1

188 21 35
                                    

This book contains,

Language. Violence. Rape. Suicide.

Below 18 please stay away from this book. Thank you.

---

"Aku tahu tiket tu mahal. Nanti aku bayar balik. Sekarang jangan mengamuk lagi boleh? Bingitlah." Telinganya sengaja ditepuk-tepuk seolah ingin memprotes kalau suara rakannya itu terlalu bising.

"Sekarang ni bukan tentang duit, Hendera. Tapi tentang janji. Kita dah janji nak pergi konsert tu sekali, tapi kenapa kau bagi tiket tu dekat Qal macam tu je?" Jelas terdengar nada kecewa dan kesal di dalam suaranya. Minho enggan membazirkan air liur bertekak dengan manusia yang tak tahu erti bersyukur.

Dia lekas beredar meninggalkan studio apartment Hendera selepas dirempuh rasa kecewa yang terlalu besar.

"Kecoh. Tiket je pun." Kutuk Hendera.

Minho membakar rokoknya selepas menapak keluar meninggalkan kediaman gadis itu. Seharusnya malam ini dia dan Hendera patut ke konsert Kim Sky. Iaitu penyanyi nombor satu dia New York. Namun semuanya terbatal ketika Hendera kantoi memberi tiket yang Minho belikan untuknya pada orang lain.

Hm bukan orang lain sebenarnya. Qal itu bekas teman lelakinya. Dan Minho tahu, Hendera masih sayangkan lelaki keparat itu. Namun yang membuat Minho hairan, Hendera tak pernah ingin terima ajakan Qal setiap kali lelaki itu mahu bersatu kembali.

Hendera sering beri alasan, 'Cinta dari jauh lebih manis.'

Terdengar bodoh menurut Minho.

"Uhuk uhuk!" Asap rokok membuat seorang gadis yang berdiri di sebelah Minho terbatuk. Sepantas kilat lelaki itu membuang puntung rokoknya.

"Maaf."

"Oh? Eh tak tak! Saya bukan batuk sebab asap rokok awak. Saya memang tengah demam tapi dah nak baik." Ramah gadis itu menerangkan alasan sebenar dia batuk. Minho menyesal telah membuang rokoknya yang masih bersisa setengah.

"Kalau demam, kenapa keluar? Cuaca pun tengah sejuk ni." Alih-alih menjawab, gadis itu hanya terkekeh. Dia kemudian mengeluarkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"Saya nak pergi konsert ni. Go MANIAC with Kim Sky." Mata Minho membulat. Sebuah senyuman lebar diukir olehnya.

"Pergi seorang ke?" Gadis itu mengangguk.

"Nak pergi sekali?" Tiket yang sama diperlihatkan oleh Minho. Sama seperti lelaki itu tadi, mata sang gadis membulat terkejut. Dengan teruja dia mengangguk setuju.

Mereka berdua berjalan menuju ke stadium yang beberapa kilometer saja dari tempat mereka sekarang. Sepanjang perjalanan, Minho dan gadis itu berbual tentang betapa minatnya mereka pada Kim Sky. Juga tentang bagaimana mereka boleh kenal dengan Kim Sky. Tidak lupa juga soalan sudah berapa lama mereka minat dengan Kim Sky.

Walaupun mereka tidak pernah berjumpa langsung. Namun dikeranakan meminati idola yang sama. Minho dan gadis itu berbual seolah mereka berdua sudah lama berteman.

"Tiket?" Pengawal yang menjaga meminta tiket mereka berdua. "Okey masuk."

Di dalam stadium, Minho dan gadis itu tidak dapat duduk bersama. Ini kerana tiket Minho adalah CAT 1 dan gadis itu CAT 2. Jadi mereka terpaksa berpisah. Namun Minho teringat akan tiket Hendera yang kini berada pada Qal. Membayangkan wajah Qal yang sangat menjengkelkan membuat Minho jijik untuk duduk disebelahnya. Lantas dia menahan gadis tadi sebelum bergerak ke CAT 2.

"Kenapa?"

"Saya rasa awak boleh duduk dekat sebelah saya. Sebab kawan saya tak jadi datang. Marilah." Belum sempat gadis itu menjawab, tubuhnya sudah diheret oleh Minho hingga tiba di CAT 1.

"Tak apa ke? Kalau pengawal datang periksa tiket semula macam mana?"

"Tak mungkin. Kan dah periksa sebelum masuk tadi? Duduk je." Minho menyakinkan gadis itu.

10 minit sebelum konsert bermula, sesuatu tak terduga terjadi. Qal datang untuk menonton. Minho yang sedar akan kehadiran lelaki bangsat itu lekas memberinya tatapan tajam. Setajam mata helang yang sedang kelaparan.

Tidak sampai sesaat, Qal beredar. Penyebab dia beredar hanya tuhan saja yang tahu.

Konsert berlangsung selama satu jam 50 minit. Penyanyi Kim Sky mengakhiri konsertnya dengan taburan ribuan origami yang dilipat menjadi pelbagai bentuk. Peminat berusaha menangkap, namun tidak semua berjaya mendapatkannya. Terlebih lagi peminat yang berada di bangku CAT 1.

"Seronoknya yang dapat." Tutur si gadis sambil memerhatikan peminat yang berjaya mendapatkan lipatan origami tadi.

"Beli kertas buat sendiri jelah." Tutur Minho dalam maksud ingin berjenaka. Gadis itu tertawa mendengarkan lawak ringkas Minho.

Dalam perjalanan mereka menghala ke luar dari stadium. Minho sedar kalau dia dan gadis itu masih belum berkenalan. Mereka masih tidak tahu nama satu sama lain. Hanya hal tentang Kim Sky saja yang dibahas oleh mereka sepanjang kali pertama bertemu tadi.

"Okey saya balik dulu. Jumpa lagi!" Si gadis melambaikan tangan bersedia untuk pergi. Namun Minho menahan.

"Nah." Origami yang sama seperti di dalam studio tadi dihulur pada si gadis. Reaksi gadis itu membuat Minho tidak dapat menyembunyikan senyuman lebarnya.

"Awak bagi saya? Tapi inikan kenangan?"

"Betul. Tapi kenangan tak semestinya pada sesuatu barang. Memori pun boleh dijadikan sebagai kenangan kan?" Entah reflek atau apa. Gadis itu memeluk erat tubuh Minho dalam sekitar tiga saat. Origami tadi disimpan ke dalam begnya.

"Terima kasih! And again, jumpa lagi.."

"Jumpa lagi? Awak suka saya ke sampai nak jumpa lagi?" Gadis itu terkedu. "Saya gurau sajalah."

"Awak memang suka melawak macam tu ke? Jantung saya memang bukan dicipta khas untuk lawak awak." Minho dan si gadis terkekeh bersama.

"Kan awak kata, jumpa lagi? Macam mana nak jumpa lagi kalau nama satu sama lain pun kita tak tahu?"

Gadis itu sekali lagi terkekeh mendengar tutur bicara Minho. Bijak juga lelaki itu dalam bermain dengan ayat, fikir si gadis. "Nama saya, Irelyn. Irelyn Blaire. Awak?"

"Minho. Minho Caxander Gil."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
220617

- Thanks for coming. Enjoy your reads -
Hope you having a great and sweet day <3

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now