BAB 25 🌻

5.7K 258 8
                                    

Sebuah perasaan yang aneh muncul di hati Yara. Dia tersentuh dengan cara layanan Tengku Hayl kepada Firdaus. Pulang daripada kerja, Tengku Hayl akan mengambil Firdaus untuk dimandikan dan kemudian bermain dengan si kecil itu.

Firdaus juga terlihat selesa apabila bersama Tengku Hayl. Firdaus akan segera bergerak ke arah Tengku Hayl apabila melihatnya. Langkah Firdaus juga sudah semakin stabil.

Makin besar, makin terselah paras rupa Firdaus yang seakan iras dengan Tengku Hayl. Hanya lesung pipit sahaja yang sama dengan Yara.

"Yara. Yara" panggil Tengku Hayl apabila melihat Yara termenung.

"Ya Hayl" jawabnya apabila tersedar.

"Are you okay?"

"Okay je. Kenapa?"

"Saya nampak awak macam tengah berfikir. Say ada something nak beri ni" ucap Tengku Hayl dan bergerak mengambilnya.

Yara hanya menanti di ruang tamu itu. Firdaus juga tidak lepas memegang tangannya.

"Nah. Untuk awak"

Sebuah kotak dihulurkan kepada Yara. Yara memandang pelik ke arah kotak itu.

"Buka la"

Yara membuka dengan tertib bungkusan kotak itu. Dia terkejut apabila Tengku Hayl memberinya telefon bimbit dan seutas rantai.

"Apa ni Hayl. Saya tak nak" tolaknya kerana berasa kurang selesa.

"Aip. Saya dah cakap kan semalam. Terima apa yang saya beri. Handphone tu untuk mudahkan awak untuk call saya kalau ada emergency. Awak nak call Puan Laila pun saya tak kisah. Untuk rantai tu pula, hadiah untuk awak sebab dah jagakan Firdaus" jelas Tengku Hayl.

"Tapi..."

Yara merenung lama ke arah rantai itu. Terdapat satu rama-rama di tengah-tengah rantai itu.

"Mari saya pakaikan"

Rantai itu diambil oleh Tengku Hayl dan memakaikan di leher Yara. Yara hanya membiarkan sahaja kerana berasa gugup.

"Tapi kenapa rama-rama Hayl?" Soal Yara. Pelik. Selalunya rantai akan berbentuk hati.

"Just like your name. Yara. Si kupu-kupu kecil" ucapnya dan tersenyum.

Yara terkesima buat seketika. Dia tidak pernah terdetik yang Tengku Hayl akan mengetahui makna di sebalik namanya itu.

"Ara.." ucap Firdaus pula.

Tengku Hayl dan Yara hanya tersenyum melihat Firdaus yang mengulang-ngulang perkataan Ara. Ceria.

"Terima kasih Hayl" tutur Yara dan merenung rama-rama itu.

"Everything for my butterfly"

Tengku Hayl mengucup lembut pipi kanan Yara. Yara terkedu saat itu. Dia tidak menyangka Tengku Hayl akan mengucupnya. Satu perasaan senang muncul di dalam dirinya.

🌻

Tengku Helena memandang tajam ke arah gambar yang baru diberi oleh anak buahnya itu. Geram hatinya ketika itu.

"Jadi, Amir tipu aku la ya" bentaknya dengan kasar.

"Ni gambar dekat mana?"

"Dekat hospital, bos" jawab anak buahnya.

"Jadi selama ni, Hayl dah sorokkan perempuan ni dekat sini rupanya. Patut la susah sangat kau orang nak jumpa" bebelnya sambil melihat Yara yang duduk di sebuah kerusi di hospital.

"Bos nak kami culik dia ke?"

"Tunggu dulu. Sekarang ni mesti Hayl dah kawal kawasan rumah tu. Berani ya Amir menipu aku"

TERATAK YARA FIRDAUS [ C ]Where stories live. Discover now