20

86 20 71
                                    

Ada yang menunggu ke tu?

Btw yeon maybe slow update sebabnya busy sikit. But jangan risau, book ni akan tamat. Tak akan tergantung macam tu je. InsyaAllah.

So stay okay! <3

---

"Apa lagi yang tak cukup Hazel?"

"Saya nak Irelyn bertugas sebagai profiler sampai saya habis pantang. Bukan setakat kes Hendera saja. Awak janji apa dengan saya Chan? Awak sendiri yang cakap, awak akan buat apa saja untuk saya. Jadi mana janji awak tu? Mana janji tu, Chan?"

"Hazel, saya dah buat sehabis baik untuk bagi awak gembira. Saya dah buat semampu saya untuk buat awak puas hati. Apa lagi yang awak nak saya buat? Lagipun kita dah bincang tentang hal ni kan? Saya dah janji untuk hold kes Hendera ni selama yang saya mampu, supaya Irelyn tak berhenti bertugas sebagai profiler. Apa lagi yang awak nak saya buat, Hazel Skylar?"

"Saya nak sesuatu yang pasti. Awak pasti ke kes ni boleh hold sampai tahun depan? Kandungan saya baru dua bulan lebih, Chan."

Fikirannya kusut memikirkan permintaan si isteri. Rasa bersalah adalah hal utama mengapa Chan pernah bersumpah pada dirinya sendiri, untuk tidak akan pernah membuat isterinya sedih.

Hal ini berlaku kerana kesalahannya pada setahun yang lalu.

Last year, 28 August 2021.

"What the fuck." Degup jantungnya laju hingga membuat dadanya sakit. Mana tidaknya? Ada seorang gadis muda sedang tertidur lena tepat di sebelahnya. Hal yang membuat Chan lebih terkejut adalah, mereka berdua sedang berbogel. Tiada seurat benang pun pada tubuh mereka.

Lelaki berdarah Perancis ㅡ Australia itu cuba untuk meneka dimanakah dirinya sedang berada. Cahaya yang malap dan pandangan yang kabur membuat otaknya susah untuk memproses keadaan sekeliling.

"Au." Kakinya pedih apabila memijak lantai. Perlahan dia membongkok lalu meraba bahagian tapak kakinya.

Ternyata dia tidak sengaja memijak lencana polisnya yang berjenis pin. Jika ada lencana, pasti ada seragam.

"Arthur?" Dari arah belakang, satu suara memanggil.

"Saya kena balik. Isteri saya tunggu dekat rumah." Seragam dibutang dengan laju walaupun ada beberapa butang yang ternyata salah lubang.

"She can wait. Right?"

Chan tidak menjawab. Dia fokus menyarung pakaiannya agar boleh beredar dengan segera. Lagi pula, Chan sudah ingat apa yang berlaku dan bagaimana dia boleh berada di sini. Kerana sudah ingatlah, dia ingin cepat-cepat pergi. "Arthurㅡ"

"Diam, Vax! And don't you dare to call me Arthur again." Gertak Chan.

Lelaki itu melangkah pergi setelah mengambil semua barang-barangnya. Menapak keluar dari bilik, Chan mendengar bunyi alunan lagu yang bertema gelap dan seksi.

Mata melihat kawasan sekeliling dan barulah dia sedar kalau dirinya sedang berada di motel.

Sebaik saja tiba di kereta, Chan terus memandu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, mulutnya tidak berhenti mengutuk kesalahannya sendiri. Bagaimana dia boleh meniduri sepupu isterinya sendiri iaitu Vaxienne, yang saat itu baru beberapa bulan bekerja sebagai detektif di dalam kumpulannya.

Dan kebetulan, Hazel sendiri yang membawa Vax masuk ke dalam kumpulan mereka.

"How can you betray her feelings, Chan. She's your wife!" Stereng kereta dihentak.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now