3

132 21 53
                                    

This book gonna flop.

</3

---

ting tong

Loceng berbunyi. Irelyn berlari membuka pintu apartmentnya. Terpampang wajah Minho sedang berdiri tegak sambil memegang sebuah beg kertas yang kemungkinan besar berisi hadiah untuk Irelyn. Sebagai salam mesra, Irelyn memberi pelukan hangat pada lelaki itu.

"Awak datang! Ingat tak sudi." Tutur Irelyn sebaik saja pelukan dileraikan.

"Kalau tak sudi, saya tak minta alamat awak." Balas Minho. "Oh! Saya bawa kawan saya."

"Siapa?" Tiada manusia lain selain Minho di hadapan pintu rumah Irelyn. Beberapa saat kemudian, seorang gadis berambut pendek muncul di sebelah Minho. Irelyn dengan semangat lekas melambaikan tangan. "Hai!"

"H-Hai..." Kekok Hendera menjawab.

"Inilah Hendera, kawan yang saya ceritakan tu."

"Hai Hendera. Minho risau betul tentang awak semalam, sampai tak sengaja langgar saya sebab sibuk kejar awak. Tapi bila saya tanya dia, awak tu teman wanita dia ke? Dia jawab tak. But guess what? Sampai sekarang saya masih tak percaya." Dekah Minho mendengar bebelan Irelyn. Sedangkan Hendera? Dia hanya diam membatu.

"Rapat tak bermakna secocok." Bisik Minho.

"Marilah masuk. Sejuk luar ni." Selepas mereka berdua masuk ke dalam, Irelyn lekas menutup pintu. Suasana parti hari lahir Irelyn terasa begitu cozy dan santai. Namun tidak sedikit pun kelihatan bosan.

"Blaire! Who's this? Your new friends?" Seorang lelaki bertubuh lampai datang menyapa. Dengan ramah dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Minho dan Hendera. Salamannya disambut dengan sangat ramah oleh Minho. Tapi tidak dengan Hendera.

Gadis itu memilih untuk tidak menyambut salaman tersebut dan pergi ke meja makan.

"A...." Minho terkedu atas perangai Hendera yang baginya agak melampau.

"M-Minho! Kenalkan ini Hyunjin. Adik angkat saya sejak kami berdua tinggal dekat rumah anak yatim lagi. Dan Hyunjin, ini Minho. Minho Caxander Gil. Lelaki yang temankan aku ke konsert Kim Sky minggu lepas. Ingat tak?"

"Oh ingat. Eum sedap nama. Aku Hyunjin Zavier Hwang. Tapi panggil Hyunjin sajalah, sebab dekat New York ni dah berlambak lelaki nama Zavier. Kalau aku guna nama Zavier juga, nanti diri aku tak spesial lah jadinya." Kerana sudah sering mendengarkan hal itu, Irelyn hanya mampu menepuk wajah kerana keseganan.

"Ah tentang Hendera tadi. Maaflah. Dia memang kurang peramah."

"Tak apa, mungkin dia malu. Hyunjin pun satu, kalau boleh semua tetamu dia nak salam. Ini bukan hari raya, Hyunjin. Mark in your mind, tak semua perempuan selesa dengan lelaki yang peramah. Dah pergi main jauh-jauh."

"I apologise. Lepas ni aku duduk diam-diam sajalah sambil habiskan doritos aku. Ye?" Sebaik saja Hyunjin beredar, tumpuan Irelyn kini sepenuhnya tertumpu pada Minho.

"Awak..... Tak nak buka jaket ke? Dalam rumah ni dah ada pemanas, Minho." Patutlah sejak tadi Minho rasa bahang semacam. Ternyata tubuhnya masih dibaluti jaket tebal berjenis parka. Namun sebelum jaket ditanggalkan, Minho hulur dahulu beg yang dia bawa sejak tadi pada Irelyn.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now