7

101 17 23
                                    

Okay yeon nak buat target. 20 views, baru yeon pub chapter baru.

Okay?

HEHEHEHE

---

Back story for chapter 6.

"Kau dari mana basah-basah macam ni?" Sembari memberi tuala pada Hendera, Minho bertanya.

"Dari rumah Qal. Jantan sial tu tidur dengan betina lain. Bila aku cuba nak pukul perempuan tu, Qal simbah air dekat aku." Sebagai rakan yang sudah berbuih mulut menasihati. Minho enggan berucap. Dia memberi ruang pada Hendera untuk membersihkan dahulu dirinya yang sudah lencun.

"Aku baru ingat nak pergi rumah kau. Tapi bagus juga kau datang sini, boleh aku masakkan makan malam untuk kita. Nanti dah keringkan badan, kau pakai baju yang ada dalam almari tu."

Minho jalan ke dapur untuk memasak. Dia bercadang untuk memasak sesuatu yang Irelyn suka, kerana sebentar lagi dia ingin ke rumah gadis itu. Selama ini dia hanya memasak untuk Hendera, namun jarang sekali gadis itu memberi reaksi atau apa-apa tanggapan yang memuaskan. Jadi kali ini Minho akan menukar target nya.

"Irelyn suka samgyetang."

Samgyetang. Atau bahasa lainnya, sup ayam ginseng. Minho mengeluarkan ayam yang sudah dia defrost beberapa jam yang lalu. Seekor ayam bersaiz kecil mula dicuci sebelum dimasak. Pelbagai jenis rempah dan bahan masakan sudah disediakan di atas meja. Sambil membayang wajah Irelyn, Minho tidak berhenti tersenyum seperti kambing sepanjang memasak.

Sejujurnya, dia mempunyai perasan lain pada Irelyn. Dia tidak hanya menganggap gadis itu sekadar teman. Namun dia juga tak berani untuk menganggup Irelyn lebih dari seorang teman. Alasannya sama seperti orang lain. Dia takut pertemanannya rosak.

Lagi pula menurut Minho, Irelyn tidak sama seperti Hendera. Minho tidak maksudkan dari segi fizikal atau perwatakan. Tapi dari segi mereka melayan seorang teman. Seperti yang Minho dan Hendera gaduhkan semalam, Hendera tak pernah sekali berlembut ketika berbicara dengan Minho.

Hendera terlalu kasar dan garang. Bagi Minho, kedua hal itu memang tampak biasa namun, kadang kala gadis itu melebihi batasnya. Pada hari Qal memutuskan hubungan dengan Hendera, gadis itu lepaskan marahnya pada Minho dengan memukul lelaki itu.

Minho yang hanya ingin menjadi seorang teman baik terpaksa menahan rasa sakit ketika dipukul. Kerana saat itu, Minho tidak memikirkan hal lain kecuali kesedihan yang sedang Hendera lalui. Dia cuba sebaik mungkin untuk memahami perasaan Hendera yang saat itu memang hancur.

Beberapa bulan selepas itu, Minho membelikan tiket konsert Kim Sky untuk dirinya dan Hendera. Namun, selepas Hendera kantoi memberi tiketnya pada Qal, tiada apa yang boleh menghilangkan rasa kecewa di dalam diri Minho. Untuk pertama kalinya dia benar-benar terasa hati dengan gadis itu.

Tapi hingga saat ini, tidak pernah sekali dia luahkan isi hatinya. Kerana dia ingin menjadi kawan yang baik.

"Minho."

"Ye?" Minho menoleh. "Eh! Hendera kenapa kau pakai tuala je?" Minho mengalihkan pandangannya sepantas mungkin. 25 tahun berkawan bukan bermakna Minho selesa untuk melihat tubuh separuh bogel gadis itu. Pisau pada tangan hampir saja terlepas kerana terkejut.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now