4

113 17 35
                                    

Book ni slow tau. Bukan slow update, but cerita dia slow.

<3

---

"Kenapa tak nak ikut?"

"Qal ajak aku jumpa." Mendengar nama Qal membuat darah Minho mendidih. 25 tahun berteman dengan Hendera, Minho masih tak dapat faham apa yang ada dalam kepala otak gadis itu. Sudah dipukul dah dibelasah pun, masih lagi tak serik. "Kau pergi lah seorang. Ataupun kau cancel je."

"Cancel? Restoran tu mana boleh cancel last minute. Lagipun aku dah rancang nak bagi kau rasa milkshake coklat dekat situ. Tapi tak apalah. Kau pergilah jumpa Qal kau tu. Aku boleh pergi seorang." Walaupun nadanya tidak begitu menyakinkan, Minho tetap akan pergi. Dia tak mahu duitnya melayang begitu saja.

"Ha kau pergilah seorang. Kau pun bukan tak biasa seorang kan?" Seperti tiada hati dan perasaan langsung Hendera menjawab. Minho tidak menjawab dan memilih untuk beredar terus dari kediaman rakannya itu.

Di hadapan pintu restoran, Minho melihat figura seorang gadis yang sungguh dia kenal. Senyuman terukir lebar sebelum kakinya berlari kecil menuju ke arah si gadis. "Irelyn!"

"Minho!" Seperti biasa, Irelyn memberi pelukan hangat pada jejaka kacak itu.

"Makan tengahari dekat sini ke?" Tanya Minho dengan harapan kalau Irelyn akan mengangguk. Mungkin gadis ini akan jadi penemannya pada hari ini.

"Rancangnya macam tu, tapi mereka tak ada meja kosong. Kebanyakannya dah kena book." Tanpa mengeluarkan apa-apa bunyi, tangan Irelyn diraih lalu gadis itu diheret semula masuk ke dalam restoran. Minho terus ke kaunter lalu menunjukkan layar telefonnya pada sang penjaga kaunter.

"Table for two. Please follow me, Sir." Mereka berdua diiring naik ke tingkat dua lalu dibawa ke meja bernombor 14.

"Awak memang tempah dua meja untuk awak seorang ke, Minho?" Aneh sungguh perangai Minho menurut Irelyn. Sembari melabuhkan punggung, Minho tertawa mendengar soalan yang dilemparkan.

"Saya tak pelik tahap macam tu lagi ye. Tak ada maknanya saya tempah dua meja untuk saya seorang. Sepatutnya Hendera makan tengahari dengan saya, tapi dia kata Qal nak jumpa dia. Jadi apa boleh buat? Nak halang pun tak guna. Tak makan saman dia tu."

"Qal tu teruk sangat ke? Awak macam benci betul dengan dia." Minho berdesis.

"Bukan benci. Kurang gemar. Qal pernah tengking Hendera sebab tak bawa duit masa mereka keluar makan. Baru-baru ni pula, dia pukul Hendera sebab lambat bayar hutang." Mata Irelyn membuntang.

"Dia buat macam tu masa dia dengan Hendera masih bersama ke?" Minho menggeleng.

"Masa masih bersama dan setelah putus. Dia tak boleh nak jauh dari Hendera, dan macam tu juga dengan Hendera. Sebab itulah saya cakap, saya tak faham apa yang ada dalam kepala otak Hendera. Dia minta saya lindungi dia dari Qal, tapi dia sendiri yang masuk dalam jurang hitam. Pelik kan?" Kini dia faham mengapa Minho sedikit kesal jika berbual tentang Qal. Tambahan pula Hendera adalah rakannya. Rakan baik. Aneh jika dia tak merasa kesal apabila rakan sendiri disakiti.

Mereka berdua memesan makanan dan lekas menyantap setelah pesanan tiba. Minho dan Irelyn berbual tentang keseharian mereka. Mula dari bangun tidur hingga saat kini. Sedang rancak mereka berbual, Minho tiba-tiba menghulur sehelai tisu pada Irelyn. "Comot."

"Oh? Terima kasih..." Irelyn mengelap bucu bibirnya yang ditunjuk oleh Minho.

"Eh bukan kanan. Kiri...." Tisu yang ada pada tangan Irelyn lekas diambil dan dengan lembut, Minho membantu mengelap bucu bibir gadis itu.

"Thank you again, Minho."

"Takㅡ"

"Kau kata, kau makan seorang?" Seperti hantu, Hendera tiba-tiba muncul di hadapan meja Minho dan Irelyn. Hampir tersedak mereka berdua dibuatnya kerana terkejut.

"K-Kami terserempak dekat luar restoran tadi. Hendera saya tak tahu pula awak datang. Kalau saya tahuㅡ"

"Hendera memang tak nak datang pun. Dia sendiri yang cakap. Jadi kenapa kau tiba-tiba datang sini? Qal mana...?" Minho melilau mencari kelibat bekas teman lelaki rakannya itu. Hendera kemudian berdecit lalu berlari keluar meninggalkan Minho dan Irelyn terpinga-pinga.

"Hendera! Irelyn, awak tunggu tau."

Minho berlari mengejar Hendera. Tepat diluar restoran, gadis itu berhenti selepas tangannya dipegang kuat oleh Minho. Tatapan kesal dilemparkan pada lelaki itu sambil mulutnya tidak berhenti terkumat-kamit. Entah apa agaknya yang sedang dia makikan.

"Kau datang sini sebab nak makan ke? Kita boleh je minta meja satu lagi. Jadi kenapa kena lari?" Kuat Hendera merentap tangannya.

"Berdua. Bukan bertiga. Aku tak nak makan dengan perempuan tu." Kening Minho bertaut tanda keliru.

"Irelyn? Kenapa dengan dia?"

"Serabut."

"Serabut? Yang serabut sekarang ni, kau. Tiba-tiba datang sergah orang lepas tu suka hati pergi macam tu. Irelyn tak tahu pun yang aku nak makan dekat sini. Kebetulan masa dia datang tadi, meja tak ada. Sebab itu aku ajak dia makan sekali. Sebab kau sendiri yang tak nak datang. Jadi jangan buat situasi ni macam orang lain yang salah." Kesal dengan perangai Hendera membuat Minho enggan memanjangkan lagi bualan.

Di atas, Irelyn dapat merasakan hawa tidak enak. Dia tahu pasti ada sesuatu yang terjadi antara Minho dan Hendera. Perlahan-lahan tangan Minho ditepuk selepas lelaki itu termenung hampir setengah saat. "Okey tak?"

"Okey. Tentang Hendera tadi...."

"Tak ada apalah. Hal kecil. Mungkin dia ingat awak makan seorang, sebab tu dia datang nak temankan. Tiba-tiba nampak pula saya dekat sini, itu yang dia pelik tu. Dah-dah, nanti balik awak pujuk dia."

---

Di kediaman Hendera, Minho sudah berdiri hampir satu jam di luar pintu bilik gadis itu. Dia ingin memujuk dan juga meminta maaf dengan membawa makanan yang dibungkus dari restoran tadi. Namun Hendera tidak kunjung keluar walaupun sudah dipanggil beberapa kali.

Satu panggilan Minho pun tak disahut olehnya. "Hendera..."

klik

"Apa kau nak?" Tanya Hendera kesal. "Pergilah dekat perempuan tu. Kau dah selesa sangat kan dengan dia?"

"Irelyn tak sepatutnya disebut-sebut pun dalam masalah ni. Apa yang kau benci sangat dengan dia sebenarnya? Kan aku dah bagitahu apa yang jadi. Dia tak tahu pun aku nak makan dekat situ." Hendera berdesis.

"Iyelah tu tak tahu." Gumam Hendera perlahan.

Minho menghela berat nafasnya. "Ambil ni makan. Lain kali kalau aku ajak keluar makan, ikut. Jangan sibuk nak jumpa Qal kau tu. Lagipun aku hairan kenapa kau marah? Kalau kau boleh jumpa Qal, kenapa aku tak boleh jumpa Irelyn?"

Setelah membuat lidah Hendera kelu, Minho keluar dari rumah Hendera dan terus pulang ke rumahnya.

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
220921

- So book ni macam slow sikit -
storyline dia. But trust me it will get better and better <3

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now