8

95 20 16
                                    

Assalamualaikum semua!

Sorry tak update. Busy sikit lepas tu selalu tidur awal. So malam ni kita update awal sikit okay <3

Enjoy reading!

---

Dua minggu selepas berlakunya kejadian tak terduga di rumah Minho, Irelyn tidak lagi menghubungi lelaki itu. Malah semua panggilan Minho tidak dia jawab. Bukan itu saja hal yang mengejutkan, ada yang jauh lebih gempar dari dua sekian hal itu.

Semalam, Hendera secara mengejut menghantar pesanan ringkas pada Irelyn dan pesanan itu berbunyi,

"25 tahun aku berkawan dengan Minho, tak pernah lagi aku buat dia hilang selera makan. Apa yang kau nak sebenarnya? Perhatian?" Hyunjin ternganga tak percaya selepas membaca pesanan tersebut. Ingin sekali dia banting telefon Irelyn yang sedang berada pada tangannya sekarang.

"Aku rasa bersalah. Tapi aku buat semua ni sebab tak nak mereka putus kawan sebabkan aku."

"Irelyn! Dia tengah perli kau dan kau masih lagi fikirkan dia? Kau biar betul?" Kalau Hendera sedang ada di depan matanya, sudah Hyunjin layangkan penampar berkuasa empat.

"Biarlah nak perli ke apa. Yang pasti, macam mana nak buat Minho makan. Kau ada idea?"

"Jumpa dia. Pergi rumah dia."

"Tak nak! Nanti memori buruk tu datang balik. Kalau boleh, lepad ni aku tak mahu lalu dekat kawasan tu lagi." Keluhan berat dihela oleh Hyunjin. Dia hanya mampu bercekak pinggang sambil melihat kakak angkatnya itu kehulur kehilir sudah hampir 10 minit.

 Dia hanya mampu bercekak pinggang sambil melihat kakak angkatnya itu kehulur kehilir sudah hampir 10 minit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ajak dia datang rumah."

"Aku tak nak jumpa dia."

"Mulut kau cakap tak nak. Tapi hati kau nak. Otak kau pula memang dari tadi nak ke sana. Jangan tipu, Irelyn." Untuk menutup rasa gementarnya, Irelyn pura-pura menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal.

"Okay, aku ajak dia datang rumah. Tapi dengan syarat, kau tak boleh pergi mana-mana. Teman aku. Boleh?" Tiada apa yang boleh Hyunjin katakan selain mengangguk.

Irelyn memesan beberapa jenis makanan sebelum menghantar pesanan pada Minho. Walaupun pesanannya ringkas, namun balasan dari Minho seolah-olah Irelyn adalah selebriti terkenal di New York.

Message.

Irelyn
Datang rumah
Pukul 2

Minho
Betul ke apa saya baca ni? Awak mesej saya ke? Ke saya mimpi? Sebab saya dah tiga hari tak makan. Saya takut saya halusinasi je ni.
Irelyn? Betul ke ni Irelyn?

Irelyn
Ye ni Irelyn. Irelyn Blaire
Datanglah sini. Kita cuba betulkan apa yang sepatutnya dibetulkan.

Irelyn is offline.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now