9

108 25 36
                                    

Halo!

Chapter ni panjang sikit ye. Dan target views kita, 20.

Please yang baca tu tolonglah vote  tak nak comment tak apa. Tapi vote. Vote tu tak sampai sesaat ye nak tekan
ㅋㅋㅋㅋ

---

"Eumh..."

"Lewat juga awak bangun." Mata dicelik selepas suara kekasihnya menyapa gegendang telinga. Suasana yang dingin membuat lelaki yang masih terlantar di atas katil itu menarik selimut hingga ke paras dada. Sang kekasih menatapnya dengan penuh geram sebelum akhirnya selimut ditarik dan dihamparkan ke lantai.

"Hazel let me sleep."

"Bangun, Encik Grey Christopher Arthur. Dah pukul lapan awak tahu tak? Awak mandi je dah berapa jam, dah pukul berapa pula kita nak bertolak, Chan?" Bebel Hazel sambil menarik lengan suaminya agar turun meninggalkan katil. Sudah satu jam Hazel menunggu suaminya bangkit dari tidur kerana dia ingin mengemas katil. Tak sangka pula selewat ini baru suaminya akan celik mata.

"Hari ni ke kita pergi?" Tanya Chan sembari menyarung bathrobe pada tubuhnya yang hanya berseluar dalam.

"Ye, sayang. Kalau bukan hari ni, sampai bila-bila kita tak akan pergi jumpa dia. Pergi mandi cepat, lepas tu pakai baju yang saya dah gosok." Pipi Hazel dikecup sebelum Chan melangkah ke tandas. Setiap pagi, memang ciuman pada pipi sudah menjadi hal wajib bagi mereka suami isteri. Sangat manis.

Selepas mengemas katil dan bilik yang berselerak, Hazel turun ke bawah untuk menghidang sarapan yang sudah dia masak sebentar tadi. Satu jam kemudian, suaminya turun dengan tubuh yang sudah rapi dan kemas. Chan mencium pipi Hazel sebelum melabuhkan punggung pada bangku yang sudah dia tarik. "Bagel cream cheese? Jarang awak masak sarapan simple macam ni?"

"Saya pun bangun lewat tadi. Awak nak sarapan lain ke?" Chan menggeleng.

"What I'm trying to say is, are you okay? Kalau tak sihat, tak perlulah masak. Saya kan boleh masak?" Tutur Chan penuh kelembutan. Pipi Hazel diusap perlahan hingga terukir satu senyuman manis pada bibir wanita itu.

"Okay je. Dah makan cepat, lepas tu kita terus pergi. Saya tak nak sampai sana lewat sangat."

---

"Selesa sangat ye katil Hyunjin tu sampai awak bangun lewat." Usik Irelyn. Minho yang sedang mengeringkan rambutnya lekas tertawa. Sudah lama kedua bola matanya tidak sesegar ini. Tidurnya begitu nyenyak kerana tiada gangguan dari mana-mana. Kalau tidak, sepanjang minggu hatinya gundah gulana memikirkan masalah yang menimpa.

"Awak pula awal bangun? Katil tak selesa ke?" Kini dia pula yang mengusik. Sama seperti reaksinya tadi, Irelyn terkekeh mendengar.

"Saya dah buat sarapan. Makanlah, sementara tunggu Hyunjin dengan kawan dia datang sekejap lagi." Pengering rambut segera dimatikan.

"Hyunjin datang sini? Hm. Pelik tak kalau saya cakap yang saya cemburu?"

"O-Oh?" Perkataan terakhir yang keluar dari mulut Minho agak mengejutkan Irelyn. Namun dia cuba untuk menanggapinya dengan tenang dan santai. Sebuah tawa ringan dilepaskan dari mulutnya. Irelyn kemudian tumpukan perhatiannya pada sarapan yang sedang dia hidangkan. Saja untuk mengelak dari berasa janggal dengan kata-kata Minho tadi.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now