14

73 22 38
                                    

Meriahkan sikit bahagian comment tu guys <3

Dan kongsi sikit watak siapa yang korang paling suka dalam book ni dekat akhir chapter nanti.

<333

---

"Fuck! No! No! No!" Begitu kuat teriakan Sky dari dalam ruangannya.

"Oi?! Kau kenapa?"

"Cap jari tu hilang! Cap jari dekat bahagian mulut mangsa tu dah tak ada!" Lampu ultraviolet disuluh pada wajah Hendera. Tiada satu habuk pun yang terkesan pada wajah mayat tersebut. Sky membanting lampu ultraviolet itu ke lantai hingga kacanya pecah berderai. Dia benar-benar sedang marah.

"Kenapa kau tak ambil cap jari tu semalam?" Soal Chan.

"Jangan nak persoalkan benda tu. Sekarang ni siapa yang bodoh sangat pergi pegang mayat ni?! Cap jari hilang, bukan baru kali ni jadi ye, Arthur. Sebelum ni pernah jadi juga! Semua sebab Vaxienne bodoh tu!" Sengaja suara dilantangkan agar bergema hingga ke ruang sebelah.

"Berhenti salahkan dia. Mungkin..." Chan tiada alasan.

"Mungkin apa? Kau sendiri tak mampu nak lindung dia dah. Dari hari pertama kau bawa dia masuk, tak pernah sekali dia tu tak buat masalah. Ni sekarang ni apa kita nak buat? Fucking stupid." Kesal dengan apa yang terjadi, Sky lekas meninggalkan ruangan autopsy.

Chan segera ke ruangan Vax. "Vax, awak ada pegang mayat Hendera ke?" Santai Vax mengangguk.

"Saya tolong lap muka dia. Kenapa, Leftenen?" Nafas berat dihela. Chan kemudian meninggalkan ruangan Vax dan kembali ke ruang autopsy tadi.

"Eh?" Suara Chan mengejutkan manusia yang tiba-tiba muncul entah. Terlihat diri si dia sedang membersihkan serpihan kaca lampu ultraviolet yang dipecahkan oleh Sky sebentar tadi. Selesai memasukkan serpihan kaca ke dalam tong sampah, penyapu disendengkan pada dinding. "Minho, bila sampai? Siapa bawa kau masuk sini?"

"Irelyn. Semalam dia tidur rumah aku, dan kebetulan dia beritahu nak datang sini. Jadi aku minta izin nak ikut."

"Oh... Tapi kenapa? Kenapa kau tak duduk je rumah?" Soal Chan lagi.

"Sebab Hendera kan kawan aku? Dan sebenarnya, aku nak tolong juga boleh? Aku nak cari sebab kenapa Hendera bunuh diri. Aku nak tahu apa alasan dia, sampai sanggup ambil nyawa sendiri. Padahal, Irelyn beritahu yang Hendera gembira dengan kandungan dia. Jadi kenapa dia tiba-tiba pilih untuk bunuh diri?" Getaran suara Minho membuat Chan kasihan pada lelaki malang itu.

"Aku tak boleh buat macam tu, Minho. Kau tak ada kelayakan apa-apa untuk kerjasama dengan kami." Tutur Chan.

"Tapi Hendera kawan aku, Chan. Alasan tu tak cukup kuat ke untuk kau?" Bahu Minho dipegang kuat. Perlahan Chan menggeleng.

"Tak cukup kuat, Minho. Dan sebenarnya, ada sesuatu yang kau belum tahu."

"A-Apa?"

"Kes Hendera bukanlah kes bunuh diri. Tapi pembunuhan mengejut." Saat itu, tatapan Minho membuat Chan risau. Lelaki itu seperti patung yang tidak bernyawa, mungkin kerana terlalu terkejut. Belum sempat Chan bertanya apa-apa, Minho sudah rebah ke lantai.

---

"Au." Kepala terasa sangat berat. Minho akhirnya sedar dari pengsan yang berlaku kira-kira 30 minit lalu. Dia melihat sekeliling untuk memastikan dimanakah dirinya sedang berada. Adakah dia masih hidup? Atau dia sudah berada di alam barzakh? Dia masih belum tahu dan pasti.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now