26 [ Ending ]

75 12 31
                                    

Hai semua <3

Ni last chapter. Yeon harap semua yang baca book ni dari awal, berpuas hati dengan ending dia. I hope tak ada yang terasa hati or kecil hati tentang semua yang pernah yeon tulis dalam book ni.

Yeon harap last chapter ni akan dimeriahkan dengan comment-comment korang HEHE.

Oh dan jangan lupa, besok or lusa kita ada Epilogue! Epilogue ni pendek je. Tak panjang pun.

Happy reading guys!!!

---

Satu bulan sudah berlalu dan mereka masih belum berhenti berkabung atas kepergian Chan. Sedih, pilu, marah, kesal semuanya bercampur aduk. Perasaan itu masih tidak hilang walaupun sudah satu bulan sejak hukuman dijalankan.

Hazel kini hanya menunggu hari. Keadaannya sudah sarat dan susah berjalan. Kandungannya terlihat sangat besar seolah-olah mengandung anak kembar. Namun pada kali terakhir memeriksa kandungan, doktor mengesahkan hanya ada seorang saja.

"Eh? Apa ni?" Kertas yang sudah ronyok diambil dari kakinya. Hyunjin buka lipatan kertas tersebut. "Oh."

This is not the end.
We will meet again in our next life sayang. Saya minta maaf sebab tak berani untuk jumpa awak buat kali yang terakhir. Tapi saya janji, kita akan bertemu semula lepas kehidupan saya di dunia berakhir. Lagi beberapa bulan, saya akan lahirkan bayi lelaki. Seems like you won the bet, honey! I'm gonna name him after you, sayang and I'll tell him everything about you. He gonna be so proud if he knew who is his father.

Ternyata itu adalah nota yang pernah Hazel tulis untuk Chan. Namun pada hari hukuman dijalankan, polis pulangkan semula semua barang kepunyaan tahanan.

Salah satunya, nota ini.

"It's mine, Zavier." Suara Hazel muncul dari arah belakang.

"Maaf. A-Aku terpijak." Nota itu diserahkan kepada Hazel.

"Tak apa. Noona yang tercicir."

"Hazel, aku tahu kau masih sedih. Aku pun. Jadi jangan segan kalau nak luahkan apa-apa pada aku. Walaupun sebelum ni hubungan kita tak pernah baik, kau anggap sajalah semua tu tak pernah terjadi. Tak lama lagi kau nak melahirkan dan emosi tak stabil boleh bahaya kandungan. Kau tahu benda tu kan?"

"Tahu, Hyunjin. Terima kasih risaukan noona."

Hazel berjalan masuk kebiliknya selepas nota yang dicari ditemui.

Sejak Hazel tinggal di rumah Irelyn, Hyunjin jarang menumpang tidur di sini. Ini kerana biliknya digunakan oleh Irelyn, sedangkan Minho akan tidur di ruang tamu. Jadi sudah tiada ruang lagi untuk lelaki itu menumpang tidur.

Maka hanya sesekali saja dia akan datang menyinggah dan alasan yang diberi biasanya adalah kerana rindukan Irelyn.

"Hyunjin? Bila sampai?"

"Baru je. Mana Minho?"

"Irelynㅡ" Hyunjin dan Minho bertatap mata.

Kemunculan Minho dari bilik Irelyn membuat Hyunjin berfikir semua perkara negatif. Tajam matanya menatap Minho. Ringan saja tangan ini ingin melayangkan penumbuk tanpa sebarang sebab.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now