BAB 22 🌻

5.9K 261 8
                                    

"Ma. Ma. Ma" ucap Firdaus berulang kali.

Permainan yang berada di tangannya digoncang laju. Tergelak-gelak Firdaus kerana berasa seronok. Selama ini, hanya bola kecil sahaja yang dibelikan oleh Yara. Tapi sekarang pelbagai jenis permainan yang dihadiakan oleh Tengku Hayl untuk anaknya itu.

Yara tersenyum melihat kegembiraan Firdaus saat itu. Mungkin di sini tempat yang sesuai buat Firdaus. Selesa dan tenang.

Yara memandang ke arah jam di dinding. Dia sedang menunggu Tengku Hayl untuk pulang. Dia juga tidak tahu kenapa hatinya resah ketika Tengku Hayl memberitahunya untuk keluar.

Pintu yang dibuka daripada luar mengejutkan Yara dan Firdaus. Mujurlah orang itu adalah Tengku Hayl.

"Pa. Pa." Ucap Firdaus dan menunjuk ke arah Tengku Hayl yang baru melangkah masuk.

"Tak tidur lagi anak papa ni?" Tengku Hayl mendukung Firdaus dan mencium pipinya dengan lembut.

Firdaus hanya tersenyum kerana berasa geli.

"Kenapa tak tidur lagi, Yara? Dah jam 11 malam" soal Tengku Hayl.

"Firdaus masih tak mengantuk. Jadi saya biarkan je dia bermain. Nanti dia penat, dia tidur la"

Tengku Hayl lantas mengangguk faham. Patutlah Firdaus masih bertenaga.

"Hayl. Awak pergi ke mana tadi? Berjumpa dengan Tengku Helena?" Soal Yara. Dia benar-benar ingin tahu.

"Bukan dengan Tengku Helena. Tapi dengan Dato' Ismail" jawab Tengku Hayl dengan nada mendatar.

Yara terkejut apabila mendengar nama ayahnya. Kenapa ayahnya mahu berjumpa dengan Tengku Hayl. Adakah berkait dengan dirinya.

"Awak jangan risau Yara. Dia cuma minta saya jaga awak sahaja"

"Jaga saya?"

"Kalau awak nak tahu, dia selalu pantau pergerakan awak dari jauh. Jadi bila saya bawa awak balik ke sini, dia dapat tahu. Dia hanya bertanya apa hubungan kita berdua sekarang dan saya dah jelaskan semuanya. Dia minta maaf dekat saya sebab pernah halang hubungan kita. Dan sekarang dia serahkan pada saya tanggungjawab untuk jaga awak dan Firdaus" jelas Tengku Hayl. Biarlah Yara tahu tentang semua itu. Dia malas hendak menyimpannya.

Yara terdiam. Dia tidak sangka ayahnya sentiasa memantau kehidupannya. Dia hanya menjangka ayahnya memberikan wang sahaja kepadanya dan tidak menghiraukan bagaimana hidupnya. Tetapi ianya berlawanan denagn sangkaannya. Ayahnya masih mengambil berat.

"Jangan risau. Dia dah restukan hubungan kita berdua" Tengku Hay melemparkan senyuman tipis.

"Terima kasih Hayl" balas Yara.

Itulah yang mereka harapkan setahun yang lalu sewaktu bernikah. Restu daripada seorang ayah. Hatinya berasa sedikit sebak apabila mengingat peristiwa tersebut.

Dia dan Tengku Hayl bersungguh-sungguh memujuk Dato' Ismail supaya membenarkan mereka berkahwin. Dan hujungnya dirinya dibuang dari ayahnya kerana cintanya kepada Tengku Hayl.

"Jangan sedih ya Yara. Ada masa, saya akan bawa awak jumpa dengan Dato' Ismail"

Tangan Yara dipegang lembut oleh Tengku Hayl. Dia mahu memberi semangat kepada Yara. Pasti sukar buat Yara saat diabaikan oleh ayah kandungnya sendiri.

Yara hanya tersenyum hambar. Jika ianya mudah, sudah pasti dia mahu bertemu dan meminta maaf kepada ayahnya itu. Tetapi masa mereka saat itu menyukarkan hal itu.

🌻

Wilia masuk ke dalam restoran yang mewah itu. Secara tiba-tiba Tengku Helena mahu berjumpa dengan dirinya. Sudahlah majlis pernikahannya ditunda seminggu yang lalu.

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now