25

77 14 24
                                    

This chapter is too long.

Tolong jangan serik ye
ㅠㅠㅠ

---

"Dah sedia ke Hazel?"

"Belum Irelyn. Saya tak rasa saya mampu ikut ke sana."

"Tapi saya yakin, Chan nak sangat jumpa awak. Awak dah janji nak beritahu dia jantina anak kalian berdua kan?"

Lima bulan telah berlalu. Berbagai macam hal yang berlaku sepanjang Chan di penjara. Tidak ada yang buruk, malah dirinya dilayan cukup baik. Setiap minggu sepanjang lima bulan, Hazel akan datang melawat pada hari isnin dan rabu. Setiap hari melawat tiba, tak pernah sekali pun Hazel tidak kesana.

Namun hari ini, iaitu hari melawat, Hazel berat hati untuk menjenguk suaminya.

Kerana hari ini adalah hari melawat yang terakhir.

Kerana besok adalah hari hukuman Chan akan dijalankan.

"Kalau awak sampaikan kata-kata saya pada Chan, boleh? Tolong saya Irelyn. Tolong faham keadaan hati saya. Dengan keadaan saya yang tengah sarat sekarang, saya tak rasa saya mampu untuk jumpa dengan Chan buat kali terakhir. Biarlah pertemuan minggu lepas, jadi pertemuan terakhir kami."

"Tapi Hazelㅡ"

"Tolong saya, Irelyn. Setidaknya saya tak tahu keadaan diri dia menanti hari esok. Saya tak mampu tengok dia ketakutan. Saya takut, saya akan salahkan diri saya sekali lagi. Tolong saya, Irelyn. Sampaikan kata-kata terakhir saya pada dia. Saya merayu pada awak, Irelyn." Air muka wanita itu kelihatan benar-benar berharap kalau Irelyn akan faham dengan keadaannya.

"Baiklah. Tulislah nota yang awak nak saya sampaikan pada Chan."

Pen dan kertas dibawa keluar dari dalam laci. Sedang Hazel menulis nota kecil buat suaminya, Irelyn membawa diri ke ruang tamu untuk melihat apa yang sedang Minho lakukan. Sejak tadi lelaki itu senyap seperti keberadaannya tidak wujud.

"Minho? Awak okay tak? Senyap je."

"Okay." Datar sungguh nadanya. Irelyn sedar ada sesuatu yang tidak kena.

"Awak tahu yang profiler tak mudah ditipu kan?" Maka keluhan berat tercipta dari mulut lelaki itu.

"Saya mimpi Hendera." Perkara tersebut membuat Irelyn bingkas melabuhkan punggung.

"Mimpi indah atau buruk, Minho?"

"Dua-dua. Hendera datang dalam keadaan yang baik. Berbaju putih, bersih, tapi tak ada senyuman yang terukir. Riak wajah dia seolah-olah tengah risaukan sesuatu. Saya tak pasti apa, tapi saya dapat rasa ada sesuatu yang dia cuba untuk sampaikan."

"Selama Hendera hidup dan selama awak berkawan dengan dia, pernah tak dia beritahu awak tentang impian dia? Atau apa-apa yang berkaitan dengan hal yang dia suka, tapi belum sempat dia kecapi." Lama Minho bertenung, mencari semua memori yang berkaitan dengan hal tersebut.

Satu memori dua tahun lepas ditemui. "Ada. Dia pernah cakap yang dia nak sayaㅡ"

"Irelyn. Ini notanya." Sampul surat berwarna hijau muda dihulurkan pada Irelyn. Apabila sampul itu sudah bertukar tangan, Hazel lekas menyeka air mata yang tiba-tiba jatuh mengalir. "Maaf."

"Betul ke awak tak mahu ikut, Hazel?" Apakah wanita itu yakin dengan keputusannya?

"Betul Irelyn. Lima bulan terakhir ni, saya dan Chan dah luahkan segala isi hati kami. Lagi pula, dengan keadaan saya yang tengah sarat macam ni, saya takut emosi saya akan ganggu kesihatan baby. Tolong saya ye, Irelyn? Sampaikan nota terakhir tu pada suami saya."

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now