19

78 19 64
                                    

Sebenarnya nak update pagi tadi, but chapter ni macam suspense sikit. So kita update malam lah <3

---

"Tapi saya dah buat perjanjian dengan Chan. Dia setuju untuk berhentikan saya lepas kes Hendera ni selesai. Lagi pula, kenapa awak nak kan saya, Hazel? Ramai lagi profiler yang lebih hebat dekat luar sana."

"Saya minta tolong awak bukan sebab awak hebat Irelyn. Tapi awak dah berhutang budi dengan Chan. Berhutang nyawa, Irelyn! Jadi apa salahnya kalau awak tolong saya pula? Kerjalah dengan Chan sampai saya melahirkan, dan lepas tu saya akan bagi awak kerja lain. Saya tak jahat Irelyn. Lepas awak berhenti jadi profiler nanti, saya tak akan buat awak menganggur macam dulu."

Kata-kata Hazel terdengar begitu menyakinkan. Namun Irelyn dapat membaca kalau ada yang tidak kena.

"Kerja apa, Hazel?"

"Jaga anak saya. Awak jadi babysitter." Maruah terasa dipijak-pijak. Sebegitu kerdil kah dirinya di mata orang kaya seperti Hazel ini.

"Hazel, saya tak rasa awak layak masuk campur atau tentukan hidup Irelyn."

"Awak yang sebenarnya tak layak masuk campur hal kami, Minho. Kalau bukan sebab suami saya, kamu berdua belum tentu dapat hidup sekarang ni. Awak pun ada berhutang nyawa dengan Chan kan? Jangan ingat saya tak tahu, Minho. Kalau awak nak tahu, sebelum Irelyn dilantik jadi profiler oleh Chan, dia pernah diselamatkan oleh Chan sebab hampir lemas terjatuh dalam tasik." Isteri kepada Tuan Arthur bermonolog dengan penuh amarah.

"Tapi Hazel, Chan kan polis? Leftenan? Bukan ke tugas dia untuk selamatkan orang? Apa maksud awak yang kami berhutang budi, berhutang nyawa?"

"Saya tak kisah. Saya nak, Irelyn tetap jadi profiler untuk kumpulan Chan sampailah saya habis pantang."

"Tak boleh, Hazel! Saya hormat awak sebagai isteri kepada Chan. Tapi sebagai sesama manusia, saya tak akan sesekali beri awak peluang untuk pijak-pijak harga diri saya. Kalau awak fikir saya akan takut dengan awak hanya sebab awak orang kaya, awak salah Hazel. Kita manusia. Sama-sama makan nasi. Tak ada sebab untuk saya takut dengan awak." Tergamam dibuatnya apabila Irelyn membela diri sendiri.

"Awakㅡ"

"Sebelum saya hilang hormat pada awak, lebih baik awak keluar dari rumah saya."

Nafas kesal dihembus. Hazel merentap beg tangannya dari atas meja.

"Ingat Irelyn, Chan akan buat apa saja supaya saya bahagia."

"Dan saya akan buat apa saja untuk jaga maruah saya. Sekalipun perlu ada pertumpahan darah, saya sanggup Hazel."

Wanita itu beredar segera selepas benar-benar kesal. Mereka berdua tidak menyangka perangai sebenar Hazel akan sebegini teruk. Ternyata Irelyn salah menilai perempuan itu sebelum ini. Dia sangka Hazel adalah wanita yang sopan dan baik, tapi ternyata wanita itu adalah sebaliknya.

"Awak okay?" Soal Minho khawatir.

"Lepas apa yang jadi, awak rasa saya okay ke Minho?" Terpapar jelas kekesalan Irelyn dengan apa yang baru saja berlaku.

"Maaf." Tulang belakang gadis itu diusap. "Dah masuk waktu makan tengahari. Mari masak?"

Apron yang ada di dapur lekas mereka sarungkan. Menu yang dipilih adalah stik dan pasta carbonara, kebetulan semalam Minho ada membeli bahan-bahan tersebut. Minho memotong bawang beberapa sayuran lainnya, sedangkan Irelyn terlihat sedang sibuk merebus pasta berjenis penne.

© KIND IS A CURSEजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें