu, kamu follow Tengku Helena ke sana kan tadi"

Dato' Yusri cuba bersabar dengan sikap kasar anaknya itu. Dia cuma mahu menyelesaikan masalah yang timbul.

"Papa. Wilia tak tahu. Waktu Wilia ke sana, Hayl masih dalam bilik bedah. Kalau papa nak tahu keadaan dia, pergi la sana" ucapnya dengan nada tinggi.

"Haaa. Lepastu majlis kamu ni dibatalkan ke atau ditunda?" Soal Datin Sarah.

Dato' Yusri sudah memberitahu isterinya itu supaya tidak mengungkit perkara itu tetapi Datin Sarah masih menyebutnya.

"Nak kahwin dengan siapa? Hayl tu suami dan bapak orang. Dia masih tak ceraikan bini dia. Mama ingat Wilia nak kahwin dengan suami orang?"

"What? Suami orang? Bapa orang? Kamu biar betul Wilia" Datin Sarah sukar untuk mempercayai perkara itu.

"Cuba jelaskan elok-elok Wilia. Papa minta sangat Wilia jelaskan dengan baik" pintanya dengan baik.

"Okay fine. Actually Hayl dah kahwin dengan seorang perempuan ni sejak tahun lalu. Dan waktu Wilia jumpa dengan Hayl pun, Wilia tak tahu yang dia dah berkahwin. Bila Hayl dah pulang ke Malaysia, baru Wilia tahu yang Hayl tu dah kahwin dan ada anak. Malah, papa dengan mama pun kenal dengan isteri Hayl tu" ucapnya dengan geram.

"Oh. Jadinya selama ni, Helena dah tipu kita ke abang? Abang jangan cakap yang abang dah tahu tentang ni" marah Datin Sarah.

"Tak. Tak. Abang pun tak tahu yang Hayl dah berkahwin. Jadi siapa isteri Hayl tu?"

"Yara Hana. Anak Uncle Ismail. Impossible mama dengan papa tak kenal"

Buat kali ke berapa Datin Sarah terkejut. Mulutnya juga terbuka sedikit. Dia tidak menyangka bahawa Tengku Hayl akan memilih anak perempuan Dato' Ismail itu.

"Si Yara tu? Macam mana Hayl boleh bernikah dengan budak tu. Tak guna Helena. Dia dah tipu aku" ucap Dato' Ismail dengan nada marah.

"Sudah la. Wilia nak naik atas. Semak kepala sekarang ni"

"Eh kejap Wilia. Dah tu macam mana dengan majlis kamu ni? Semua tetamu dah tanya mama jadi ke tak majlis tu" Datin Sarah masih tidak berpuas hati dengan semua yang berlaku.

"Mama tak boleh fikir sendiri ke? Hayl tu koma. Dah macam mana nak teruskan majlis. Batal je la"

"Amboi mudah je kamu bercakap ya. Air muka mama siapa nak jaga?"

"Dah tu. Air muka Wilia siapa pula nak kisah? Mama asyik pentingkan diri je. Sudahlah"

Tanpa membuang masa, Wilia lantas berlari naik ke atas. Sakit hatinya apabila dipersoal oleh mamanya. Bukannya Datin Sarah mahu memujuknya tetapi menyalahkan dirinya pula.

"Kamu ni Sarah. Dia tengah bersedih kan" tegur Dato' Yusri.

"Sedih sedih. Dah tu saya ni, abang tak kisah? Saya yang penat uruskan semuanya. Tup tup batal. Yang Helena pun satu, bukannya nak jelaskan hal sebenar. Keluarga kita juga yang menanggung malu. Tambah-tambah isteri Hayl tu si Yara. Bertambah malu saya"

"Nanti abang settlekan dengan Helena" jawabnya dengan lemah.

"Sikit-sikit nak settlekan. Last-last jumpa juga dengan betina tu sebab nak share project. Project apa pun tak tahu. Entah halal entah haram" sindir Datin Sarah dan berlalu pergi ke biliknya.

Dato' Ismail duduk di atas kerusi sambil meraup wajahnya. Semuanya kucar-kacir. Ditambah pula, masalah itu mempunyai kaitan dengan Dato' Ismail. Iaitu sepupu belah isterinya.

Sejak dulu mereka asyik bersaing sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Dia juga berasa seperti dihina apabila Tengku Helena tidak memberitahu perkara yang sebenar.

Tidak mungkin, dia akan melabur dalam rancangan Tengku Helena itu. Hanya membuang duitnya sahaja. Tidak padan untuk membalas malu yang mereka sekeluarga dapat.

🌻

Tengku Helena menuju laju ke arah bahagian kecemasan. Dia mahu melihat keadaan Tengku Hayl. Hanya Tengku Hayl seorang sahaja yang boleh membantunya.

Dari luar bilik itu, dia merenung lama ke arah Tengku Hayl yang terbaring lemah.

"Hayl memang sengaja kan nak musnahkan rancangan mama" ucapnya perlahan sambil mengetap bibirnya.

Dia geram apabila Tengku Hayl terlibat dalam kemalangan. Dia merasakan Tengku Hayl sengaja melakukan itu semua kerana mahu lari daripada majlis pernikahan itu.

Tangannya digenggam kemas kerana berasa geram. Sakit hatinya apabila Tengku Hayl tidak mengikut cakapnya pada pagi sebelum kemalangan itu. Jika Tengku Hayl bergerak dengannya, sudah pasti kemalangan itu tidak akan berlaku.

"Tolonglah sedar dengan cepat Hayl. Mama perlukan kamu sekarang" bentaknya di dalam hati.

"Dekat sini rupanya kau, Helena"

Satu suara yang muncul di sebelah kirinya mengalihkan pandangan Tengku Helena. Jelingan tajam juga diberikan kepada Tengku Hazwan. Dia menyampah dengan kehadiran lelaki itu.

"Kau nak apa daripada aku?"

"Ikut aku ke balai"

"For what?" Dirinya mula berasa gelisah.

"Settlekan masalah yang kau dah buat. Baik kau ikut je cakap aku kalau kau tak nak masalah ni jadi besar"

"Masalahnya aku tak buat apa-apa kesalahan"

"Jangan nak lari Helena. Kau dah gelapkan wang syarikat aku lepastu kau seludup benda-benda haram daripada Thailand ke Malaysia. Then, kau palsukan wang syarikat kau. Kau ingat aku tak tahu semua benda tu?"

"Kau ada bukti ke yang aku buat semua tu?" Balasnya semula.

Tengku Helena juga terkejut kerana rahsianya terbongkar diketahui oleh Tengku Hazwan. Sudah berpuluh tahun dia melakukan jenayah itu, tetapi kini Tengku Hazwan sudah mengetahuinya.

"Semua dokumen penting tentang rancangan kau ada dalam file hitam ni. Jangan nak larikan diri lagi Helena. Bukan setakat benda tu yang kau buat. Kau dah cederakan pekerja Hayl sampai dia dimasukkan ke bahagian ICU. Lepastu kau culik Firdaus dan bahayakan nyawa dia. Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je?"

Tengku Helena kaku di situ. Semuanya memang tertuju ke arahnya. Segalanya memang salahnya. Bagaimana lagi dia mahu melarikan diri.

"Itu semua bohong. Aku tak percaya" bentaknya dengan kuat.

"Bawa dia ke balai polis"

Muncul seorang pegawai polis dari arah belakang Tengku Hazwan. Tangan Tengku Helena lantas dipegang kemas oleh dua orang pegawai polis itu dan dipaksa berjalan keluar daripada hospital.

"Hayl!! Bangun Hayl!! Tolong mama!!" Rontanya dengan kuat.

Beberapa pengunjung dan jururawat di bahagian itu mula berasa tidak selesa dengan kekecohan itu. Mereka semua juga mula berbisik antara satu sama lain.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang